BAYI MEMERLUKAN WAKTU TIDUR YANG JAUH LEBIH BANYAK JIKA DIBANDINGKAN DENGAN KITA. NAMUN, BILA MASALAH BAYI SUSAH TIDUR MALAM BERLAKU DIKHUATIRI TUMBESARANNYA AKAN TERJEJAS. Jangkamasa atau tempoh tidur bayi yang mencukupi amat penting. Bayi yang berusia bawah enam bulan perlu tidur lebih kurang 15 jam. Kemudian waktu tidurnya akan berkurang sedikit demi sedikit sesuai dengan perkembangan dan aktiviti yang dijalankannya. Jadi, bayi yang kurang tidur boleh mendatangkan pelbagai masalah. Ini adalah kerana sebahagian besar kerja-kerja hormon terjadi ketika tidur, termasuklah hormon pertumbuhan otak bayi. Jelas membuktikan tidur adalah aktiviti penting buat bayi. Ini bermakna mereka memerlukan waktu tidur lebih lama untuk perkembangan tubuh dan otaknya. 5 TIP YANG BOLEH MEMBANTU MENGATASI BAYI SUSAH TIDUR PADA MALAM HARI: MANDIKAN DENGAN AIR SUAM Memandikan bayi dengan air suam dikatakan dapat membantu bayi tidur dengan lebih nyenyak pada malam hari. ...