Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Snek Mi

Mamee Monster Cetus Nostalgia Zaman Kanak-Kanak

Mamee Monster, snek mi tempatan yang terkenal dan digemari ramai kini mengimbau nostalgia zaman kanak-kanak dengan membawakan kembali bungkusan tersebut yang bewarna biru versi 1970-an. Rakyat Malaysia boleh melihat ikon Mamee Monster biru yang terkenal ini dalam bentuk 2D retro pada pek keluarga Mamee Monster berwarna kuning terang yang boleh didapati di Malaysia dan Singapura mulai Mac 2023 untuk tempoh terhad. Pelekat koleksi turut disertakan dalam bungkusan tersebut, sepertimana Mamee Monster pada satu masa dulu memasukkan cenderahati misteri dalam pek. Bungkusan edisi terhad dengan sentuhan zaman dulu ini dilancarkan sebagai tanda penghormatan kepada mendiang Datuk Pang Chin Hin, pengasas dan pengerusi eksekutif MAMEE-Double Decker, yang meninggal dunia pada bulan November 2022. Retro Mamee Monster Snek mi rangup ini dilancarkan pada 1974 berikutan pengalaman anak sulung Datuk Pang, iaitu Pengerusi Eksekutif MAMEE-Double Decker, Tan Sri Pang Tee Chew memandu menyusur jalan ladang ...