MELBOURNE, AUSTRALIA TERKENAL DI KALANGAN PELANCONG SELURUH DUNIA. BANDAR INI ADA TARIKANNYA YANG TERSENDIRI YANG MENAWARKAN KOMBINASI MAKANAN, MINUMAN, SUKAN, SENI DAN KEBUDAYAAN. Maka tidak hairanlah bahawa ramai kaki jalan menganggap Melbourne sebagai syurga makanan, Australia turut menjadi hub makanan halal, terima kasih kepada pertumbuhan populasi Muslim di sini. Bahkan satu perlima daripada populasi muslim Australia tinggal di Melbourne dengan mewarisi tradisi daripada lebih 60 buah negara. Berikut ialah beberapa destinasi yang menawarkan makanan halal bertaraf dunia. Rumi menawarkan menu berdasarkan pengalaman amalan tradisional di Lubnan dengan menu daripada yang kecil ke hidangan bersaiz sederhana yang dihidangkan di atas meja. Makanan ini ada asli tetapi disesuaikan dengan sentuhan tersendiri. Saiz pinggan menggalakkan perkongsian mengikut gaya makan tradisional Lubnan. http://rumirestaurant.com.au/ Salah satu francais yang berkembang...