Trend barangan kemas yang dihiasi dengan keunikan batu permata berwarna-warni semakin mendapat tempat di hati pencinta barangan kemas. Batu permata dibahagikan kepada dua kategori iaitu ‘precious stone’ yang terdiri daripada batu permata popular yang mempunyai permintaan tinggi dari serata dunia iaitu safir, zamrud, delima dan berlian. Selain daripada batu permata utama ini, terdapat juga batu permata daripada kategori ‘semi-precious’ seperti kecubung (amethyst), turmalin (tourmaline), topaz, citrine dan opal. Sebelum membeli barangan kemas bertatahkan batu permata, terdapat beberapa perkara yang perlu dititikberatkan agar dapat memberikan kepuasan dan keselesaan semasa memakai. Berikut merupakan beberapa tips berguna untuk anda yang baru sahaja berjinak-jinak dalam membeli barangan kemas bertatahkan batu permata: Kenali jenis batu permata dan warna yang ada Setiap batu permata adalah unik dan tidak akan serupa antara satu sama lain. Contohnya seperti permata zamrud hijau yang mer...