Skip to main content

MASALAH DUIT BUAT RUMAHTANGGA RETAK BERCERAI-BERAI!

Mempunyai rumahtangga  yang aman bahagia sememangnya menjadi impian setiap dari kita yang sudah berkeluarga. Pelbagai masalah yang datang tanpa henti setiasa menguji kekuatan hubungan suami isteri.

Ada masalah yang mudah diatasi, ada juga yang terlalu sukar untuk ditanggung. Salah satunya adalah masalah duit!

Ramai pasangan suami isteri yang bercerai hanya kerana dihimpit masalah duit dalam perkahwinan. Tak kiralah pasangan baru ataupun sudah lama berkahwin.

Disebabkan masalah kewangan penceraian berlaku. Jadi, bagaikan cara terbaik untuk kita berkompromi dengan masalah duit dalam rumahtangga ini?

masalah duit

BERIKUT BEBERAPA CARA UNTUK MENGATASI MASALAH DUIT DALAM PERKAHWINAN

  1. SENTIASA JUJUR TENTANG KEWANGAN

Jangan sorok-sorok atau sembunyikan secara diam-diam daripada pasangan kita. Meskipun kita mempunyai kad kredit rahsia ataupun lebihan duit belanja bulan lepas yang kita sembunyikan dalam almari baju dan sebagainya.

Sebaiknya terus terang sahaja. Bila perlu, buatlah buku catatan kewangan keluarga untuk lebih transparent.

Kejujruan dalam hal kewangan akan membuatkan kita dan pansangan akan sama-sama terlibat secara langsung dalam permasalahan ini. Apabila ada kekurangan, masing-masing boleh saling melengkapi. Bantu membantu serta bertolak ansur.

Selain itu, prasangka-prasangka buruk  atau cakap-cakap belakang antara satu sama lain juga akan dapat dihilangkan dengan sendirinya. Penipuan hanya akan membuatkan pergaduhan dalam rumahtangga menjadi semakin parah!

  1. JANGAN SUKA MENILAI PASANGAN DARI DUIT

Kebanyakan pasangan suami isteri suka menilai dari duit dan ini merupakan salah satu kesalahan yang paling sering dilakukan.

Disebabkan mempunyai gaji yang lebih besar atau tinggi dari pasangan, bukan bermakna kita perlu menunjukkan rasa ego, sombong dan berkuasa di rumah.

Keegoan seperti ini hanya akan menimbulkan rasa tidak puas hati dan cemburu terhadap pasangan. Selain itu, sikap ini juga akan membuatkan pasangan merasakan harga diri mereka telah direndah-rendahkan. Perkara sebegini tentunya akan membuatkan pasangan berasa tidak selesa di rumah.

Baik suami ataupun isteri, apabila kita mempunyai pendapatan yang lebih besar dari pasangan, sebaiknya janganlah perkara tersebut dijadikan isu besar.

Suami isteri perlu saling bertolak ansur, bantu-membantu bagi memenuhi keperluan keluarga demi kepentingan bersama.

masalah duit

  1. BINCANG BAIK-BAIK TENTANG PERBELANJAAN HARIAN

Masalah duit memang sangat sensitif untuk dibincangkan oleh pasangan suami isteri. Namun, jika tidak dibincangkan, perkara ini pasti menjadi masalah di kemudian hari.

Lambat-laun pasti timbul prasangka buruk terhadap diri masing-masing apabila tidak ada perbincangan tentang soal duit.

Adalah lebih baik jika pada setiap minggu diadakan perbincangan rutin tentang pengeluaran dan kemasukan duit masing-masingnya. Tujuannya adalah untuk memastikan bahawa bajet yang dikeluarkan tetap tercatit dengan baik.

Kejelasan tentang aliran wang masuk dan keluar akan menghindarkan kita dari sebarang pertengkaran yang mungkin saja akan muncul ketika terjadinya krisis kewangan dalam rumah tangga.masalah duit

  1. SALING BERKONGSI KEPERLUAN RUMAH TANGGA

Kerap berlaku pertengkaran dalam sesebuah rumah tangga akibat masalah kewangan disebabkan tidak adanya perjanjian tentang masalah duit sebelumnya.

Bahkan tidak ramai pasangan suami isteri yang bersependapat dan saling bersetuju untuk berkongsi pendapatan bersama. Apatah lagi dengan keadaan ekonomi sekarang yang semakin meruncing.

Walaupun perkara berkongsi pendapatan tersebut kedengaran agak keterlaluan, tetapi hakikatnya kemampuan kewangan setiap pasangan memang berbeza.

Tidak mustahil perkara ini boleh menimbulkan rasa tidak puas hati atau cemburu di antara satu sama lain. Belum kira lagi apabila salah seorang  merasakan memiliki duit yang lebih banyak sehingga mengabaikan rasa hormat di antara satu sama lain.

Bagi mengatasi permasalahan tersebut, adalah lebih baik jika kita gabungkan sahaja pendapatan itu bersama.Tak ada masalah jika kita mahu ketepikan sedikit duit peribadi, tetapi pastikan segala keperluan hutang piutang dan perbelanjaan keluarga dapat dipenuhi dengan baik.masalah duit

  1. BINCANG DULU SEBELUM MENAMBAH HUTANG!

Apabila mahu berhutang atau menambah hutang, tak kiralah dalam jumlah kecil ataupun besar, sebaiknya kita bincang terlebih dahulu dengan pasangan.

Berbincang tentang hutang dengan pasangan akan membantu kita untuk saling bantu membantu serta mengetahui masalah duit yang sedang dihadapi. Jangan sesekali berhutang tanpa mengetahui kemampuan kita dan pasangan untuk membayarnya di kemudian hari.

Masalah hutang juga boleh menjadi punca pergaduhan dalam rumah tangga sehingga membawa kepada penceraian.

masalah duit

Itulah beberapa cara untuk menghindari pergaduhan dalam rumah tangga disebabkan oleh masalah duit. Semoga artikel ini bermanfaat untuk semua.

Comments

Popular posts from this blog

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA(IMU) TERIMA PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA BERPRESTIJ DALAM PENDIDIKAN

Belakang (dari kiri): Prof Er Hui Meng (Dekan, Pengajaran & Pembelajaran), Prof Abdul Aziz Baba (Naib-Canselor),  Prof Vishna Devi Nadarajah (Pro Naib-Canselor, Pembangunan Institusi & Antarabangsa).  Depan (dari kiri): Dr Wong Pei Se (Dekan Bersekutu, Pengajaran & Pembelajaran), Dr Norul Hidayah (Pensyarah Kanan, ICE), Siti Suriani Binti Abdul Razak (Pensyarah, ICE)   Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), universiti perubatan dan sains kesihatan swasta pertama yang terkemuka di Malaysia, baru-baru ini menerima pengiktirafan antarabangsa atas usahanya dalam pembangunan fakulti daripada AMEE, iaitu Persatuan Antarabangsa untuk Pendidikan Perubatan. Sebuah organisasi yang diiktiraf di peringkat global, AMEE dianggotai oleh ahli profesional penjagaan kesihatan dari lebih 90 negara di lima benua dan mempromosikan kecemerlangan dalam pendidikan profesion kesihatan melalui perkongsian amalan terbaik, sokongan, rangkaian, penyelidikan dan pembangunan profesional.  Anugerah Kec...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...

RANGKAIAN PRODUK MUSTELA BANTU HILANGKAN STRETCH MARK SEMASA MENGANDUNG DAN BERSALIN

Sewaktu mengandung atau kehamilan dan selepas bersalin sudah pasti ramai ibu yang mengalami masalah tanda regangan atau stretch mark. Semakin besar kandungan, semakin banyaklah kesan regangan yang berlaku. Tanda stretch mark ini boleh dilihat pada bahagian perut, paha, dada dan juga bawah lengan. Biasanya ketika wanita mengandung tahap hormone dalam badannya akan meningkat seperti ekstrogen dan testeron, yang mana akan menyebabkan kandungan kolagen pada kulit menjadi rendah. Wajib ada! Produk Mustela mampu selesaikan masala stretch mark yang kerap dialami oleh para ibu mengandung Produk kehamilan dan bersalin Mustela direka khas untuk kulit ibu yang tertekan akibat kehamilan dan penyusuan, membantu mengekalkan keanjalan serta kulit yang kekal berseri. Akibat kesan regangan kepada kulit yang dehidrasi dan mengelupas, biasanya kulit akan bertukar warna keperangan, kelihatan satu garisan merekah serta nampak berkedut. Sungguh nampak tak lawa, kan? Tak mustahil kita akan jadi kurang senang...