Skip to main content

5 SOLUSI MERAWAT KULIT MUKA MASA CUACA PANAS TERIK

KUNCI UTAMA MILIKI KULIT YANG  CANTIK  ADALAH BAGAIMANA CARA KITA MERAWAT KULIT MUKA SUPAYA KESIHATAN KULIT KEKAL SIHAT TERUTAMA DALAM KEADAAN CUACA YANG PANAS TERIK.

 

Tidak dinafikan kebanyakan daripada  kita lebih selesa mengenakan mekap di muka supaya nampak lebih cantik dan segar.

 

Dalam keadaan cuaca panas macam sekarang ni, kulit muka kita boleh nampak kering dan kusam walaupun mengenakan mekap.

 

Bagi menghindarinya kita boleh melakukan beberapa cara untuk merawat kulit muka kita agar kembali sihat dan berseri.

merawat kulit muka

TIP MERAWAT KULIT MUKA DALAM KEADAAN CUACA PANAS:

 

  1. PAKAI PELEMBAB

Kulit muka memerlukan pelembab supaya tidak kering demi menjaga kesihatan kulit muka.

 

Selain itu, pelembab muka yang mengandungi UV protection dapat melindungi kulit daripada sinaran matahari yang terik.

merawat kulit muka

  1. KRIM PELINDUNG MATAHARI

Ketika dalam keadaan cuaca yang panas atau terik, perkara yang penting adalah memakai krim pelindung matahari.  Cara ini mampu merawat kulit muka kita supaya tidak mengalami penuaan dan munculnya noda-noda hitam akibat terkena sinaran cahaya matahari.

merawat kulit muka

  1. MASKER

Dalam keadaan cuaca panas, pengeluaran peluh akan berlebihan. Ini akan membuatkan minyak di muka menjadi semakin banyak.

 

Masker tomato, timun, yoghurt, betik,madu serta masker lemon mampu memerangi masalah kulit sepanjang cuaca panas ini.

merawat kulit muka

  1. BUANG SEL KULIT MATI

Kita perlu melakukan skrub muka supaya dapat menanggalkan sel-sel kulit mati pada muka.

 

Sel kulit mati tersebut boleh membuatkan kulit muka kita kelihatan kusam dan kasar. Membuang sel kulit mati di badan dan juga muka akan membuatkan kulit lebih cerah walaupun cuaca panas terik sekalipun.

merawat kulit muka

  1. MINUM BANYAK AIR MASAK

Dalam keadaan cuaca yang panas ini, kita perlu lebih banyak minum air masak supaya kita terdehidrasi.

 

Air masak membantu merawat kulit muka supaya tetap lembab dan sihat walaupun dalam keadaan cuaca panas.

 

Di samping dapat menjaga kelembapan kulit, ia juga dapat mengeluarkan racun dari dalam badan sehingga kulit kita kelihatan lebih segar.

merawat kulit muka

Inilah lima tip merawat kulit muka ketika cuaca panas yang boleh diamalkan bagi mendapatkan kulit yang lebih segar dan tidak mudah kering.

 

NAK TAHU CARA PILIH PRODUK PENJAGAAN MUKA?

[btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#0000FF thovercolor=#FFF link=”https://web.facebook.com/harianwanita/” target=”_self”]

CONFIRM WHITE MUSK, SOFTENER PALING WANGI

Comments

Popular posts from this blog

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA(IMU) TERIMA PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA BERPRESTIJ DALAM PENDIDIKAN

Belakang (dari kiri): Prof Er Hui Meng (Dekan, Pengajaran & Pembelajaran), Prof Abdul Aziz Baba (Naib-Canselor),  Prof Vishna Devi Nadarajah (Pro Naib-Canselor, Pembangunan Institusi & Antarabangsa).  Depan (dari kiri): Dr Wong Pei Se (Dekan Bersekutu, Pengajaran & Pembelajaran), Dr Norul Hidayah (Pensyarah Kanan, ICE), Siti Suriani Binti Abdul Razak (Pensyarah, ICE)   Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), universiti perubatan dan sains kesihatan swasta pertama yang terkemuka di Malaysia, baru-baru ini menerima pengiktirafan antarabangsa atas usahanya dalam pembangunan fakulti daripada AMEE, iaitu Persatuan Antarabangsa untuk Pendidikan Perubatan. Sebuah organisasi yang diiktiraf di peringkat global, AMEE dianggotai oleh ahli profesional penjagaan kesihatan dari lebih 90 negara di lima benua dan mempromosikan kecemerlangan dalam pendidikan profesion kesihatan melalui perkongsian amalan terbaik, sokongan, rangkaian, penyelidikan dan pembangunan profesional.  Anugerah Kec...

RANGKAIAN PRODUK MUSTELA BANTU HILANGKAN STRETCH MARK SEMASA MENGANDUNG DAN BERSALIN

Sewaktu mengandung atau kehamilan dan selepas bersalin sudah pasti ramai ibu yang mengalami masalah tanda regangan atau stretch mark. Semakin besar kandungan, semakin banyaklah kesan regangan yang berlaku. Tanda stretch mark ini boleh dilihat pada bahagian perut, paha, dada dan juga bawah lengan. Biasanya ketika wanita mengandung tahap hormone dalam badannya akan meningkat seperti ekstrogen dan testeron, yang mana akan menyebabkan kandungan kolagen pada kulit menjadi rendah. Wajib ada! Produk Mustela mampu selesaikan masala stretch mark yang kerap dialami oleh para ibu mengandung Produk kehamilan dan bersalin Mustela direka khas untuk kulit ibu yang tertekan akibat kehamilan dan penyusuan, membantu mengekalkan keanjalan serta kulit yang kekal berseri. Akibat kesan regangan kepada kulit yang dehidrasi dan mengelupas, biasanya kulit akan bertukar warna keperangan, kelihatan satu garisan merekah serta nampak berkedut. Sungguh nampak tak lawa, kan? Tak mustahil kita akan jadi kurang senang...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...