Raikan kedatangan bulan mulia dengan menikmati Buffet Ramadhan 2023- ‘SELERA NUSANTARA’ yang ditampilkan oleh Dewan Bankuet MBSA pada kali ini. Dewan Bankuet MBSA, Shah Alam, merupakan satu lokasi yang popular dengan pelbagai acara dan keramaian. Buffet Ramadhan ini bermula pada 25 Mac sehingga 20 April 2023, 6.30 petang sehingga 9.30 malam. Diketuai oleh Chef Bob dan Chef Shahril yang berpengalaman lebih 15 tahun di dalam dan luar negara telah bersama-sama menghasilkan kompilasi hidangan nusantara yang mempunyai lebih 100 sajian. Artikel Lain: Buffet Ramadan Dalam Taman Di I’dahlia Corner Nikmati 100 Sajian Buffet Ramadhan 2023 Para tetamu yang menikmati Buffet Ramadhan 2023 di Dewan Bankuet MBSA ini akan dihidangkan dengan pelbagai makanan buffet dengan lebih daripada 6 gerai, pilihan makanan tempatan yang cukup enak. Antara sajian yang dihidangkan adalah termasuk KAMBING GOLEK DENGAN SOS LADA HITAM DAN SOS DAUN MINT dan AYAM DARA GOLEK DENGAN SOS ISTIMEWA, DIM SUM, KUEW TEOW P...