Skip to main content

Posts

Showing posts with the label ibu

MAMA’S CHOICE PERLUAS PASARAN KE MALAYSIA TAWAR PRODUK SELAMAT, SEMULA JADI DAN HALAL UNTUK IBU DAN BAYI

Liku-liku perjalanan kehamilan yang dilalui oleh ibu mengandung termasuk banyak perubahan fizikal dan emosional, dan pelbagai cabaran ­– daripada mabuk hamil dan tekanan darah tinggi kepada keletihan dan perubahan mood. Oleh sebab bayi dalam kandungan terdedah kepada segala yang dialami oleh ibu mereka, ibu-ibu yang mengandung ini bukan sahaja perlu menjaga soal pemakanan tetapi juga mengambil tahu bahan-bahan kimia yang memudaratkan di sekeliling mereka dan dalam produk yang digunakan mereka. Menurut satu kajian keratan lintang yang diterbitkan pada 2020 oleh Institut Penerbitan Digital Berbilang Disiplin atau Multidisciplinary Digital Publishing Institute (MDPI)* dalam keluaran khas jurnal Cosmetics bertajuk Cosmetovigilance: Public Health Perspective (Dari Sudut Kesihatan Awam), pengguna kosmetik di Malaysia kurang pengetahuan tentang keselamatan kosmetik, terutama sekali berkaitan bahan yang digunakan dalam produk kosmetik dan kesan-kesan buruk beberapa produk kosmetik yang biasa d...

7 CARA ATASI SUSAH TIDUR KETIKA MENGANDUNG DENGAN MUDAH

SUKAR MELELAPKAN MATA ATAU TIDUR PADA MALAM HARI SERING DIALAMI OLEH WANITA MENGANDUNG. MASALAH INI BIASANYA BERLAKU PADA TRIMESTER KETIGA ATAU KETIKA USIA KANDUNGAN MENCECAH 8 BULAN. JADI, KETAHUI 7 CARA ATASI SUSAH TIDUR MALAM INI DENGAN MEMBACA ARTIKEL INI SAMPAI HABIS!   Susah tidur boleh disebabkan oleh beberapa faktor, antaranya kerana suhu panas kerana tiada pengudaraan yang baik dalam bilik atau rumah, keadaan perut yang semakin membesar, pergerakan bayi dalam kandungan, rasa senak pada ulu hati dan sebagainya. Itulah yang  membuatkan ramai ibu mengandung yang sukar memiliki tidur dengan lena atau nyenyak pada malam hari.   Ada beberapa cara atasi susah tidur pada ibu mengandung yang boleh dilakukan dengan mengikuti beberapa tip mudah. Masalah susah tidur ini perlu diatasi kerana disebabkan kurang tidur juga kesihatan badan ibu mengandung akan terganggu. Akibat kurang tidur badan akan terasa lemah, lesu, tidak bermaya sehingga nampak seperti orang yang kurang sihat. ...

KEMBALI LANGSING DENGAN 4 SENAMAN SELEPAS BERSALIN

RASANYA TIDAK RAMAI KAUM IBU YANG MENGAMALKAN SENAMAN SELEPAS BERSALIN WALAUPUN MAHUKAN BENTUK BADAN YANG KEMBALI LANGSING DALAM MASA YANG CEPAT.   Mendapatkan kembali bentuk badan asal selepas melahirkan bukan perkara yang mudah. Apatah lagi, jika kita liat dan tidak punya semangat yang kuat untuk melakukan senaman selepas bersalin ini.   Sebenarnya senaman selepas bersalin ini penting dan perlu dilakukan secara teratur. Pilih senaman ringan yang sesuai dengan keupayaan badan kita dan jangan sesekali memaksa diri untuk bersenam sekiranya badan kita sendiri belum bersedia untuk melakukannya.   Bagi kita yang bersalin secara pembedahan, kita mungkin memerlukan masa yang lebih lama untuk sembuh berbanding dengan bersalin normal.   HATI-HATI LAKUKAN SENAMAN SELEPAS BERSALIN Aktiviti bersenam ini boleh dilakukan sekitar 7-12 minggu, iaitu kira-kira tiga bulan selepas bersalin. Tetapi, adalah lebih baik jika kita meminta nasihat doktor terlebih dahulu sebelum memulakan ru...

TIP MEMILIH BAJU MENYUSU SUPAYA ANDA TIDAK STRESS KETIKA MENYUSUKAN ANAK DI TEMPAT AWAM

Pasti ramai kaum ibu yang pening memikirkan baju menyusu yang sesuai. Apatah lagi dengan keadaan kehidupan yang sudah banyak berubah, terutama bentuk badan! Bagi anda yang sedang menyusukan anak, tak perlu risau sebab sekarang ini terlalu banyak rekaan dan potongan baju menyusu yang turut dikenali sebagai nursing clothes atau breastfeeding clothes yang ditawarkan di pasaran. Semakin tinggi perkembangan fesyen masa kini, semakin kreatif juga para pereka mencipta koleksi pakaian yang sesuai dengan fungsinya. Malah kehadiran baju menyusu yang sesuai untuk para muslimah yang juga menghapuskan segala alasan untuk kaum ibu berhenti menyusu. Kini, tidak ada lagi alasan susah dan rasa malu hendak menyusukan bayi ketika berada di luar rumah. Para ibu perlu sentiasa bersiap sedia untuk menyusukan bayinya pada bila-bila masa sahaja dan dimanapun ketika si comel memerlukannya. Jadi,  untuk memudahkan proses menyusu, para ibu boleh memakai baju menyusu. BERIKUT BEBERAPA PERKARA ATAU PANDUAN YAN DI...

GILA MEROYAN MAHA DAHSYAT SAMPAI KELAR BAYI

Sudah lama kita tidak mendengar tentang kejadian yang dikaitkan dengan gila meroyan seperti yang berlaku ke atas bayi perempuan yang mati dikelar ibu kandungnya sendiri dua hari lalu. Wanita yang dipercayai menyembelih hingga mati bayi perempuannya semalam, direman seminggu di Wad Psikiatri, Hospital Raja Perempuan Zainab II. Perintah reman terhadap suri rumah berusia 32 tahun tersebut dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Kota Bharu, Rusli Ahmad. Tempoh reman berkuat kuasa hari ini sehingga 11 Februari ini. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Hakikatnya ini bukan kes pertama. Sebelum ini banyak kes kematian bayi akibat gangguan emosi ibu dalam masa pantang. [btn text=”LIKE & SHARE MAMANET ” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/” target=”_blank”] BACA: SELAMATKAH LAKUKAN SEKS SEWAKTU HAMIL?   GILA MEROYAN USAH DIPANDANG RINGAN Mengapa boleh berlaku kejadian yang mengerikan ini a...

Panduan menyusukan bayi sewaktu hamil

Kredit: YoungParents.com Apa? Mengandung? Saya sedang menyusukan bayi saya, mustahil saya hamil! Jerit Juriza sewaktu mendapat tahu yang dia hamil lagi. Perhatian semua ibu-ibu, perkara ini bukan mustahil dan anda tidak perlu risau untuk terus menyusukan bayi.

Perlukah Berhenti Kerja Demi Anak?

BERHENTI Kerja. Perasaan sedih  saat meninggalkan anak di taska mahu pun pengasuh, hanya Allah sahaja yang tahu. Bayangkan si kecil meraung memegang pintu pagar sambil cuba ditenangkan oleh pengasuh. Sedangkan anda terpaksa berlalu meninggalkannya lantaran panggilan ‘punch card’ – tiada masa memujuk.

Scarlett si ibu penyayang redah api demi anak

Scarlett si ibu penyayang. Pernah dengar Kisah Scarlett dari Brooklyn yang menyelamatkan anak-anaknya daripada kebakaran? Kisah ini telah mendapat liputan meluas media massa waktu itu dan dikisahkan semula di dalam Kelab Pencinta Kucing Malaysia oleh ‘Cheeto’.