Skip to main content

Anda Boleh Jadi Lebih Cantik Dengan Khasiat Garam

khasiat garam
Garam bukit pink sangat tinggi kandungan mineral.

Khasiat Garam. Mamanet yakin, tidak ramai yang tahu bahawa khasiat garam yang terkenal sebagai penyedap rasa masakan ini juga boleh membuatkan kulit  jadi semakin cantik!

Betul, Mamanet tak tipu sebab Mamanet sendiri telah cuba mempraktikkan khasiat garam ini untuk kecantikan kulit dan rambut Mamanet.Anda patut tahu, garam boleh dijadikan sebagai bahan untuk membersihkan wajah yang membuatkan kulit anda jadi semakin cantik.Kandungan mineral yang terdapat dalam garam seperti magnesium, potassium dan kalsium cukup berguna untuk kecantikan kulit wajah.

Berikut Khasiat Garam Untuk Kecantikan

  1. Skrub Wajah

Caranya mudah sahaja, anda hanya perlu campurkan sedikit garam bukit dengan facial oil atau minyak almond. Skrub wajah yang dihasilkan melalui khasiat garam ini cukup berguna untuk menanggalkan sel kulit mati serta menyamarkan kedutan.

Sapukan gabungan garam dan facial oil atau minyak almond yang telah digaul sebati tadi ke wajah anda, kemudian urut perlahan-lahan dan biarkan selama 15 minit. Setelah itu barulah dibilas dengan air sehingga bersih.

 

  1. Menghilangkan Jerawat

Ingin bebas daripada masalah jerawat? Menghilangkan jerawat merupakan salah satu daripada khasiat garam yang mungkin selama ini tidak pernah anda fikirkan sama sekali.Garam juga mempunyai efek anti bakteria terhadap kulit.  Oleh sebab itulah ia dapat membantu menghilangkan jerawat.

Cuba larutkan garam dengan air suam.Kemudian, sapukan larutan garam tersebut dengan menggunakan kapas ke muka anda yang berjerawat. Biarkan selama 2 minit, selapas itu barulah dicuci sehingga bersih. Garam boleh membantu anda mengurangkan peradangan pada kawasan muka yang berjerawat.

 

3. Pelembab Bibir

Keadaan cuaca yang panas, pasti membuatkan bibir anda jadi pecah-pecah dan kering.Namun, anda tak perlu susah hati kerana anda boleh atasinya dengan menggunakan garam yang telah dicampur dengan vaselin.Caranya cukup mudah, anda hanya perlu menyapu kedua campuran bahan tadi pada bibir. Kemudian urut perlahan-lahan dan bersihkan dengan kain lembut yang lembab.

 

4. Penyegar Muka

Sukar menjadi penyegar atau toner muka yang sesuai dengan jenis kulit wajah anda?Ambil dua cawan air suam dan masukkan ke dalam botol semburan yang sudah diisi dengan garam.Goncang sehingga garam tersebut larut dan sejukkan dalam peti sejuk selama 10 minit. Setelah itu, ambillah kapas dan gunakannya sebagai toner atau penyegar muka. Penyegar dengan khasiat air garam ini  berguna untuk menutrisi kulit anda.

 

khasiat garam

 

  1. Mengatasi Masalah Kulit Berminyak

Untuk mengurangkan minyak pada muka, isi air suam dengan satu sudu teh garam dalam sebuah botol semburan kecil. Kemudian semburkan pada wajah dan keringkannya.Lakukan dengan cara menepuk-nepukkannya menggunakan tuala muka yang lembut.

Comments

Popular posts from this blog

LAC Raikan “Learning at Work Week” dengan BSpeed

LAC, jenama terkemuka dalam bidang suplemen kesihatan,  teruja untuk tampil menyertai sambutan “Learning at Work Week”, sebuah inisiatif yang dimulakan di UK. Baginya ketangkasan mental dan kesediaan untuk pembangunan diri memainkan peranan yang penting, memandangkan permintaan bagi peningkatan kemahiran dan latihan semula pada masa ini yang kian meningkat. Untuk menjaga kesihatan otak, LAC mengesyorkan BSpeed, produk istimewa yang dirumuskan dengan gabungan unik bahan-bahan berkualiti tinggi. BSpeed dihasilkan untuk meningkatkan kejelasan fikiran, memori, dan tumpuan bagi membantu individu mengekalkan ketajaman fikiran agar pengguna dapat berfungsi dengan lebih baik. Selain itu, keupayaan suplemen ini untuk mengurangkan keletihan dan meningkatkan tahap tenaga dapat membantu memberikan kelebihan kepada pengguna untuk menjayakan apa jua aktiviti yang dilakukan, sama ada kerja seharian mahupun kegiatan olahraga. Artikel Lain: Neuro Protect Menyokong Kesihatan Kognitif Dihasilkan berdasar...

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA(IMU) TERIMA PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA BERPRESTIJ DALAM PENDIDIKAN

Belakang (dari kiri): Prof Er Hui Meng (Dekan, Pengajaran & Pembelajaran), Prof Abdul Aziz Baba (Naib-Canselor),  Prof Vishna Devi Nadarajah (Pro Naib-Canselor, Pembangunan Institusi & Antarabangsa).  Depan (dari kiri): Dr Wong Pei Se (Dekan Bersekutu, Pengajaran & Pembelajaran), Dr Norul Hidayah (Pensyarah Kanan, ICE), Siti Suriani Binti Abdul Razak (Pensyarah, ICE)   Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), universiti perubatan dan sains kesihatan swasta pertama yang terkemuka di Malaysia, baru-baru ini menerima pengiktirafan antarabangsa atas usahanya dalam pembangunan fakulti daripada AMEE, iaitu Persatuan Antarabangsa untuk Pendidikan Perubatan. Sebuah organisasi yang diiktiraf di peringkat global, AMEE dianggotai oleh ahli profesional penjagaan kesihatan dari lebih 90 negara di lima benua dan mempromosikan kecemerlangan dalam pendidikan profesion kesihatan melalui perkongsian amalan terbaik, sokongan, rangkaian, penyelidikan dan pembangunan profesional.  Anugerah Kec...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...