Skip to main content

Posts

Showing posts with the label keibubapaan

KEMBALI LANGSING DENGAN 4 SENAMAN SELEPAS BERSALIN

RASANYA TIDAK RAMAI KAUM IBU YANG MENGAMALKAN SENAMAN SELEPAS BERSALIN WALAUPUN MAHUKAN BENTUK BADAN YANG KEMBALI LANGSING DALAM MASA YANG CEPAT.   Mendapatkan kembali bentuk badan asal selepas melahirkan bukan perkara yang mudah. Apatah lagi, jika kita liat dan tidak punya semangat yang kuat untuk melakukan senaman selepas bersalin ini.   Sebenarnya senaman selepas bersalin ini penting dan perlu dilakukan secara teratur. Pilih senaman ringan yang sesuai dengan keupayaan badan kita dan jangan sesekali memaksa diri untuk bersenam sekiranya badan kita sendiri belum bersedia untuk melakukannya.   Bagi kita yang bersalin secara pembedahan, kita mungkin memerlukan masa yang lebih lama untuk sembuh berbanding dengan bersalin normal.   HATI-HATI LAKUKAN SENAMAN SELEPAS BERSALIN Aktiviti bersenam ini boleh dilakukan sekitar 7-12 minggu, iaitu kira-kira tiga bulan selepas bersalin. Tetapi, adalah lebih baik jika kita meminta nasihat doktor terlebih dahulu sebelum memulakan ru...

BAYI TUMBUH GIGI MEMANG MENYAKITKAN BUATNYA, JOM KITA BANTU!

Bayi tumbuh gigi akan meragam dan sukar untuk diteka apa yang mahunya! Pada saat ini, bayi yang mengalami pertumbuhan gigi pertamanya apabila berusia sekitar 4-9 bulan akan menjadi luar biasa sikapnya. Untuk para ibu yang baru memiliki anak, sudah tentu belum mengetahui secara pasti tentang masalah tumbuh gigi pada bayi anda. Tumbuh gigi adalah proses yang normal terjadi ketika gigi susu mulai muncul keluar dari gusi. Gigi yang tumbuh dengan sendirinya ini berperingkat sebelum muncul sempurna dari gusi si bayi. Biasanya gigi depan bahagian bawah keluar terlebih dahulu, kemudian barulah disusuli dengan gigi tengah bahagian atas. Kemudian gigi yang lain pula muncul setelah beberapa bulan kemudian. Selalunya, bayi akan mempunyai satu set gigi lengkap ketika berusia dua tahun setengah hingga ke tiga tahun. Setiap bayi mempunyai tanda-tanda yang berbeza-beza di antara satu sama lain ketika proses tumbuh gigi ini. Kebanyakan bayi akan mengalami gejala ringan dan hanya berlangsung beberapa ha...