Skip to main content

Posts

Showing posts with the label suke tv

Suke TV Umumkan Senarai Program Baru

Sedar tak sedar, sudah hampir setahun Suke TV yang diasaskan Dato’ AC Mizal ini bersiaran secara rasminya menerusi platform myFreeview (saluran 116) iaitu rangkaian penyiaran digital tanpa langganan. Program Baru 2023 Di Suke TV Suke TV adalahrangkaian penyiaran hiburan dan pembelian dari rumah yang terbaru di Malaysia, telah mengumumkan senarai program baru untuk tahun 2023. Berteraskan moto “Bringing Happy Back”, Suke TV bertujuan untuk menghibur dan memberi maklumat kepada rakyat Malaysia dengan pelbagai pilihan genre program yang berbeza. Antara program-program terbaru adalah Suke Tune, VC (Video Clip), I PC U (I Penasihat Cinta U), Pin Pin Siapa Tu, Odah Billionaire, Suke Tanya Ustaz, Suke Celeb Raya, dan musim baru program popular seperti Berita Latah Musim ke-4, Tanya Jer Musim ke-2 dan Sejarah Dari Sejadah Musim ke-2. Bermatlamatkan untuk menghiburkan rakyat dan memperkasakan industri, Suke TV juga telah bekerjasama dengan juruanimasi tempatan, Wan Animation S...

SUKE SHOP LANCARKAN SUKE GO BERSAMA GOKINGKONG

SUKE SHOP, platform e-dagang berkonsepkan pembelian dari rumah di bawah naungan rangkaian hiburan tempatan SUKE TV, telah melancarkan SUKE GO – sebuah perkhidmatan penghantaran premium – dengan kerjasama platform logistik dan e-dagang, GOKINGKONG. Sidang media dan majlis menandatangani perjanjian hari ini telah diserikan oleh Dato’ AC Mizal, Pengasas dan Pengerusi SUKE TV; Datin Emylia Rosnaida, Pengarah SUKE TV; Desmond Ng, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif GOKINGKONG; dan ramai lagi, di samping kehadiran pelbagai ahli media dan portal berita tempatan. SUKE SHOP kini menawarkan perkhidmatan penghantaran percuma pada hari bekerja seterusnya dan ke bandar-bandar utama di seluruh negara untuk lebih 20,000 produk yang dijual di platform tersebut melalui SUKE GO. Dengan kerjasama ini, pengguna SUKE SHOP akan dapat menikmati perkhidmatan penghantaran yang efisien, cepat dan senang terus ke halaman rumah mereka. Majlis tersebut juga menyaksikan penambahan lebih 20,000 pro...