Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Kecantikan

BIBIR SIHAT DAN TIDAK LEBAM. INI CARANYA!

Bibir sihat merupakan aset penting wajah kita. Ia sudah pastinya bebas daripada masalah bibir kering, mengelupas ataupun pecah-pecah.  Bibir pecah-pecah boleh membuatkan kulit pada bibir kita retak, mengelupas dan juga berdarah. Bibir kering juga boleh disebabkan oleh pelbagai macam faktor. Baca artikel ini sampai habis. Bibir mempunyai lapisan kulit yang sangat nipis dan transparent. Berbeza dengan kulit muka, bibir tidak mempunyai kelenjar minyak. Jadi, sebab itulah bibir lebih mudah kering dan pecah-pecah. Kurangnya kelembapan adalah penyebab utama bibir kering dan pecah-pecah. PUNCA UTAMA KENAPA KITA TIDAK DAPAT BIBIR SIHAT  DEHIDRASI Dehidrasi boleh menganggu keseimbangan mineral semulajadi dalam badan, menyebabkan kerosakan. Bukan hanya pada sistem organ dalam badan, namun turut memberikan efek negatif pada kulit kita. Dehidrasi menimbulkan efek seperti pening, sakit kepala, sembelit, penurunan pengeluaran air kencing, mulut dan bibir kering. Di samping itu, dehidrasi yang parah...

Emu Tracks Unveils Three Star Products: 100% Pure Emu Oil, Emu Oil Balm and Liniment

Emu Tracks, Australia’s leading brand of Emu Oil products, has officially introduced its pure emu oil skincare and bodily wellness products to Malaysian consumers. For three decades, Emu Tracks has been a go-to brand for those struggling with persistent skin issues. With the Malaysian debut, Emu Tracks unveils three star products: 100% Pure Emu Oil, Emu Oil Balm and Liniment. The Balm and Liniment are formulated with pure emu oil and plant-based ingredients to promote healthier skin and body wellness. The Pure Emu Oil range of products from Australia provides remedial relief for common skin ailments including eczema and psoriasis With 1 in every 5 Malaysian children affected by eczema, and 90% of eczema sufferers developing the condition before the age of five, Emu Tracks’ arrival marks a timely opportunity to share the benefits of pure emu oil with the Malaysian community. For Benjamin and Grace Ng, Co-founders of ilovenatural.store and Emu Tracks’ representatives and sole distributor...

Cara Mengatasi Rambut Berminyak

J ika anda ingin tahu cara mengatasi rambut berminyak bacalah artikel ini sampai habis. Ini adalah kerana kelebihan pengeluaran lemak juga boleh menjadi penyebab terjadi rambut berminyak. 

CARRISA BEAUTY JENAMA TEMPATAN SETANDING PRODUK ANTARABANGSA

Carrisa Beauty | Carrisa Beauty, produk jenama tempatan ini setanding dengan produk antarabangsa Skincare terbaik tidak semestinya yang mahal dan buatan luar negara.Tidak semestinya produk lokal dengan harga mampu milik tidak bagus. Carrisa Beauty, produk jenama tempatan yang standing produk antarabangsa ini membuktikannya! Carrisa Beauty Sdn. Bhd telah ditubuhkan di Kuala Lumpur pada tahun 2015. Sekitar tahun 2018, mereka telah membuat penyelidikan bagi pembuatan produk kosmetik asas di bawah jenama Carrisa.  Perancangan ini bukan sahaja untuk mengukuh dan meluaskan jenama Carrisa di pasaran tempatan. Malah, untuk memenuhi permintaan pelanggan daripada luar negara. Menurut Puan Zurin Zakaria, selaku Pengarah Urusan Carissa Beauty Sdn. Bhd, sebelum melahirkan produk kecantikan dan penjagaan kulit yang standing produk antarabangsa ini, beliau terlebih dahulu mencipta nama dalam perniagaan butik pakaian, di SACC Mall Shah Alam.  Puan Zurin Zakaria, Pengarah Urusan Carissa Beaut...

NU SKIN PERKENALKAN ageLOC LumiSpa iO

Nu Skin, peneraju global dalam produk kecantikan dan kesihatan berkualiti premium telah memperkenalkan peranti canggih serba baharu ageLOC LumiSpa iO – peranti dwi-tindakan yang menjimatkan masa bagi menghasilkan kulit yang lebih sihat, awet muda dan tampak berseri-seri. Peranti pintar, bersambung ke Bluetooth, satu-satunya peranti yang menggunakan teknologi yang dipatenkan dengan produk berkuasa tinggi.  Aplikasi Nu Skin Vera®, ageLOCLumiSpa iO ageLOC® LumiSpa® iO  turut dilengkapi dengan teknologi terkini, Micropulse Oscillation. Apabila bahagian kepala silikon yang lembut berputar dan sasarkan dengan gerakan melebar, ia dapat menanggalkan seluruh kotoran, solekan, minyak dan toksin daripada permukaan kulit muka tanpa merengsakan kulit. Sebaliknya menjadikannya lebih lembut dan licin Nikmati pengalaman cantik yang mengujakan bersama peranti canggihageLOCLumiSpa iO Digabungkan dengan aplikasi Nu Skin Vera®, ageLOCLumiSpa iO memberikan dunia baharu kepada rejim penjagaan ...

INOVASI TERBARU SHOKUBUTSU UNTUK MELINDUNGI ANDA!

Tidak kira sama ada anda mencari pembersih badan yang menyegarkan dan melembapkan badan atau dengan formula anti-bakteria yang diperbuat daripada bahan tumbuhan semula jadi, inovasi terkini daripada Shokubutsu pasti dapat melindungi kulit anda! Sebagai jenama cecair pembersih badan yang terkemuka, Shokubutsu kini berada di pasaran dengan reka bentuk botol baharu yang unik dan terdiri daripada bahan-bahan dan kelikatan yang dipertingkatkan. Jenama ini turut memperkenalkan rangkaian produk anti-bakteria baharu untuk individu dan keluarga yang mahukan perlindungan anti-bakteria semula jadi atau yang berasaskan tumbuhan. Shokubutsu, yang membawa maksud “kisah tumbuhan” dalam bahasa Jepun, adalah pembersih badan yang dirumuskan di Jepun dan diperbuat daripada 100% bahan pembersih yang berasal daripada tumbuhan. Diilhamkan oleh amalan mandian tradisional, setiap produk Shokubutsu dihasilkan untuk memberikan cara penjagaan kulit dan kesejahteraan secara semula jadi seperti di negara Jepun. En...

PRODUK MANDIAN DAN PENJAGAAN RAMBUT SUMMERIE MEMANG WANGI!

Summerie adalah rangkaian pembersih badan dan syampu yang direka khas untuk membangkitkan rasa keterujaan yang mengasyikkan.  Formula dengan wangian semulajadi dan bebas silikon memberikan percikan ‘musim panas’ yang menyegarkan dalam setiap mandian  Siapa yang tidak teruja apabila mendapat peluang bersantai sambil berjemur di pantai di bawah sinaran matahari dengan deruan angin tropika yang halus?  Inilah janji jenama baru Summerie yang dinamakan dengan gabungan ‘summer’ dan ‘reverie’.  Ekstrak Botani Dilengkapi dengan ekstrak botani yang memulihara kulit penggunaan rangkaian baru ini boleh menghidupkan setiap mandian harian anda dengan rasa kemewahan yang mampu untuk dimiliki! Menurut Wahidah Rafi, Penolong Pengurus Summerie, produk ini adalah jenama yang mementingkan kesederhanaan dan keaslian alam semulajadi.  “Inilah keistimewaan mengapa produk kami hanya diperbuat dari bahan asli semulajadi yang penting untuk kulit dan rambut.  Dengan menggunakan wangian premiu...

PRODUK NUTOX YOUTH RESTORING RAWAT KULIT SENSITIF

Anda mempunyai kulit wajah yang sensitif? Anda boleh cuba rangkaian produk Nutox Youth Restoring. Ia adalah penyelesaian revolusioner bagi memenuhi keperluan anti-penuaan dan kulit sensitif. Kemerahan, ruam, jerawat dan gatal-gatal merupakan sebahagian daripada petanda kulit sensitif. Dengan konsep tiada kompromi dalam satu inovasi, rangkaian Nutox Youth Restoring mensasarkan dua masalah kulit, diperkaya dengan tiga teknologi anti-penuaan yang menjadi tanda pengenalan Nutox untuk kulit sensitif anda. Anti Penuaan Dihasilkan untuk memberi manfaat anti-penuaan yang sama tahapnya dengan produk utama Nutox, barisan baru Nutox Youth Restoring ini berupaya meningkatkan penghasilan kolagen. Bukan itu sahaja, bahkan dapat memperbaiki keanjalan kulit tanpa menimbulkan masalah keradangan kulit. Secara tak langsung, membuatkan produk ini selamat dan berkesan bagi kulit sensitif.  Lagipun ia diformulasi secara teliti supaya hipoalergenik dan mempunyai pH seimbang agar dapat melindungi pertahan...

7 TANDA ANDA KURANG ZAT BESI.SILA SEMAK!

Kurang zat besi boleh mempengaruhi kesihatan tubuh kita dalam pelbagai macam cara. Zat besi penting buat tubuh untuk mengeluarkan hemoglobin iaitu protein yang berfungsi mengirimkan oksigen dalam sel ke seluruh tubuh. Kekurangan tersebut boleh membawa kita kepada penyakit anemia. Jadi, sebab itulah sebelum munculnya masalah kesihatan yang lain, ada baiknya anda mengenali simptom-simptomnya. Tanda-Tanda Anda Kurang Zat Besi Cepat Penat Atau Lesu Rasa penat atau letih, lemah dan seolah-olah tidak bermaya adalah gejala umum yang terjadi pada tubuh ketika kekurangan zat besi. Meskipun begitu, tanda ini juga yang paling sukar dikesan kerana kita biasanya berasa penat disebabkan banyak melakukan aktiviti. Kekurangan itu akan menyebabkan pengambilan oksigen dalam sel dan seluruh tubuh merosot sehingga akan mengurangkan tahap energi dalam badan kita. 2. Kerap Sakit Kepala Kekurangan tersebut boleh menggangu oksigen yang sepatutnya mencukupi untuk sampai ke otak kita. Gangguan inilah yang meny...

BERAT BADAN SEMAKIN NAIK?CUBA 7 TIPS DIET KURUS SELEPAS RAYA

Selepas raya nie tentu ramai yang merasakan berat badannya melonjak naik. Bagai dipam-pam! Banyak tip diet kurus, tapi kunci sukses turunkan berat badan yang sebenarnya adalah konsisten dan disiplin. Sekalipun ingin kurus dengan cepat, tetapi kita tetap perlu memastikan keperluan zat yang seimbang dalam badan. Kalau diet kurus kita tidak tepat, silap hari bulan berat badan kita akan bertambah naik dan lemak pun semakin bertambah! Apa yang penting, adalah kurangkan porsi makanan dan kombinasikan menu, nescaya tubuh anda akan langsing dan sihat. Pastikan juga anda mendapatkan karbohidrat, protein dan lemak secukupnya. BERIKUT BEBERAPA CARA DIET KURUS YANG BOLEH DIPRAKTIK BAGI MENDAPATKAN TUBUH  KEMBALI LANGSING 1. LAKUKAN SENAMAN RINGAN DI TEMPAT TIDUR Lakukan sedikit regangan badan sebaik sahaja kita bangkit daripada tidur. Senaman ringan ini akan membantu badan menjadi lebih relaks dan mengembalikan posisi saluran penghadaman kita. Buat regangan yang sederhana dan ringkas. Misalnya...

MULUT BERBAU KETIKA BERPUASA. INI PUNCANYA!

Tentu ada di antara kita berhadapan dengan masalah mulut berbau pada saat berpuasa nie.Berpuasa dan munculnya bau mulut atau nafas berbau seakan tidak dapat dipisahkan. Dalam dunia perubatan, masalah ini disebut ‘halitosis’. Selalunya punca mulut berbau terjadi disebabkan kekeringan mulut selama berpuasa. Tanpa makan dan minum, kelenjar ludah tidak mengeluarkan air liur dalam jumlah yang mencukupi supaya dapat menjaga pernafasan agar tetap segar. Mulut berbau sebenarnya adalah sesuatu yang normal bagi orang yang sedang berpuasa. Selain merehatkan organ-organ tubuh, ketika berpuasa juga terjadinya proses pembersihan dan pelepasan racun dari dalam tubuh. Sebenarnya pembuangan racun atau detoks ini turut berlaku ketika kita tidak berpuasa, cuma pada masa berpuasa ia menjadi lebih meningkat dan menyeluruh. Makanan Pengambilan makanan seperti bawang mentah, petai, jering, durian dan telur boleh menyebabkan mulut berbau busuk. Kandungan makana tersebut diserap ke dalam aliran darah ketika p...

6 BAHAYA GULA BERLEBIHAN DALAM BADAN. JANGAN BUAT PASAL!

Gula sememangnya mampu memberikan kebaikan untuk energi tubuh kita. Tetapi, jika diambil dalam kadar yang tak sepatutnya, bahaya gula berlebihan jangan dibuat main-main! Hobi menikmati makanan manis adalah tabiat negatif yang boleh mendatangkan banyak masalah kesihatan pada badan kita. Jadi, sebab itulah kita jangan menganggap remeh terhadap pengambilan gula berlebihan ini. Ketahui juga cara turunkan gula dalam darah.  [btn text=”KLIK SINI” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”http://123mamanet.com/8-cara-turunkan-gula-dalam-darah/” target=”_blank”] Berikut beberapa bahaya gula berlebihan yang perlu diberikan perhatian: 1. Buah Pinggang Buah pinggang memainkan peranan penting dalam penyaringan darah kita. Jika kadar gula dalam darah tinggi ia boleh menyebabkan buah pinggang kita terpaksa bekerja secara berlebihan dan boleh menyebabkan kerosakan di kemudian hari. 2. Organ Hati Rosak Hati kita sebenarnya tidak tahan atau kebal terhada...