Penyebab stress di tempat kerja bagi setiap orang berbeza-beza. Begitu juga dengan tahap stress yang dialami. Apapun penyebabnya kita boleh menangani stress di tempat kerja dengan beberapa cara. Menghilangkan stress di tempat kerja sebenarnya tidaklah serumit yang kita bayangkan. Kita boleh memilih salah satu cara di bawah yang sesuai dengan situasi dan keadaan kita. Lakukan secara rutin sehingga kita boleh bekerja dengan tenang dan seronok. Berikut Beberapa Cara Mudah Menangani Stress Di Tempat Kerja: 1. Bertenang dan tarik nafas dalam-dalam Cara paling mudah yang boleh kita lakukan di saat stress datang menyerang adalah dengan cara bernafas dalam-dalam. Semasa kita sedang stress, badan kita biasanya akan bernafas lebih cepat daripada kebiasaannya. Tutup mata dan fokuskan fikiran kita pada nafas yang dibuang melalui mulut kita. Teknik bertenang dan menarik nafas dalam-dalam ini dapat meredakan saraf-saraf otak yang tegang serta mengurangkan tahap stress tersebut. Selain itu,...