Tak sabar rasanya nak menyaksikan Ella, Ratu Rock Malaysia beraksi di pentas teater Dari Cherok Tun Kun Ke Putrajaya. Pementasan ini bakal berlansung pada 26 Mei 2023, bertempat di Auditorium Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz, Shah Alam. Penampilan Khas Ella Bersama Suami,Kapten Azhar Pementasan Teater Komedi Seram Anti Dadah : Dari Cherok Tok Kun ke Putrajaya ini pastinya lebih ‘havoc’ dengan penampilan khas Ella bersama suami tercinta Kapten Azhar dan juga kakaknya Jojie, merangkap pengurus Ella. Apa yang lebih menarik, pentas teater turut dipanaskan lagi dengan kemunculan pemain gitar lagenda Malaysia iaitu Jo Branko (ex Wings). Ini merupakan penampilan pertama Jo Branko di pentas teater tanahair. Suasana pementasan pada malam tersebut bakal gamat dengan penampilan istimewa Selebriti Chef Malaysia iaitu Chef Yang Jamil dan Khairul Nizam, pemenang musim kedua program televisyen All Together Now Malaysia. Artikel Lain: Chef Faez Tauke Nasi Arab Mahu Jadi Artis...