Skip to main content

Suke TV Umumkan Senarai Program Baru

Suke TV

Sedar tak sedar, sudah hampir setahun Suke TV yang diasaskan Dato’ AC Mizal ini bersiaran secara rasminya menerusi platform myFreeview (saluran 116) iaitu rangkaian penyiaran digital tanpa langganan.

Program Baru 2023 Di Suke TV

Suke TV adalahrangkaian penyiaran hiburan dan pembelian dari rumah yang terbaru di Malaysia, telah mengumumkan senarai program baru untuk tahun 2023. Berteraskan moto “Bringing Happy Back”, Suke TV bertujuan untuk menghibur dan memberi maklumat kepada rakyat Malaysia dengan pelbagai pilihan genre program yang berbeza.

Suke TV

Antara program-program terbaru adalah Suke Tune, VC (Video Clip), I PC U (I Penasihat Cinta U), Pin Pin Siapa Tu, Odah Billionaire, Suke Tanya Ustaz, Suke Celeb Raya, dan musim baru program popular seperti Berita Latah Musim ke-4, Tanya Jer Musim ke-2 dan Sejarah Dari Sejadah Musim ke-2.

Bermatlamatkan untuk menghiburkan rakyat dan memperkasakan industri, Suke TV juga telah bekerjasama dengan juruanimasi tempatan, Wan Animation Studios, untuk memperkenalkan kandungan animasi kreatif mereka dan juga Suke U Movies, program yang akan diterajui oleh tenaga pelatih industri dengan sokongan dan bimbingan daripada kakitangan Suke TV.

Suke U Movie merupakan program platform untuk pelajar institusi pengajian tinggi berkonsepkan pertandingan dimana pelajar dan alumni institusi boleh menayangkan hasil terbitan mereka dalam program tersebut secara siaran langsung.

Suke TV
Chacha Maembong dan Syrul Ezwan, hos Suka Tune, program muzikal mingguan yang dpersembahkan secara langsung

Suke Tune merupakan program muzikal mingguan siaran langsung yang dihoskan oleh Chacha Maembong dan Syrul Ezwan, di mana program ini menampilkan artis-artis tempatan dan antarabangsa yang bersaing untuk memenangi diprogram kemuncak Anugerah Suke Tune. Suke Tune ditayangkan setiap Isnin jam 9 malam hingga 10 malam dan menampilkan persembahan secara langsung. 

VC (Video Clip) pula merupakan program muzikal siaran langsung yang menampilkan muzik video daripada artis-artis tempatan dan antarabangsa, di mana peminat boleh mengundi untuk lagu dan artis kegemaran mereka. Kedua-dua platform ini mempromosikan artis-artis yang baru serta yang sudah lama berkecimpung dalam industri dari pelbagai genre dan kategori.

Menjelang Ramadan yang akan tiba tidak lama lagi, Suke TV juga telah menyediakan program-program keagamaan seperti Sejarah Dari Sejadah Musim ke-2, yang mengisahkan sirah Nabi Muhammad SAW sepanjang hidupnya pada bulan ramadan ini dan juga program baru, Suke Tanya Ustaz yang mana program ini mengupas soal jawab agama yang ditanya oleh penonton-penonton di studio dan di rumah mengikut topik-topik yang bersesuaian sepanjang episod.

Suke Celeb Raya ialah program pembelian dari rumah secara langsung yang menampilkan barisan selebriti tempatan seperti Adam Corrie, Dato’ Aliff Syukri, Dynas Mokhtar, Siti Shahreza (EJA), Ezlynn, Sasha Abdul Aziz, dan lain-lain dengan produk bertemakan Hari Raya di Sukeshop.com.

Produk yang ditawarkan merangkumi fesyen, kosmetik, produk sedia dimakan dan lain-lain lagi. “Kami sangat gembira dapat menampilkan selebriti dan pempengaruh serta berkongsi produk hebat mereka untuk melengkapkan sambutan Ramadan dan Hari Raya”, kata Datin Emylia Rosnaida, selaku Pengarah dan Ketua Pegawai Pengurusan Bakat.

Tanya Jer Musim ke-2 ialah rancangan bual bicara komedi yang menampilkan pasangan selebriti, manakala program Berita Latah Musim ke-4 merupakan program parodi berita yang menampilkan pembaca berita yang mencuit hati. Odah Billionaire ialah rancangan bual bicara secara siaran langsung yang akan menampilkan Emelda Rosmila sebagai Odah, seorang jutawan dari sebuah kampung terpencil di Perak.

I PC U (I Penasihat Cinta U) ialah rancangan bual-bicara yang dihoskan oleh dua pengacara wanita, menemuramah selebriti/artis lelaki dan membincangkan mengenai ciri ciri wanita pilihan hati mereka.

Pin Pin Siapa Tu?, Hos program yang membawa karakter penghantar makanan yang membawa anda ke rumah selebriti kegemaran anda sambil melakukan aktiviti menarik dan berkongsi pencapaian serta kejayaan terbaru dalam kerjaya selebriti tersebut.

Program ini akan mengupas dunia selebriti kegemaran anda yang tidak pernah diselongkar sebelum ini. Program ini akan disokong oleh rakan mudah alih dan penaja kami, TECNO Mobile Malaysia.

Artikel Lain: Ella,Bintangi Teater Dari Cherok Tok Kun Ke Putrajaya

“Kami bersemangat untuk memperkenalkan rangkaian program baru kami, dan kami berharap untuk terus membawa kegembiraan dan hiburan kepada rakyat Malaysia. Selain itu, kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan penaja kami atas kepercayaan dan sokongan berterusan mereka terhadap Suke TV. Jadi, jangan lupa untuk tonton Suke TV!” kata Dato’ AC Mizal, Pengasas & Pengerusi, yang juga memegang jawatan Ketua Pegawai Kandungan di Suke TV.

Reeve Damien bakal menerajui Suke TV, milik bapanya Dato Ac Mizal

Selain itu, Suke TV juga ingin memperkenalkan Muhammad Reeve Damien (Reeve Damien) yang berbakat sebagai Pengarah Muzik Suke TV. Beliau telah mencipta dan menghasilkan muzik latar, lagu tema, dan jingle untuk program-program Suke TV sejak awal penubuhan stesen televisyen ini. 

Untuk menonton saluran 116 Suke TV, penonton boleh memuat turun aplikasi MYTV Mana Mana di Apple Store dan juga Google Playstore.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web Suke TV di www.suketv.com. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Petra di nadrul.zainal@suketv.com atau Juani di juani.jamalludin@suketv.com.

Comments

Popular posts from this blog

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA(IMU) TERIMA PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA BERPRESTIJ DALAM PENDIDIKAN

Belakang (dari kiri): Prof Er Hui Meng (Dekan, Pengajaran & Pembelajaran), Prof Abdul Aziz Baba (Naib-Canselor),  Prof Vishna Devi Nadarajah (Pro Naib-Canselor, Pembangunan Institusi & Antarabangsa).  Depan (dari kiri): Dr Wong Pei Se (Dekan Bersekutu, Pengajaran & Pembelajaran), Dr Norul Hidayah (Pensyarah Kanan, ICE), Siti Suriani Binti Abdul Razak (Pensyarah, ICE)   Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), universiti perubatan dan sains kesihatan swasta pertama yang terkemuka di Malaysia, baru-baru ini menerima pengiktirafan antarabangsa atas usahanya dalam pembangunan fakulti daripada AMEE, iaitu Persatuan Antarabangsa untuk Pendidikan Perubatan. Sebuah organisasi yang diiktiraf di peringkat global, AMEE dianggotai oleh ahli profesional penjagaan kesihatan dari lebih 90 negara di lima benua dan mempromosikan kecemerlangan dalam pendidikan profesion kesihatan melalui perkongsian amalan terbaik, sokongan, rangkaian, penyelidikan dan pembangunan profesional.  Anugerah Kec...

RANGKAIAN PRODUK MUSTELA BANTU HILANGKAN STRETCH MARK SEMASA MENGANDUNG DAN BERSALIN

Sewaktu mengandung atau kehamilan dan selepas bersalin sudah pasti ramai ibu yang mengalami masalah tanda regangan atau stretch mark. Semakin besar kandungan, semakin banyaklah kesan regangan yang berlaku. Tanda stretch mark ini boleh dilihat pada bahagian perut, paha, dada dan juga bawah lengan. Biasanya ketika wanita mengandung tahap hormone dalam badannya akan meningkat seperti ekstrogen dan testeron, yang mana akan menyebabkan kandungan kolagen pada kulit menjadi rendah. Wajib ada! Produk Mustela mampu selesaikan masala stretch mark yang kerap dialami oleh para ibu mengandung Produk kehamilan dan bersalin Mustela direka khas untuk kulit ibu yang tertekan akibat kehamilan dan penyusuan, membantu mengekalkan keanjalan serta kulit yang kekal berseri. Akibat kesan regangan kepada kulit yang dehidrasi dan mengelupas, biasanya kulit akan bertukar warna keperangan, kelihatan satu garisan merekah serta nampak berkedut. Sungguh nampak tak lawa, kan? Tak mustahil kita akan jadi kurang senang...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...