SIAPA YANG NAK PERUT BUNCIT DAN LEMAK MENGGELAMBIR DI SANA-SINI, KAN? JANGAN RISAU, ADA BANYAK CARA YANG BOLEH DICUBA UNTUK MENGEMPISKAN PERUT YANG BUNCIT DAN MELAKUKAN SENAMAN RINGAN ADALAH SALAH SATU SOLUSINYA! Kawasan perut adalah tempat di mana lemak paling banyak menimbun. Ini adalah kerana otot-otot pada bahagian tersebut jarang digunakan dan aktif sehingga pembakaran lemak dan kalori yang berlaku di situ sangat sedikit. Bersenam dan berdiet adalah perkara penting untuk mengempiskan perut buncit yang kita miliki. Namun, kesibukan atau rutin harian yang padat membuatkan sebahagian daripada kita jarang bersenam. Nah… solusi senaman ringan mengempiskan perut buncit dengan berkesan dan cepat tanpa membuang banyak masa kita. Cuba ok! 6 JENIS SENAMAN RINGAN PALING BERKESAN DAN CEPAT UNTUK MENGEMPISKAN PERUT SIT UP Sejak dahulu lagi sit up sudah dianggap sebagai senaman mengempiskan perut. Cuba luangkan waktu selama 15 minit selepas bangun tidur untuk melakukan senaman ringan ini. Ketik...