Skip to main content

Posts

Showing posts with the label keluarga

JOM BERCUTI DI KEDESAAN NATASYA RIVERSIDE RESORT GOPENG

Bercuti tidak semestinya kita perlu pergi jauh-jauh dengan sejuta pelan perjalanan yang sukar untuk direalisasikan. Cubalah rasai keseronokan beriadah dalam suasana desa di Natasya Riverside Resort Gopeng di Kampung Jahang, Gopeng, Perak ini!   Jemputan sempena Program Bersama Media di Natasya Riverside Resort Gopeng oleh usahawan terkenal yang juga pemilik Perwanza Propeties & Trading Sdn Bhd, Dato’ Suhaimy bersama founder Natasya Skincare, Datin Muniroh  tidak dilepaskan begitu sahaja.   Meskipun baru dibuka pada bulan Mei, 2017 yang lalu, namun sambutan yang diterima sangat memberangsangkan. Kini 8 unit kabin jenis dua tingkat sedang dibina dan dijangka akan siap sepenuhnya sebelum 25 Disember ini.   Natasya Riverside Resort Gopeng Penginapan Yang Cukup Selesa   Di samping mahu menikmati suasana dusun yang dipenuhi dengan banyak pokok durian, mahu juga meninjau dekorasi dan keselesaan penginapan di dalam kabin atau kontena ini. Selain itu, turut terdapat 5 buah rum...

KERJA OH KERJA, 6 RISIKO MENANTI BILA KITA TERLALU WORKAHOLIC!

KERJA OH KERJA, DISEBABKAN TERLALU GIGIH DAN KETAGIH DENGAN KERJA RAMAI DI ANTARA KITA YANG LUPA DIRI. KESIBUKAN KERJA TELAH MEMBUATKAN KITA LUPA DENGAN KESIHATAN DAN KELUARGA SENDIRI!   Disebabkan terlalu taksub dengan kerja oh kerja itulah juga membuatkan kita tidak sedar bahawa kita masih mempunyai dunia lain selain daripada karier kita. Hakikatnya masih banyak perkara yang perlu kita berikan perhatian selain daripada karier kita itu.   Sebenarnya ramai di antara kita yang seolah-olah telah mendedikasikan seluruh hidupnya untuk karier. Setiap saat yang terlintas dalam otak hanyalah kerja oh kerja.Jika tidak bekerja dengan bersungguh-sungguh atau bermati-matian, kita akan rasa tidak puas.   Padahal jika kita bekerja sampai bermati-matian sehingga melupakan hal-hal lain yang juga penting dalam hidup kita, ia sebenarnya hanya akan merugikan diri kita sendiri.   Ada beberapa alasan yang membuatkan kita rugi dalam kehidupa akibat terlalu gigih dan ketagih bekerja. Keru...

MENGAPA ANAK ANDA GUGUP DAN KURANG KEYAKINAN DIRI APABILA BERADA DI KHALAYAK RAMAI?

ANDA MUNGKIN TERKILAN BILA LIHAT ANAK ORANG LAIN SEGAK DI PENTAS BERPIDATO DENGAN TAHAP KEYAKINAN DIRI YANG TINGGI SEDANGKAN ANAK ANDA MENYOROK DI BELAKANG PINTU. Menurut Dr. Laura Markham ( PsychologyToday ), “Hanya 30% daripada kanak-kanak berumur 4 tahun boleh mengurus emosi, kebimbangan dan debaran mereka.” Secara umumnya, kebanyakkan kanak-kanak sememangnya kurang mempunyai keyakinan diri. Mereka tidak mampu mengawal dirinya dan takut ketika berada di depan orang ramai. Bagaimanapun, kanak-kanak yang mampu belajar untuk menguasai diri akan menjadi lebih berani bila dewasa kelak. Dalam masyarakat serba pantas, semua benda di hujung jari. Kanak-kanak dilahirkan ke dunia yang orangnya tidak perlu menunggu lama tetapi cepat panas darah. Mereka seolah-olah tidak mampu mengawal diri. Misalnya memaki orang lain dari dalam kereta atau pun mendera pembantu rumah dan kanak-kanak. Kanak-kanak diajar agar lebih pentingkan diri berbanding prihatin pada orang lain. Mereka diarah agar...

PANTAI MORIB DESTINASI MENARIK BERSANTAI KELUARGA PADA HUJUNG MINGGU

BAGI YANG NAK MENCARI IDEA UNTUK BERCUTI ATAU MENIKMATI SUASANA PANTAI DI HUJUNG MINGGU BERSAMA KELUARGA ATAU TEMAN-TEMAN, BOLEHLAH KE PANTAI MORIB.  TERLETAK TIDAK JAUH DARI BANDAR BANTING.  Walaupun keindahannya tidak setanding dengan pantai Port Dickson, namun Pantai Morib tetap menjadi salah satu tarikan pelancongan buat warga Kuala Lumpur, Selangor dan juga kawasan di sekitarnya. Seandainya lalu di kawasan tersebut atau bercuti di kawasan sekitarnya, jangan lupa untuk singgah di Pantai Morib . Sesuai sangat untuk kita  beristirahat atau beriadah bersama teman-teman dan keluarga. MELIHAT KEINDAHAN MATAHARI TERBENAM DI PANTAI MORIB Pada sebelah petang dan hujung minggu memang ramai pengunjung berbanding daripada hari biasa yang suasananya agak sepi. Di pantai ini kita dapat menyaksikan tenggelamnya matahari. Biarpun agak kurang dramatik, namun panorama sunset ketika senja datang berlabuh itu tetap membuatkan kita berasa kagum dengan kebesaran Tuhan. PELBAGAI KEMUDAHAN TERSEDIA Bi...

MASALAH DUIT BUAT RUMAHTANGGA RETAK BERCERAI-BERAI!

Mempunyai rumahtangga  yang aman bahagia sememangnya menjadi impian setiap dari kita yang sudah berkeluarga. Pelbagai masalah yang datang tanpa henti setiasa menguji kekuatan hubungan suami isteri. Ada masalah yang mudah diatasi, ada juga yang terlalu sukar untuk ditanggung. Salah satunya adalah masalah duit ! Ramai pasangan suami isteri yang bercerai hanya kerana dihimpit masalah duit dalam perkahwinan. Tak kiralah pasangan baru ataupun sudah lama berkahwin. Disebabkan masalah kewangan penceraian berlaku. Jadi, bagaikan cara terbaik untuk kita berkompromi dengan masalah duit dalam rumahtangga ini? BERIKUT BEBERAPA CARA UNTUK MENGATASI MASALAH DUIT DALAM PERKAHWINAN SENTIASA JUJUR TENTANG KEWANGAN Jangan sorok-sorok atau sembunyikan secara diam-diam daripada pasangan kita. Meskipun kita mempunyai kad kredit rahsia ataupun lebihan duit belanja bulan lepas yang kita sembunyikan dalam almari baju dan sebagainya. Sebaiknya terus terang sahaja. Bila perlu, buatlah buku catatan kewanga...

GILA MEROYAN MAHA DAHSYAT SAMPAI KELAR BAYI

Sudah lama kita tidak mendengar tentang kejadian yang dikaitkan dengan gila meroyan seperti yang berlaku ke atas bayi perempuan yang mati dikelar ibu kandungnya sendiri dua hari lalu. Wanita yang dipercayai menyembelih hingga mati bayi perempuannya semalam, direman seminggu di Wad Psikiatri, Hospital Raja Perempuan Zainab II. Perintah reman terhadap suri rumah berusia 32 tahun tersebut dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Kota Bharu, Rusli Ahmad. Tempoh reman berkuat kuasa hari ini sehingga 11 Februari ini. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Hakikatnya ini bukan kes pertama. Sebelum ini banyak kes kematian bayi akibat gangguan emosi ibu dalam masa pantang. [btn text=”LIKE & SHARE MAMANET ” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/” target=”_blank”] BACA: SELAMATKAH LAKUKAN SEKS SEWAKTU HAMIL?   GILA MEROYAN USAH DIPANDANG RINGAN Mengapa boleh berlaku kejadian yang mengerikan ini a...

Kepentingan Keluarga Bahagia Perlu Anda Tahu

Kepentingan Keluarga Bahagia memang tidak dapat dinafikan oleh sesiapa pun. Saat Ramadan dan menjelang Syawal merupakan waktu paling kritikal seseorang memerlukan keluarga.