Skip to main content

Posts

Showing posts with the label menawan

TIP PADANAN BAJU DAN TUDUNG UNTUK GAYA YANG LEBIH SEMPOI

Padanan baju dan tudung yang dikenakan mampu memberikan gambaran terhadap keseluruhan gaya penampilan kita.   Jadi, sebab itulah kita perlu lebih bijak untuk mensuaipadankan baju dan tudung supaya penampilan kita lebih cantik dan sedap di pandang mata.   Tip Padanan Baju Dan Tudung Untuk Gaya Yang Sederhana Atau Sempoi   Baju Kosong (Polos) Dan Tudung Kosong (Polos) Kombinasi atau padanan baju dan tudung kosong adalah gabungan yang paling selamat. Biasanya kombinasi sebegini mampu memberikan kesan yang sederhana. Cuma, apa yang perlu kita titiberatkan adalah keserasian warna baju dan juga warna tudung. Tudung Kosong Dan Baju Bermotif Biarpun blaus atau baju yang digayakan bermotif, namun jika dikenakan dengan tudung kosong ia tetap menampilkan gaya yang sederhana.   Pilihan motif atau corak baju yang berflora atau abstrak dengan warna lembut boleh dijadikan pilihan. Kombinasi gaya seperti ini mampu menyerlahkan gaya sederhana, namun pastikan warnanya serasi.   A...

5 SOLUSI BERKESAN MEMILIKI BULU MATA LENTIK CANTIK MENAWAN

ALANGKAH BERTUAHNYA KALAU KITA MEMPUNYAI BULU MATA LENTIK DAN PANJANG. TAK PAYAH NAK PAKAI MASKARA ATAUPUN BULU MATA PALSU!   Sebelum mengetahui apa yang membuat bulu mata lentik dan panjang secara semulajadi, adalah lebih baik kita mengetahui penyebab bulu mata kurang menarik.   Antaranya adalah disebabkan faktor usia, genetik atau keturunan, penggunaan alat penyepit bulu mata yang terlalu kuat, tidak membersihkan sisa-sisa maskara yang dipakai ataupun terlalu kerap menggosok-gosok mata.   BERIKUT CARA YANG BOLEH DIPRAKTIKKAN BAGI MENDAPATKAN BULU MATA LENTIK SECARA SEMULAJADI:   MINYAK ZAITUN Sejak dahulu lagi minyak zaitun sudah terkenal dengan sejuta khasiatnya. Untuk mendapatkan bulu mata lentik dengan manfaat minyak zaitun, oleskannya pada bulu mata.   Minyak zaitun ini sebaiknya disapukan pada malam hari sebelum tidur secara teratur sehingga bulu mata lentik dan panjang.   Cara pemakaiannya juga mudah, kita hanya perlu menyapu minyak zaitun pada kelopak b...

10 PRODUK MEKAP WAJIB DIMILIKI OLEH ANDA YANG “NEWBIE”

Seorang pelajar kolej diberi arahan oleh pensyarah agar mengenakan mekap sewaktu menghadiri kelas “Khidmat Pelanggan”. Jadi, dia perlu memiliki set produk mekap asas agar dia tidak dihalau keluar dari kelas. Begitu juga dengan seorang pekerja yang terpaksa menggenakan mekap kerana perlu sentiasa berhadapan dengan pelanggan. Itu adalah antara dua sebab kenapa anda sekurang-kurangnya tahu mengenai asas mekap, biarpun anda bukanlah orang yang suka bermekap. Bagi anda yang baru berjinak-jinak hendak mengenakan mekap dan bingung untuk memilih produk mekap yang sesuai, maka mamanet kongsikan artikelnya, semoga bermanfaat dan jangan lupa SHARE ya! Memadai dengan 10 produk mekap ini wajah anda akan kelihatan lebih berseri, cantik dan nampak segar. Anda pun perlu tahu cara mekap paling mudah dan nampak muda.  Bahkan jangan lupa juga untuk semak mengenai tip mekap natural untuk yang berhijab. [btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FFA500 thovercolor=#FFF ...

TIP PILIH SPEK MATA YANG SESUAI UNTUK WANITA BERTUDUNG

Zaman sekarang ini spek mata sudah menjadi salah satu item fesyen yang mampu menunjang penampilan. Apatah lagi kalau di tengah panas terik matahari yang cukup menyilaukan. Sudah tentu spek mata hitam atau sunglass menjadi penyelamatnya! Tapi bukan nak cakap apalah, ada kalanya kita bingung untuk memilihnya kerana bukan semua jenis dan bentuk spek atau cermin mata yang sesuai untuk kita pakai. Lebih-lebih lagi jika kita mengenakan tudung atau hijab. Segalanya tidak semudah wanita yang tidak bertudung kerana hanya perlu memilih spek mata berdasarkan bentuk muka. Sebaliknya kita yang bertudung ni perlu juga memilih spek yang sesuai dengan segala koleksi tudung yang ada. Jadi, bagaimanakah cara yang tepat supaya kita dapat memilih spek mata yang sesuai dengan bentuk muka kita dan tudung yang dipakai? BACA: EKSPRESI WAJAH LEBIH  HIDUP DENGAN 5 JENIS EYELINER [btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/haria...