Skip to main content

Posts

Showing posts with the label pejabat

ADAKAH RUANG KERJA YANG KOTOR BOLEH MENJEJASKAN PRESTASI PEKERJA ANDA?

SEBAHAGIAN BESAR DARIPADA MASA KITA DILUANGKAN DI TEMPAT KERJA. KEADAAN PERSEKITARAN KERJA YANG KOTOR BUKAN SAHAJA BOLEH MEMUDARATKAN KESIHATAN, MALAH MENJEJASKAN PRESTASI PEKERJA. Terdapat virus dan kuman di seluruh tempat kerja yang berpunca daripada pelbagai faktor seperti sisa makanan di meja, rakan sekerja yang sakit dan pencemaran silang daripada tempat tumpuan kuman. Keadaan ini boleh bermula dari bilik air ke kawasan pantri, stesen kerja, bilik stor dan ruang-ruang lain yang ada di tempat kerja. Selain itu, penggunaan sistem penyaman udara berpusat pun boleh meningkatkan risiko penyakit transmisi udara.  Ini boleh menyebabkan kita jatuh sakit lebih kerap apabila situasi ini akan menganggu produktiviti dan masa pekerja serta majikan. Persekitaran kerja yang bersih harus dijadikan amalan wajib. Ini kerana pekerja meluangkan sebahagian besar daripada masanya di tempat kerja, maka tempat kerja yang bersih dan sihat amat penting untuk memastikan kesejahteraan dan prestasi pekerja. K...