Skip to main content

Posts

Showing posts with the label kulit

MUSTELA PRODUK PENJAGAAN KULIT SENSITIF, LEMBUT DAN SELAMAT UNTUK BAYI

Anda pernah dengar Mustela, brand penjagaan bayi dari Perancis yang telah ditubuhkan lebih 70 tahun lalu?Brand ini juga menjadi produk penjagaan kulit ibu dan bayi nombor satu di Eropah. Sesuai digunakan untuk ibu mengandung dan juga bayi yang baru lahir. Apa yang lebih menyakinkan, produk ini sememangnya dicipta untuk menyelesaikan beberapa isu penjaagan kulit yang paling dominan melanda anak dari saatnya dilahirkan sehinggalah mencapai usia tiga tahun. Kulit bayi yang baru lahir sememang lembut, halus dan sensitif. Tetapi, ada juga bayi yang dilahirkan sememangnya memiliki jenis kulit sensitif dan memerlukan penjagaan ekstra daripada kebiasannya.  Tahukah anda kulit kanak-kanak adalah kira-kira 30% lebih nipis daripada orang dewasa, menjadikannya lebih sensitif dan reaktif kepada alergen biasa?  Terdapat pelbagai gangguan masalah kulit yang berlaku di fasa awal  selepas kelahiran. Jadi, kita perlu lebih peka dan jika masalah tersebut bukan biasa-biasa, jangan berta...

BOSAN DAH DENGAN MASALAH TAHI LALAT & KULIT KUSAM - MUJUR JUMPA CLINIC D’UMRA SHAH ALAM

Bagai orang mengantuk disorongkan bantal, begitulah pengalaman yang dialami oleh salah seorang team Mamanet beberapa hari sebelum Raya. Syukur sangat bila dapat peluang menjalani rawatan facial dan membuang tahi lalat di CLINIC D’UMRA Shah Alam. Satu pengalaman yang sangat berharga bagi kami di Mamanet. Clinic d’Umra terletak di Seksyen 13, Shah Alam, Selangor. Kepada yang biasa dengan Shah Alam, pasti tahu tentangHospital UMRA yang popular sebagai hospital bersalin pilihan ramai. Manakala kedudukanCLINIC D’UMRA ini pula betul-betul terletak di sebelah Hospital UMRA. Memangsenang nak cari sebab lokasinya tidak jauh dari bulatan Stadium Shah Alam. Bagi anda yang belum tahu, CLINIC D’UMRA ini merupakan klinikestetika, awet muda dan kesejahteraan diri. Maksudnya kepada mereka yang mahumenambah baik penampilan luar dan dalam, inilah pilihan yang tepat. Jika anda ke salon, belum tentu kaedah yang diamalkanselamat. Sebab itu, Mamanet syorkan anda datang ke sini sama ada sekadar untukm...

TIMEWISE® MIRACLE SET 3D™ REVOLUSI KULIT CANTIK ANTI-AGING

TimeWise® Miracle Set 3D™ adalah revolusi kulit cantik anti-aging terkini daripada Mary Kay. Ia dikatakan mampu mempertahankan, memperlambatkan dan membuktikan kulit anda kelihatan muda lebih lama.   Sebagai wanita kita pasti mahu memiliki kulit yang sentiasa sihat dan cantik. Namun, tanpa disedari pertambahan usia membuatkan pengeluaran kolagen di dalam tubuh menjadi semakin berkurangan.   Dan tahukah anda yang hanya 20 peratus penuaan kulit yang kelihatan disebabkan proses penuaan semulajadi? Ini bermakna faktor lain datang dari kehidupan seharian. Sinaran UV, pencemaran, debu, pemakanan, merokok, kekurangan tidur dan tekanan – semua ini merupakan faktor yang mempercepatkan proses penuaan, yang boleh membawa kepada penuaan kulit pra-matang. Disebabkan kita tak dapat menghentikan masa, Mary Kay telah menemui cara untuk kita melambatkannya. Rahsia Kulit Cantik Dengan TimeWise® Miracle Set 3D™ * MEMPERTAHANKAN kulit dari radikal bebas yang mempercepatkan pen...

KETAHUI 5 PUNCA STRETCH MARK DAN SOLUSI MENGATASINYA

Apa punca munculnya stretch mark (regangan berlebihan pada kulit) pada bahagian tubuh kita seperti di atas perut, paha, payudara dan juga punggung?   Kesan regangan yang pada mulanya berwarna merah jambu atau ungu, lama kelamaan akan berubah menjadi warna putih atau kelabu, bergantung pada warna kulit seseorang.   Masalah stretch mark ini bukan sahaja dialami oleh wanita mengandung. Jadi, adalah lebih baik jika kita ketahui punca stretch mark dan cara untuk mengatasinya.   Beberapa Punca Stretch Mark   Mengandung Ramai ibu mengandung yang keliru dan beranggapan stretch mark ini muncul disebabkan tabiat suka menggaru di perut atau paha. Sedangkan rasa gatal tersebut timbul sebagai petanda awal munculnya stretch mark.   Ketika kulit meregang dengan cepat akibat anggota badan mengembang, lapisan tengah kulit akan menipis sehingga lapisan di bawahnya muncul ke permukaan. Keadaan inilah yang dikatakan stretch mark. Obesiti Pertambahan berat badan secara mendadak bole...

6 MAKANAN SEDAP BUAT KULIT AWET MUDA

Rata-rata wanita di dunia ini mahu kelihatan awet muda. Namun, ramai yang tidak tahu ada beberapa jenis makanan sedap yang boleh dimanfaatkan bagi mendapatkan kulit yang cantik dan sihat.   Tidak dinafikan untuk nampak lebih awet muda, kebanyakan wanita cenderung menggunakan pelbagai produk kecantikan, khususnya yang mengandungi UV protection dan retinol.   Sungguhpun begitu, kita tetap perlu menitikberatkan soal pengambilan makanan diet yang berkhasiat. Terdapat banyak makanan sedap yang boleh membuatkan kulit kita menjadi lebih awet muda. Berikut Beberapa Jenis Makanan Sedap Terbaik Bagi Mendapatkan Kulit Yang Lebih Awet Muda:   Buah Delima Buah ini sangat kaya dengan vitamin seperti vitamin B5, kalium, riboflavin, polifenol dan antioksida yang dapat meningkatkan keindahan dan umur kulit.   Jus delima adalah ubat yang paling bagus untuk kulit yang rosak disebabkan sinaran cahaya matahari atau penuaan semulajadi. Buah ini juga dikatakan dapat memperbaiki kerosakan k...

5 SOLUSI MERAWAT KULIT MUKA MASA CUACA PANAS TERIK

KUNCI UTAMA MILIKI KULIT YANG  CANTIK  ADALAH BAGAIMANA CARA KITA MERAWAT KULIT MUKA SUPAYA KESIHATAN KULIT KEKAL SIHAT TERUTAMA DALAM KEADAAN CUACA YANG PANAS TERIK.   Tidak dinafikan kebanyakan daripada  kita lebih selesa mengenakan mekap di muka supaya nampak lebih cantik dan segar.   Dalam keadaan cuaca panas macam sekarang ni, kulit muka kita boleh nampak kering dan kusam walaupun mengenakan mekap.   Bagi menghindarinya kita boleh melakukan beberapa cara untuk merawat kulit muka kita agar kembali sihat dan berseri. TIP MERAWAT KULIT MUKA DALAM KEADAAN CUACA PANAS:   PAKAI PELEMBAB Kulit muka memerlukan pelembab supaya tidak kering demi menjaga kesihatan kulit muka.   Selain itu, pelembab muka yang mengandungi UV protection dapat melindungi kulit daripada sinaran matahari yang terik. KRIM PELINDUNG MATAHARI Ketika dalam keadaan cuaca yang panas atau terik, perkara yang penting adalah memakai krim pelindung matahari.  Cara ini mampu merawat kulit muka kita su...

6 CARA HILANGKAN BEKAS KUDIS DI KAKI DENGAN CEPAT

SELALUNYA KUDIS BIARPUN SUDAH SEMBUH TETAPI BEKAS LUKANYA SUKAR UNTUK DIHILANGKAN SERTA MEMAKAN MASA YANG CUKUP LAMA. APATAH LAGI, JIKA TIDAK DITANGANI DENGAN BETUL. JADI, KENALAH TAHU CARA HILANGKAN BEKAS KUDIS.   Biasanya bekas atau kesan kudis yang tidak dirawat dengan betul akan meninggalkan tanda berwarna coklat ataupun kehitaman pada kulit.   Ada beberapa petua semulajadi yang boleh kita lakukan untuk menghilangkan bekas luka kudis tersebut. Dengan mempraktiknya secara teratur, luka kesan kudis tersebut pun akan beransur-ansur hilang.   BERIKUT BEBERAPA CARA HILANGKAN BEKAS KUDIS SECARA SEMULAJADI DENGAN CEPAT:   BAWANG MERAH Cara semulajadi yang cepat untuk menghilangkan kesan kudis adalah dengan menggunakan bawang merah.   Caranya sangat mudah, kita hanya perlu tumbuk halus bawang merah, kemudian sapukannya pada bekas luka tersebut. MADU DAN PUTIH TELUR   Selain itu, cara hilangkan bekas kudis yang boleh kita amalkan adalah dengan menyapu campuran p...

JANGAN SALAH PILIH PRODUK UNTUK KULIT SENSITIF. SEMAK 3 JENIS PRODUK TERBAIK

KULIT MUKA KITA TERMASUK DALAM KATEGORI KULIT YANG SENSITIF. JADI, KITA PERLU LEBIH SELEKTIF DALAM MEMILIH PRODUK UNTUK KULIT SENSITIF. Ini adalah kerana kulit yang sensitif memerlukan penjagaan ekstra kerana ia lebih mudah ditumbuhi jerawat serta mengalami permasalahan kulit yang lain. Bukan itu sahaja, kulit yang sensitif juga mempunyai tindakbalas cepat terhadap produk tertentu, bahan kimia, cuaca panas ataupun keadaan persekitaran. Biasanya kulit akan kelihatan kemerahan, berjerawat dan juga mengalami iritiasi. PENYEBAB KULIT MENJADI SENSITIF Menggunakan pembersih muka yang tidak sesuai dengan jenis kulit. Penggunaan kosmetik yang sembarangan . Kulit muka sudah tercemar merkuri kerana menggunakan kosmetik berbahaya, sehingga kulit muka menjadi kemerahan dan sensitif. Kerap terdedah pada keadaan cuaca yang panas. Faktor genetik. Ketidakseimbangan  hormon, sering terjadi pada para remaja. CIRI-CIRI KULIT SENSITIF Kulit muka cepat kemerahan apabila terkena sinaran cahaya matahari. Kul...

5 JENIS FOUNDATION YANG BAGUS AGAR MUKA NAMPAK CANTIK DAN MULUS SEPANJANG HARI

Hajat hati nak nampak cantik tapi bila foundation  yang bagus tidak sebagus mana, alamatnya jadilah macam ‘hantu Kak Limah” muka kita nanti. Peringatan untuk muka jenis yang kuat berpeluh,berminyak memang ada harapan mekap hancur. Sebab itu, kita kena pakai foundation tahan lama atau tidak luntur di muka yang benar-benar berkualiti! Pemilihan foundation yang bagus dan tahan lama sangat penting ketika kita mahu tampil lebih cun daripada biasa. Warna kulit muka kita akan lebih sekata, kesan-kesan jerawat, garis halus serta bintik-bintik hitam juga boleh disamarkan. Pemakaian foundation yang bagus juga akan membuatkan tekstur muka kita kelihatan lebih halus. Terdapat tiga jenis foundation atau alas bedak, iaitu foundation padat, foundation cair dan foundation krim, ANDA MUNGKIN TAHU CARA MEMASTIKAN FOUNDATION TAHAN LAMA SEPANJANG HARI WALAU PUN MUKA BERPELUH. [btn text=”LIKE & SHARE HARIAN WANITA (MAMANET) ” tcolor=#FFF bcolor=#FFA500 thovercolor=#FFF l...