Skip to main content

Posts

Showing posts with the label milo

KOLEKSI TIN MILO EDISI TERHAD 2021 SUNTIKAN BARU MILO

MILO meraikan kekuatan serta semangat takkan gentar rakyat Malaysia sempena sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia ini. Menerusi kerjasama dengan jenama kreatif tempatan, Loka Made, MILO telah melancarkan Koleksi Tin MILO Edisi Terhad 1.5kg 2021 yang mengungkapkan pertalian erat antara MILO dengan Malaysia, selari dengan tradisi tahunannya untuk menyebarkan keceriaan dengan barangan koleksi yang dinanti-nantikan. Tahun ini, tradisi ini telah diberikan suntikan nafas baharu dengan ciri Realiti Berperantara (AR) buat julung-julung kalinya. Selama lebih 70 tahun, MILO tidak dapat dipisahkan lagi daripada kehidupan rakyat Malaysia. MILO dengan kebaikan malt, susu dan koko serta gabungan enam vitamin dan tiga mineral penting membekalkan tenaga untuk rakyat menghadapi hari. Baik dinikmati sebagai minumum berkhasiat untuk sarapan pagi mahupun pelengkap juadah kegemaran Malaysia, rasa coklat malt ikoniknya menjadikan MILO pilihan nombor satu rakyat dari generasi ke generasi.  “Kami bukan ...

Mak, saya penat! Keluhan anak-anak Malaysia di Sekolah

Benarkah kanak-kanak yang lincah tak pernah kenal penat? Berapa ramai ibu bapa yang terpaksa melalui pengalaman traumatik semata-mata untuk memastikan anak-anak bersedia menjalani sesi persekolahan yang baru apabila mereka jelas keberatan dan enggan memberi kerjasama? Sebagai ibu bapa, pernah kah kita terfikir, mengapa anak-anak berkelakuan begini? Sesi persekolahan yang baru boleh menjadi satu titik permulaan yang penting bagi kanak-kanak. Bagi sebahagian daripada mereka, ini merupakan kali pertama mereka menjejakkan kaki ke sekolah. Untuk yang lain pula, mereka perlu kembali ke sekolah selepas cuti yang panjang. Di samping menyesuaikan diri dengan sesi pembelajaran dan tekanan meninggalkan keselesaan belaian ibu di rumah, hari anak-anak turut melibatkan aktiviti selepas waktu sekolah. Setiap ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka dan  ibu bapa di Malaysia turut berasa sedemikian. Adalah menjadi satu kebiasaan bagi ibu bapa di Malaysia untuk memberi dorongan yang tidak b...