TERINGIN NAK MAKAN AIR KRIM DURIAN YANG SEDANG VIRAL SEKARANG. MALANGNYA RASA NGILU GIGI YANG MENCUCUK MEMBUATKAN KITA TAK BERANI MENYENTUHNYA. BUKAN ITU SAHAJA, GIGI TERASA NGILU KETIKA MENIKMATI MAKANAN DAN MINUMAN PANAS ATAU MASAM JUGA. APA PUNCANYA GIGI TERASA NGILU NI? Gigi sensitif adalah antara penyebab gigi ngilu. Penjagaan gigi sensitif perlu dilakukan untuk menjaga gigi supaya tidak menjadi terlalu ngilu apabila kita menikmati makanan ataupun minuman kegemaran. Masalah gigi sensitif lebih mudah menyerang wanita berusia 40 tahun ke atas. Penyebabnya adalah kerana lapisan enamel yang kian menipis seiring dengan pertambahan usia serta penurunan gusi dan terbukanya dentin (satu lapisan di bawah enamel). Rasa ngilu yang berkaitan dengan sensitiviti juga biasanya terjadi dalam saraf gigi. Pembentukan lapisan email gigi yang kurang sempurna juga boleh membuatkan gigi sensitif. Sisa-sisa makanan yang menebal di kawasan pertemuan gigi juga boleh menimbulkan rasa ...