Skip to main content

Posts

Showing posts with the label pelancongan

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...

10 TIPS PERCUTIAN BAJET YANG MEMANG BOLEH BUAT KITA JIMAT HABIS!

Tips Percutian Bajet. Macam mana caranya? Nak juga tahu supaya dapat bercuti dan besoknya tak makan pasir! Bagi  yang memang suka travelling , sudah pasti bercuti atau berjalan-jalan merupakan keperluan yang wajib untuk dipenuhi. Cukup, tak cukup duit, bercuti tetap ‘on’. Apa sahaja cara digunakan, termasuklah ‘mengikat perut’ bagi melunaskan hasrat untuk bercuti. Namun, bagi kita yang kerap ‘poket kering’ atau ‘cukup-cukup makan’ sahaja, jangan susah hati ok. Bercuti tidak semestinya perlu duit yang bertimbun, yang penting boleh dinikmati, menambah pengetahuan, hubungan dengan keluarga juga bertambah erat dan mampu menghilangkan stres. Anda mungkin mahu tahu mengenai tips melancong yang penting selain duit… [btn text=”LIKE & SHARE MAMANET (HARIAN WANITA)” tcolor=#FFF bcolor=#FFA500 thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”] BERIKUT 10 TIPS PERCUTIAN BAJET YANG BOLEH DIIKUTI SUPAYA PERJALANAN CUTI-CUTI KI...