JERAWAT BOLEH TUMBUH DI MANA SAHAJA, MUKA DAN TERMASUKLAH JUGA JERAWAT DI BADAN! MEMANG ORANG TAK NAMPAK TAPI TENTU KITA RASA TIDAK SELESA SEBAB SELALU RASA GATAL-GATAL DAN MERENYAM SELAGI TIDAK DIGARU! Masalah jerawat di badan khususnya di bahagian belakang boleh disebabkan oleh pelbagai faktor, antaranya disebabkan oleh peluh yang berlebihan. Badan yang sering berpeluh mudah lembab dan senang diserang pelbagai bakteria. Apatah lagi jika keadaan belakang badan berminyak, jadi semakin cepatlah proses tumbuhnya jerawat di badan . Selain itu, jika kita mudah berpeluh adalah sangat penting kita menjaga kebersihan diri, tempat tidur dan pakaian kita. Jika kita memakai pakaian yang lembab kerana peluh, ia akan mempermudahkan lagi timbulnya jerawat di badan . Di samping pengambilan makanan yang mengandungi lemak tinggi dan berminyak boleh membuatkan jerawat mudah tumbuh. Cuba hindari pengambilan makanan bergoreng atau junk food kerana ia bukan sahaja membuatkan berat badan kita bertambah. ...