Skip to main content

TIP PILIH SPEK MATA YANG SESUAI UNTUK WANITA BERTUDUNG

Zaman sekarang ini spek mata sudah menjadi salah satu item fesyen yang mampu menunjang penampilan. Apatah lagi kalau di tengah panas terik matahari yang cukup menyilaukan. Sudah tentu spek mata hitam atau sunglass menjadi penyelamatnya!

Tapi bukan nak cakap apalah, ada kalanya kita bingung untuk memilihnya kerana bukan semua jenis dan bentuk spek atau cermin mata yang sesuai untuk kita pakai. Lebih-lebih lagi jika kita mengenakan tudung atau hijab.

Segalanya tidak semudah wanita yang tidak bertudung kerana hanya perlu memilih spek mata berdasarkan bentuk muka. Sebaliknya kita yang bertudung ni perlu juga memilih spek yang sesuai dengan segala koleksi tudung yang ada.

Jadi, bagaimanakah cara yang tepat supaya kita dapat memilih spek mata yang sesuai dengan bentuk muka kita dan tudung yang dipakai?

BACA: EKSPRESI WAJAH LEBIH  HIDUP DENGAN 5 JENIS EYELINER

[btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]

spek mata

OK, DI BAWAH INI DIKONGSIKAN BEBERAPA TIP MEMILIH SPEK MATA YANG BOLEH DICUBA SUPAYA KITA YANG BERTUDUNG INI BOLEH  KELIHATAN MAKIN CANTIK DAN BERGAYA:

  1. PILIH REKAAN SPEK MATA YANG SESUAI DENGAN BENTUK MUKA

Sama juga seperti wanita yang tidak memakai tudung, kita yang bertudung ni tetap perlu memilih spek yang sesuai dengan bentuk muka kita.

spek mata

            * BENTUK MUKA BUJUR

Jika kita memiliki bentuk muka yang bujur, kita termasuk dalam kategori mereka yang sangat bertuah.

Ini adalah kerana kita tidak terlalu sukar untuk memilih jenis dan bentuk spek mata yang sesuai dengan                        muka. Kita hanya perlu memilih bentuk frame yang kita sukai.

spek mata

 

          * BENTUK MUKA BULAT

Jika kita bermuka bulat, ada baiknya kita memlih bingkai spek yang mampu membuatkan muka kita kelihatan            lebih panjang dan runcing.

Pilih bingkai spek berbentuk kotak atau oval. Ia mampu menyamarkan efek wajah kita agar tidak jadi semakin            membulat.

spek mata

 

         * BENTUK MUKA BERBENTUK EMPAT SEGI ATAU KOTAK

Bentuk muka empat segi atau kotak nampak serasi apabila menggunakan spek yang berbentuk bulat.

Spek berbentuk bulat juga sangat bervariasi, tetapi jangan pilih yang bersudut.

spek mata

 

              * BENTUK MUKA BERBENTUK HATI

Jika kita mempunyai bentuk muka berbentuk hati, kita boleh memakai spek mata yang mempunyai sudut.

Spek berbentuk ini mampu membantu menyempurnakan penampilan kita sehingga membuatkan kita                           nampak lebih cantik.

2. MATERIAL BINGKAI

Material atau bahan buatan bingkai spek juga turut mempengaruhi keserasian penampilan muka kita.

Jika muka kita jenis kecil atau sebaliknya, pilihlah bingkai spek daripada material ringan sehingga ia langsung tidak meninggalkan kesan memenuhi muka.

Jika muka kita lebar dan persegi, hindari material bingkai tipis dan ringan kerana ia akan menenggelamkan muka kita.

Sebaliknya, pilih bingkai dengan material yang sedikit tebal dan padat.

spek mata

  1. SESUAIKAN DENGAN TUDUNG

Carilah spek mata yang gagang bingkai  ramping dan diperbuat dari besi atau titanium. Ini adalah kerana supaya bingkai tersebut tidak nampak besar atau terlalu lebar dengan tudung yang kita gayakan.

Jika kita suka memakai tudung instant, sebaiknya pilih spek mata dengan berbingkai besi dan frame depan tanpa bingkai ataupun rimless frame supaya muka kita nampak lebih segar.spek mata

 

 

Jadi, usah rasa rendah diri jika kita rabun dan terpaksa memakai spek mata. Hakikatnya akan lebih yakin dan nampak lebih bergaya dengan memakai spek atau sunglass yang hebat!

Comments

Popular posts from this blog

LAC Raikan “Learning at Work Week” dengan BSpeed

LAC, jenama terkemuka dalam bidang suplemen kesihatan,  teruja untuk tampil menyertai sambutan “Learning at Work Week”, sebuah inisiatif yang dimulakan di UK. Baginya ketangkasan mental dan kesediaan untuk pembangunan diri memainkan peranan yang penting, memandangkan permintaan bagi peningkatan kemahiran dan latihan semula pada masa ini yang kian meningkat. Untuk menjaga kesihatan otak, LAC mengesyorkan BSpeed, produk istimewa yang dirumuskan dengan gabungan unik bahan-bahan berkualiti tinggi. BSpeed dihasilkan untuk meningkatkan kejelasan fikiran, memori, dan tumpuan bagi membantu individu mengekalkan ketajaman fikiran agar pengguna dapat berfungsi dengan lebih baik. Selain itu, keupayaan suplemen ini untuk mengurangkan keletihan dan meningkatkan tahap tenaga dapat membantu memberikan kelebihan kepada pengguna untuk menjayakan apa jua aktiviti yang dilakukan, sama ada kerja seharian mahupun kegiatan olahraga. Artikel Lain: Neuro Protect Menyokong Kesihatan Kognitif Dihasilkan berdasar...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...

Top 7 Makanan Anti Penuaan Yang Anda Perlu!

Siapa yang nak cepat tua kan? Walaupun ia adalah sesuatu yang pasti akan dialami oleh setiap wanita di dunia ini. Untuk mencegahnya kita boleh melakukannya secara sederhana dengan beberapa jenis makanan anti penuaan yang sangat mudah untuk kita dapatkan .