Skip to main content

Posts

Showing posts with the label resepi

“RAYA PENUH-PENUH’ INISIATIF TERBAIK BAKE WITH YEN

Rangkaian pembekal bahan bakeri No. 1 di Malaysia, Bake With Yen (BWY) telah memperkenalkan satu inisiatif bagi membantu rakyat Malaysia, khasnya baker atau individu yang membuat kek dan kuih bagi menikmati musim perayaan ini sepenuhnya. Selepas melalui pelbagai kawalan dan sekatan pergerakan selama dua tahun, rakyat Malaysia kini boleh meraikan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri yang lebih meriah, seperti tahun-tahun sebelum – dengan berbuka puasa bersama, kembara merentasi sempadan untuk pulang ke kampung halaman dan paling utama, memasak dan menyediakan pelbagai juadah serta kuih-muih untuk keluarga dan rakan-rakan tersayang.  Memahami kepentingan ini, Bake With Yen (BWY) telah memperkenalkan satu inisiatif bagi membantu rakyat Malaysia, khasnya baker atau individu yang membuat kek dan kuih untuk menikmati musim perayaan ini sepenuhnya dengan seruan lantang “Raya Penuh-Penuh”.  Inisiatif yang diadakan termasuk program “Jimat Penuh-Penuh” yang menawarkan barangan asas da...

AYAM BRAND PERKENALKAN TIGA PES KARI THAI TULEN, ENAK DAN MENJIMATKAN MASA

Anda ingin menikmati kari Thai yang sedap tetapi tidak mempunyai ramuan yang mencukupi, masa dan kesabaran untuk menyukat dan menyediakan hidangan itu untuk diri dan keluarga kecil anda? Kami faham perasaan anda! Ayam Brand™ mampu menyelesaikan masalah anda dengan memperkenalkan tiga pes kari Thai tulen yang enak dan menjimatkan masa. Ditawarkan Thai Green Curry Paste (Pes Kari Hijau Thai) yang ikonik; Thai Red Curry Paste (Pes Kari Merah Thai) yang digemari ramai dan Thai Yellow Curry Paste (Pes Kari Kuning Thai) yang kurang pedas dan mesra kanak-kanak. Dihasilkan di Thailand, setiap pes kari menggunakan ramuan tempatan yang memenuhi resipi tradisi dan diterima ramai. Pes Kari Thai Ayam Brand™ tidak mengandungi bahan pengawet, tanpa pewarna tiruan dan diiktiraf Halal. Setiap pek didatangkan dengan tiga pek kecil pes kari seberat 50gm, yang mana setiap pek kecil cukup untuk hidangan dua hingga tiga orang. Setiap pek adalah kecil, ringan dan fleksibel, memastikan pes kekal ...

CUBA 6 IDEA BENTO BOX YANG SEDAP & MENYELERAKAN DARIPADA AYAM BRAND

Mencari-cari idea bekal makan tengah hari untuk anak-anak  ataupun diri sendiri? Jom pilih Ayam Brand sebagai bahan asas untuk makanan seimbang dan berkhasiat gaya Bento box, iaitu penyediaan makanan cara Jepun yang sedap dan menarik.  Resipi yang dibawakan oleh AyamBrand berikut disediakan mengikut konsep #sukusukuseparuh oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, bertujuan mempromosi pemakanan berkhasiat supaya kanak-kanak dan orang dewasa mendapat nutrien dan tenaga yang mereka perlukan untuk kekal cergas sepanjang hari.  Dicuba dan diuji oleh pasukan Ayam Brand sendiri dan ibu bapa yang bekerja dari rumah dan di pejabat, resipi ini pasti popular sebagai sebahagian daripada bekal Bento box atau boleh juga dimakan begitu sahaja.  Ikan tuna dan saba yang digunakan dalam resipi ini adalah ikan berminyak yang kaya dengan protein, kalsium, Omega-3 dan DHA bagi memberikan kanak-kanak khasiat yang mereka perlukan. Anda juga boleh mencuba bahan-bahan lain dengan resipi ini...

JOM, CUBA 7 RESEPI CEPAT DAN MUDAH SEMPENA PKP #DudukRumah

Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), tentu ramai yang dah buntu nak masak apa. Marilah kita sama-sama mencuba resipi mudah dan cepat ini dengan menggunakan bahan-bahan yang sedia ada di rumah. Hidangan atau resepi yang dibawakan oleh Ayam Brand ini adalah ringkas dan memerlukan penyediaan bahan masakan yang minimum. Padankan dengan pilihan karbohidrat untuk melengkapkan hidangan. Jika anda tidak mempunyai bahan yang dinyatakan, gunalah apa saja yang ada mengikut citarasa anda. Tiada dapur api atau ketuhar? Anda boleh gunakan Ketuhar Gelombang Mikro di rumah untuk menyediakan beberapa hidangan ini. 1.     Satu Pan Kacang Panggang dengan Telur Anda mempunyai satu tin kacang panggang, telur dan beberapa rempah asas? Anda boleh menyediakan kacang panggang dengan telur ini di dalam pan. Kacang panggang dan telur adalah sumber protein yang baik, mengandungi zat vitamin dan mineral. Kombinasi kacang panggang Ayam Brand™ yang manis dan telur sangat enak....

RESEPI RAYA, SEDAP, CEPAT & MUDAH AYAM BRAND

Ayam Brand terkenal sebagai produk yang sihat, mudah dan bebas bahan pengawet telah menghasilkan lapan resepi menarik. Resepi-resepi ini seimbang dari segi rasanya yang sedap dan pemakanan sihat. Resepimudah dan cepat, termasuk hidangan tradisional kegemaran ramai ini boleh dibuatoleh sesiapa sahaja. Donburi sardin cukup enak dinikmati bersama nasi lemakhanya menggunakan enam ramuan untuk dihasikan. Masak nasi dengan santan Ayam Brand, air, daun pandan dan garam di dalam periuk nasi. Kemudian hidangkan dengan sardin Ayam Brand di dalam minyak zaitun. Siap! Bebola  Nasi Perang Tuna Andapasti tidak puas makan sebiji bebola nasi perang tuna. Sediakan pada malamsebelumnya dan letakkan di dalam peti sejuk. Masukkan ke dalam oven untukmencairkan keju dan membuatkan bahagian luarnya garing. Bakar, jangan gorengdan ia sedia untuk dimakan dalam masa hanya 10 minit. KekIkan Thai MembuatKek Ikan Thai mungkin kedengaran sukar, tetapi Ayam Brand menjadikannya lebihmudah. Kisar semua ramuan seperti ...

5 RESEPI ENAK - PHILIPS RAYA BERSAMA CHEF MARINA MUSTAFA

Penuhi selera insan-insan tersayang di Hari Raya ini dengan menyediakan lima juadah enak ‘air tangan’ Chef Marina Musafa, menggunakan produk Philips Premium All-In-One Multi Cooker dan Airfryer XXL. 5 Resepi enak di Hari Raya yang dikongsioleh Chef Marina ialah Rendang Tok, Lodeh, Ayam Percik, Lontong Daun Pisang danSeri Kaya Bakar! AYAMPERCIK BAHAN-BAHAN 4 paha ayam 2 bawang besar, dikisar 1 in halia, dikisar 5 ulas bawang putih, dikisar 3 batang serai, dikisar 2 inci lengkuas, dikisar 1 inci kunyit hidup, dikisar 1/2 cawan gula melaka 2 asam keping 2 sk garam 1/2 cawan daun ketumbar CARAMEMASAK: 1.         Pilih‘SEAR/SAUTE’’ dan “START’ di PHILIPS ALL-In-One Cooker dan panaskan minyak. 2.         Tumiskanbahan-bahan dikisar dan pes  chili. 3.         Apabilawangi dan pecah minyak, masukkan peha ayam dan gaulkan bersama bahan tumisan. 4.   ...