Skip to main content

Posts

Showing posts with the label bibir

BIBIR SIHAT DAN TIDAK LEBAM. INI CARANYA!

Bibir sihat merupakan aset penting wajah kita. Ia sudah pastinya bebas daripada masalah bibir kering, mengelupas ataupun pecah-pecah.  Bibir pecah-pecah boleh membuatkan kulit pada bibir kita retak, mengelupas dan juga berdarah. Bibir kering juga boleh disebabkan oleh pelbagai macam faktor. Baca artikel ini sampai habis. Bibir mempunyai lapisan kulit yang sangat nipis dan transparent. Berbeza dengan kulit muka, bibir tidak mempunyai kelenjar minyak. Jadi, sebab itulah bibir lebih mudah kering dan pecah-pecah. Kurangnya kelembapan adalah penyebab utama bibir kering dan pecah-pecah. PUNCA UTAMA KENAPA KITA TIDAK DAPAT BIBIR SIHAT  DEHIDRASI Dehidrasi boleh menganggu keseimbangan mineral semulajadi dalam badan, menyebabkan kerosakan. Bukan hanya pada sistem organ dalam badan, namun turut memberikan efek negatif pada kulit kita. Dehidrasi menimbulkan efek seperti pening, sakit kepala, sembelit, penurunan pengeluaran air kencing, mulut dan bibir kering. Di samping itu, dehidrasi yang parah...

8 SOLUSI BERKESAN ATASI BIBIR KERING DAN PECAH KETIKA BERPUASA

PADA BULAN PUASA INI TENTU RAMAI DI ANTARA KITA YANG MENGALAMI MASALAH BIBIR KERING DAN PECAH-PECAH. INI ADALAH KERANA KETIKA BERPUASA TUBUH KITA CENDERUNG KEKURANGAN CECAIR.   Apakah cara terbaik atau paling berkesan untuk mengatasi masalah bibir kering ini? Merawat bibir dengan cara yang betul merupakan kunci bagi mendapatkan bibir yang cantik dan sihat pada bulan puasa.   Bibir kering pasti sangat menganggu penampilan kita. Memandangkan di bulan puasa tentulah tak banyak perkara yang boleh kita lakukan selagi belum sampai waktu berbuka puasa.     ADA 8 PERKARA YANG BOLEH KITA LAKUKAN UNTUK MENGATASI MASALAH BIBIR KERING DAN PECAH   MINUM AIR MASAK SECUKUPNYA Air masak sangat berguna untuk mengembalikan cairan dalam badan sehingga bibir menjadi lebih lembab.   Ketika bersahur dan berbuka puasa, pastikan kita mengambil air masak secukupnya. Ia mampu membantu kita mengatasi bibir kering.     KURANGKAN PENGAMBILAN MAKAN PEDAS DAN MASIN Selain boleh...

7 TIP PILIHAN WARNA LIPSTIK TERBAIK UNTUK WANITA AGAR SAJAK DENGAN TUDUNG YANG DIPAKAI

MEMILIH WARNA LIPSTIK TERBAIK YANG MEMANG SESUAI DENGAN WARNA TUDUNG ATAU HIJAB SANGAT PENTING. KESERASIAN KEDUA-DUANYA MAMPU MEMBUATKAN PENAMPILAN  KITA MENJADI LEBIH CANTIK DAN MENARIK. Lipstik merupakan salah satu item kecantikan yang wajib dimiliki oleh setiap wanita. Hanya dengan sapuan lipstik di bibir, penampilan kita akan nampak berbeza. Bagi kita yang berhijab atau memakai tudung, sapuan lipstik perlu disesuaikan dengan warna  supaya wajah kita tidak kelihatan pucat dan nampak lebih segar. 7 TIP PILIHAN WARNA LIPSTIK TERBAIK YANG SESUAI DIGAYAKAN BERSAMA WARNA TUDUNG YANG KITA GAYAKAN: 1. TUDUNG PUTIH Jika kita memakai hijab atau tudung berwarna putih, cuba sapukan bibir kita dengan lipstik berwarna terang, seperti merah atau merah jambu. Jika kita menggunakan lipstik berwarna merah, elakkan menyapu pemerah pipi atau blush on secara berlebihan. Ini adalah kerana warna lipstik terbaik itu telah memberikan kesan yang cukup menarik. 2. TUDUNG HITAM Sekiranya kita suka memakai tu...

TIP BUAT BIBIR CANTIK NAMPAK LEBIH PENUH DAN SEKSI

Bibir merupakan salah satu bahagian muka yang menjadi daya tarikan selepas mata. Ramai wanita ingin memiliki bibir cantik yang ‘penuh’ supaya nampak lebih sempurna dalam penampilan. Bagi yang memiliki bibir nipis,jangan kecewa ok, kerana anda boleh sahaja mencuba tip dan trik mendapatkan bibir cantik yang penuh dan seksi yang dikongsikan Mamanet ini. BACA: CARA MENGHILANGKAN BIBIR YANG HITAM [btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”] PENSIL BIBIR Cara pertama yang boleh dilakukan untuk mendapatkan bibir cantik yang nampak penuh menggunakan pensil bibir atau lip liner. Dengan menggunakan lip liner, bibir akan kelihatan lebih besar daripada bentuknya. Lip liner juga boleh membuatkan lipstik yang dipakai menjadi tahan lebih lama serta bentuk bibir anda pun nampak lebih cantik terbentuk. KUASA LIP GLOSS Lip gloss adalah salah satu trik mekap untuk membuatka...

4 Cara Menghilangkan Bibir Hitam Agar Merah

Cuba lihat di cermin sewaktu bibir anda bebas daripada sebarang lipstik ataupun pelembab bibir. Adakah bibir anda hitam? Kalau hitam, cuba baca 4 cara menghilangkan bibir hitam yang Mamanet kupas ini.

Anda Boleh Jadi Lebih Cantik Dengan Khasiat Garam

Garam bukit pink sangat tinggi kandungan mineral. Khasiat Garam. Mamanet yakin, tidak ramai yang tahu bahawa khasiat garam yang terkenal sebagai penyedap rasa masakan ini juga boleh membuatkan kulit  jadi semakin cantik!