LENGKUAS MERUPAKAN RAMUAN WAJIB DALAM KEBANYAKAN MASYARAKAT MELAYU. BAGAIMANAPUN, IA SEMAKIN DILUPAKAN LANTARAN RAMAI YANG TIDAK TAHU MANFAATNYA. SEDANGKAN KALAU KITA TAHU PASTINYA KITA AKAN UTAMAKAN LENGKUAS DALAM MASAKAN. Ketahuilah betapa bijaknya orang tua-tua dulu. Meskipun mereka tidak tahu mengenai kanser secara saintifik tetapi mereka pastikan bahawa dalam setiap masakan ada kunyit, halia dan lengkuas. Lengkuas ini mirip halia tetapi tektur lengkuas tua lebih keras, bau lebih kuat dan rasanya sedikit pedau/kuat. Lengkuas tua. Lengkuas kering Ketiga-tiga rempah ratus itu sememangnya diketahui dapat membantu mengelak pelbagai penyakit. Bagaimanapun, lengkuas adalah lebih tinggi khasiatnya. Ingatlah bahawa makanan yang sihat adalah penawar kepada penyakit. Bukannya makanan punca penyakit. Lengkuas seberat 64gram mengandungi 45 kalori dan 2 g serat. Kaya dengan sodium, zat besi, vitamin A. vitamin C, flavonoid, fitonutrien, emodin, beta-sitosterol dan querc...