Skip to main content

Posts

Showing posts with the label tempat menarik

JOM BERCUTI DI KEDESAAN NATASYA RIVERSIDE RESORT GOPENG

Bercuti tidak semestinya kita perlu pergi jauh-jauh dengan sejuta pelan perjalanan yang sukar untuk direalisasikan. Cubalah rasai keseronokan beriadah dalam suasana desa di Natasya Riverside Resort Gopeng di Kampung Jahang, Gopeng, Perak ini!   Jemputan sempena Program Bersama Media di Natasya Riverside Resort Gopeng oleh usahawan terkenal yang juga pemilik Perwanza Propeties & Trading Sdn Bhd, Dato’ Suhaimy bersama founder Natasya Skincare, Datin Muniroh  tidak dilepaskan begitu sahaja.   Meskipun baru dibuka pada bulan Mei, 2017 yang lalu, namun sambutan yang diterima sangat memberangsangkan. Kini 8 unit kabin jenis dua tingkat sedang dibina dan dijangka akan siap sepenuhnya sebelum 25 Disember ini.   Natasya Riverside Resort Gopeng Penginapan Yang Cukup Selesa   Di samping mahu menikmati suasana dusun yang dipenuhi dengan banyak pokok durian, mahu juga meninjau dekorasi dan keselesaan penginapan di dalam kabin atau kontena ini. Selain itu, turut terdapat 5 buah rum...