Skip to main content

KENAPA SUSAH TIDUR? MUNGKINKAH KERANA PENYAKIT KRONIK? TEMUI SOLUSINYA DI SINI!

KENAPA SUSAH TIDUR? SEMAKIN BERUSIA, SEMAKIN PAYAH NAK LENA. PERTANYAAN INILAH YANG KERAP TERJADI DAN SERING DIALAMI OLEH MEREKA YANG BERUSIA 30 KE ATAS.

Sebahagian besarnya memang akan mengalami kehilangan kemampuan mereka untuk mendapatkan tidur yang cukup lena atau nyenyak. Bukan sahaja atas faktor beban kerja dan stress tetapi gejala penyakit turut mulai muncul.

Jumlah keperluan tidur orang dewasa sehingga tua tetap sama, antara 6-7 jam sehari. Namun biasanya mereka yang berusia lebih 50-an hanya boleh tidur sekitar 3-4 jam sahaja.kenapa susah tidur

KEKURANGAN HORMON BOLEH JADI PUNCA KENAPA SUSAH TIDUR

Pertambahan usia sememangnya boleh meningkatkan lagi masalah susah tidur di malam hari. Kita lebih mudah menghidap penyakit masalah kesihatan kronik yang boleh menganggu tidur. 

Keadaan ini bertambah teruk kerana pengurangan secara berperingkat pengeluaran hormon seperti melatonin dan hormon turut menjaga rentak tubuh sepanjang hari.

Kita semua akan melalui fasa yang berbeza-beza ketika tidur pada malam hari. Ini termasuklah jumlah pergerakan mata kita sewaktu tidur, kecepatannya atau tahap tidur ketika terjadinya mimpi.

Di samping itu, ia juga turut merangkumi tahap selama otot-otot yang relaks, namun otak sangat aktif dan diselangi dengan tidur ketika otak kurang aktif tetapi badan bergerak di sekitar.

Ada banyak sebab kenapa kita susah tidur di malam hari atau mengalami insomnia. Apakah solusi terbaik? baca sampai habis artikel ini ok!kenapa susah tidur

4 PENYAKIT YANG MENJADI PENYEBAB KENAPA SUSAH TIDUR

  1. PENYAKIT KRONIK

Keadaan yang menyakitkan seperti penyakit arthritis sering dialami oleh mereka yang lanjut usia, rata-rata pada usia mencapai 70 tahun. Rasa kebas dan sakit-sakit sering sering menganggu tidur.

  1. MASALAH PERNAFASAN DAN PENYAKIT JANTUNG

Masalah penyakit seperti paru-paru atau bronchitis yang teruk, sleep apnea, kegagalan jantung dan masalah pernafasan turut boleh menyebabkan rasa tidak selesa yang dapat menganggu tidur.

  1. DEPRESI DAN KERESAHAN

Depresi biasanya terjadi pada mereka yang berusia lanjut  dan mempunyai masalah tidur. Rasa resah dan cemas boleh menyebabkan seseorang susah tidur

Di samping itu, mudah terjaga di malam hari,sehingga sukar untuk melelapkan mata kembali.

  1. KERAP KE TANDAS

Ketika usia makin meningkat kita akan menjadi lebih sukar untuk menahan membuang air kecil. Bahkan kerap berulang alik ke tandas pada malam hari.

Ini adalah kerana masalah pada kelenjar prostat (lelaki). Manakala wanita pula akan mengalami penurunan kekuatan otot-otot dasar punggung pada wanita yang berguna untuk menahan kandungan air kencing yang terisi.

SETELAH MENGETAHUI SERBA SIKIT PENYEBAB KENAPA SUSAH TIDUR, CUBA ATASINYA DENGAN MAKANAN DI BAWAH:

* SUSU PANAS

Kandungan tryptophan, asid amino dan juga kalsium yang boleh memberikan efek untuk menenangkan fikirran dan boleh memudahkan otak dalam memberikan arahan untuk tidur.kenapa susah tidur

* MADU ASLI

Glukos yang terkandung di dalam madu boleh membantu dalam merangsang otak untuk mematikan orexin. Ia merupakan salah satu jenis neurotransmitter yang berkait rapat dengan sikap berwaspada.kenapa susah tidur

* ALMOND

Kacang almond mengandungi mangnesium yang tinggi dan mampu membantu dalam merangsang otot agar lebih relaks dan lebih mudah terlelap.kenapa susah tidur

* BERTIH JAGUNG

Menikmati bertih jagung atau popcorn boleh membantu dalam meransang hormon serotonin untuk lebih bertindak balas neurotransmitter otak supaya lebih merangsang supaya cepat tidur.

Elakkan jenis bertih yang diperbuat daripada mentega dan minyak.kenapa susah tidur

Nota: Berpindah tempat tidur atau pasangan berada di luar kawasan mungkin menjadi punca anda susah tidur. Namun, ia hanya bersifat sementara. Jadi, jangan risau.

Semoga artikel tentang kenapa susah tidur ini dapat membantu anda mencari solusi yang terbaik untuk menikmati tidur lena semula.

Anda Suka Artikel Ini? Kongsi Artikel Ini Dengan Rakan Di Facebook

Anda Mungkin Ingin Tahu Bahaya Yang Datang Menjemput Kalau Tidur Dekat Dengan Handphone

[btn text=”LIKE & SHARE HARIAN WANITA (MAMANET)” tcolor=#FFF bcolor=#0000FF thovercolor=#FFF link=”https://web.facebook.com/harianwanita/” target=”_blank”]

Comments

Popular posts from this blog

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA(IMU) TERIMA PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA BERPRESTIJ DALAM PENDIDIKAN

Belakang (dari kiri): Prof Er Hui Meng (Dekan, Pengajaran & Pembelajaran), Prof Abdul Aziz Baba (Naib-Canselor),  Prof Vishna Devi Nadarajah (Pro Naib-Canselor, Pembangunan Institusi & Antarabangsa).  Depan (dari kiri): Dr Wong Pei Se (Dekan Bersekutu, Pengajaran & Pembelajaran), Dr Norul Hidayah (Pensyarah Kanan, ICE), Siti Suriani Binti Abdul Razak (Pensyarah, ICE)   Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), universiti perubatan dan sains kesihatan swasta pertama yang terkemuka di Malaysia, baru-baru ini menerima pengiktirafan antarabangsa atas usahanya dalam pembangunan fakulti daripada AMEE, iaitu Persatuan Antarabangsa untuk Pendidikan Perubatan. Sebuah organisasi yang diiktiraf di peringkat global, AMEE dianggotai oleh ahli profesional penjagaan kesihatan dari lebih 90 negara di lima benua dan mempromosikan kecemerlangan dalam pendidikan profesion kesihatan melalui perkongsian amalan terbaik, sokongan, rangkaian, penyelidikan dan pembangunan profesional.  Anugerah Kec...

RANGKAIAN PRODUK MUSTELA BANTU HILANGKAN STRETCH MARK SEMASA MENGANDUNG DAN BERSALIN

Sewaktu mengandung atau kehamilan dan selepas bersalin sudah pasti ramai ibu yang mengalami masalah tanda regangan atau stretch mark. Semakin besar kandungan, semakin banyaklah kesan regangan yang berlaku. Tanda stretch mark ini boleh dilihat pada bahagian perut, paha, dada dan juga bawah lengan. Biasanya ketika wanita mengandung tahap hormone dalam badannya akan meningkat seperti ekstrogen dan testeron, yang mana akan menyebabkan kandungan kolagen pada kulit menjadi rendah. Wajib ada! Produk Mustela mampu selesaikan masala stretch mark yang kerap dialami oleh para ibu mengandung Produk kehamilan dan bersalin Mustela direka khas untuk kulit ibu yang tertekan akibat kehamilan dan penyusuan, membantu mengekalkan keanjalan serta kulit yang kekal berseri. Akibat kesan regangan kepada kulit yang dehidrasi dan mengelupas, biasanya kulit akan bertukar warna keperangan, kelihatan satu garisan merekah serta nampak berkedut. Sungguh nampak tak lawa, kan? Tak mustahil kita akan jadi kurang senang...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...