Tidur dah cukup tapi bangun-bangun tidur di pagi hari, mata sembab! Sebenarnya apa yang menyebabkan mata sembab? Biasanya penyebab mata sembab kerana tindak balas cairan atau edema ringan yang masih tergolong normal dan tidak berbahaya. Namun, kita juga patut tahu antara penyebab mata sembab atau bengkak ketika bangun hari ini ada kaitan dengan kesihatan badan kita. BERIKUT BEBERAPA PUNCA YANG MENYEBABKAN MATA SEMBAB DI PAGI HARI: PENGAMBILAN GARAM YANG BERLEBIHAN Kebanyakan pengambilan garam boleh menyebabkan edema atau pembengkakan di dalam badan. Jika badan kelebihan garam dan kekurangan cairan, maka badan akan mempertahankan diri supaya terhindar dari dehidrasi. Akibatnya mata jadi sembab. Makanan berpengawet dan makanan segera biasanya mengandungi sodium atau geram yang tinggi. Jika kita menyedari pengambilan garam kita agak berlebihan, cuba imbanginya dengan memperbanyakkan minum air masak. Bagaimanapun, anda mungkin ingin tahu khasiat garam untuk tubuh . [btn text=”LIKE ...