Skip to main content

Posts

Showing posts with the label wang

DATUK CHE MAT SERU GOLONGAN KAYA CEPAT-CEPAT BAYAR ZAKAT!

Siapa yang tidak ingin menjadi orang kaya, bahkan orang kayapun masih mahu menjadi yang lebih kaya lagi tapi bila dah kaya raya tu, janganlah tak bayar zakat.   Dalam temubual eksklusif team Mamanet, bersama Pengerusi  Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP, Datuk Che Mat Ali, menyeru umat Islam menangkis tabiat yang mengatakan diri tidak kaya atau berada sedangkan segala-galanya lebih daripada mencukupi.   Sebagai seorang yang beragama Islam sudah pasti kita tahu bahawa zakat merupakan salah satu daripada lima Rukun Islam yang wajib kita laksanakan. Kewajipan tersebut kenakan bagi mereka yang telah memenuhi syarat-syarat tertentu seperti mencapai nisab dan haul. Menurut beliau, sepertimana dalam firman Allah dalam surah At-Taubah ayat 103: “Ambillah zakat dari sebahagian harta mereka, dengan zakat itu kamu membersihkan dan menyucikan jiwa dan berdoalah untuk mereka,…”   Kenyataan ini jelas menunjukkan Allah S.W.T akan membersihkan dan meny...

PERKHIDMATAN KAUNTER ZAKAT BERGERAK PPZ-MAIWP MUDAHKAN BAYAR ZAKAT

Hujung-hujung tahun ni  nampaknya masih ramai lagi yang sibuk dengan urusan masing-masing.bagi yang masih belum berkesempatan untuk menunaikan zakat,tiada alasan lagi. Pembayaran zakat kini lebih mudah menerusi kaunter zakat bergerak. Pelbagai cara dan usaha yang telah dibuat oleh Pusat Pungutan Zakat (PPZ-MAIWP) bagi membantu memudahkan orang ramai atau masyarakat Islam dalam menunaikan kewajipan berzakat.Antaranya menyediakan Kaunter Zakat Bergerak. Lokasi Terpilih Kaunter Zakat Bergerak Setiap tahun, Kaunter Zakat Bergerak ini telah beroperasi di lokasi-lokasi terpilih di seluruh Wilayah Persekutuan. Perkhidmatan Kaunter Zakat Bergerak ini bukan sahaja memudahkan orang ramai membayar zakat. Bahkan dapat mengelak pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan. Terdapat banyak lokasi tetap Kaunter Zakat Bergerak PPZ-MAIWP di sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya untuk memudahkan orang ramai membuat bayaran dan juga semakan zakat. Anda hanya perlu hubungi talian zakat di 1 3...

JOM CARI PAHALA DUNIA, KEJAR SAHAM AKHIRAT!

Pilihan hidup sentiasa di tangan kita. Bergantung kepada kebijaksaan dan kekuatan iman kita dalam memilih jalan hidup di dunia ini. Mahu mengejar kenikmatan duniawi sahaja atau mahu seiring mengejar saham  akhirat! Ada yang kata, jika kita memilih tujuan hidup untuk akhirat, insyaAllah kita akan memperoleh kebahagian di akhirat dan di dunia. Sebaliknya jika memilih duniawi, maka kita hanya akan memperoleh sebahagian kenikmatan dunia dan saham kita di akhirat nanti bagaikan tin kosong, yang tidak memberikan apa-apa makna. Proses mengeluarkan zakat adalah asas kesempurnaan dan ketakwaan kita sebagai seorang muslim dalam melaksanakan kewajipan menunaikan salah satu daripada rukun Islam kelima. Membayar zakat wajib dilakukan jika telah cukup syarat-syaratnya. Kaunter Di Buka Sepanjang Disember Justeru itu, Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) telah membuat pelbagai inisiatif bagi menggalakkan umat Islam membayar zakat mereka sebelum tahun 2018 berakhir.An...