Skip to main content

Posts

Showing posts with the label duit

SEGERA TUNAIKAN ZAKAT, JANGAN BERLENGAH LAGI

Segera tunaikan zakat setiap kali mendapat gaji atau keuntungan. Namun, ia bukan perkara mudah bila ramai yang mengeluh tidak cukup pendapatan. Tekanan hidup sekarang membuatkan kebanyakan orang selalu berasa tidak cukup. Bukan hanya yang bergaji bawah RM3000 sahaja yang sering kesempitan wang, bahkan yang bergaji RM10 ribu ke atas pun turut berasakan perkara yang sama. Kenapa hidup kita tidak pernah rasa cukup? Hakikatnya kerana kita selalu mendahulukan perkara yang kurang penting berbanding yang penting. Misalnya sementara menunggu gaji, kita sudah berangan-angan hendak membeli telefon baru, baju baru dan sebagainya. Sedangkan dalam hal menunaikan zakat, tidak kita letakkan sebagai keutamaan. Meskipun hanya 2.5 peratus sahaja gaji iaitu RM25 daripada setiap RM1000, kita selalunya gagal menunaikannya. Bagi mereka yang menyertaikan skim potongan gaji atau Skim Thohir, hal ini tidak menjadi masalah kerana potongan telah dilakukan oleh majikan sebelum gaji dimasukkan ke dalam akaun. Namu...

MASALAH DUIT BUAT RUMAHTANGGA RETAK BERCERAI-BERAI!

Mempunyai rumahtangga  yang aman bahagia sememangnya menjadi impian setiap dari kita yang sudah berkeluarga. Pelbagai masalah yang datang tanpa henti setiasa menguji kekuatan hubungan suami isteri. Ada masalah yang mudah diatasi, ada juga yang terlalu sukar untuk ditanggung. Salah satunya adalah masalah duit ! Ramai pasangan suami isteri yang bercerai hanya kerana dihimpit masalah duit dalam perkahwinan. Tak kiralah pasangan baru ataupun sudah lama berkahwin. Disebabkan masalah kewangan penceraian berlaku. Jadi, bagaikan cara terbaik untuk kita berkompromi dengan masalah duit dalam rumahtangga ini? BERIKUT BEBERAPA CARA UNTUK MENGATASI MASALAH DUIT DALAM PERKAHWINAN SENTIASA JUJUR TENTANG KEWANGAN Jangan sorok-sorok atau sembunyikan secara diam-diam daripada pasangan kita. Meskipun kita mempunyai kad kredit rahsia ataupun lebihan duit belanja bulan lepas yang kita sembunyikan dalam almari baju dan sebagainya. Sebaiknya terus terang sahaja. Bila perlu, buatlah buku catatan kewanga...

JOM BERCUTI KE DESTINASI IMPIAN WALAUPUN KITA BUKAN BERDUIT SANGAT!

Bila kawan ajak, “Hujung tahun ni, jom bercuti ke New Zealand!” Selalunya kita cepat-cepat jawab,  “Tak bolehlah. Duit pun tak berapa ada ni. Faham-fahamlah aku bukannya orang berduit!”  Tentu ramai di antara kita yang berfikir bahawa aktiviti bercuti ini hanya boleh dilakukan oleh orang yang berduit atau kaya sahaja. Maklumlah, bila dah keluar berjalan-jalan atau bercuti ini perbelanjaan yang diperlukan bukannya sedikit. Namun, sebenarnya tanggapan ini adalah tidak benar seratus peratus. Tidak semestinya kita menjadi orang berduit atau kaya baru boleh melakukan aktiviti jom bercuti ini. Ada beberapa cara atau tip jom bercuti ala Mamanet yang boleh dicuba, dan paling penting tidak memerlukan perbelanjaan yang besar untuk melakukannya. Ketahui juga 6 sebab kenapa best dapat suami atau isteri yang suka melancong. [btn text=” LIKE & SHARE MAMANET ” tcolor=#FFF bcolor=#FFA500 thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank...