Skip to main content

CUBA 6 IDEA BENTO BOX YANG SEDAP & MENYELERAKAN DARIPADA AYAM BRAND

bento box ayam brand

Mencari-cari idea bekal makan tengah hari untuk anak-anak  ataupun diri sendiri? Jom pilih Ayam Brand sebagai bahan asas untuk makanan seimbang dan berkhasiat gaya Bento box, iaitu penyediaan makanan cara Jepun yang sedap dan menarik. 

Resipi yang dibawakan oleh AyamBrand berikut disediakan mengikut konsep #sukusukuseparuh oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, bertujuan mempromosi pemakanan berkhasiat supaya kanak-kanak dan orang dewasa mendapat nutrien dan tenaga yang mereka perlukan untuk kekal cergas sepanjang hari. 

Dicuba dan diuji oleh pasukan Ayam Brand sendiri dan ibu bapa yang bekerja dari rumah dan di pejabat, resipi ini pasti popular sebagai sebahagian daripada bekal Bento box atau boleh juga dimakan begitu sahaja. 

Ikan tuna dan saba yang digunakan dalam resipi ini adalah ikan berminyak yang kaya dengan protein, kalsium, Omega-3 dan DHA bagi memberikan kanak-kanak khasiat yang mereka perlukan. Anda juga boleh mencuba bahan-bahan lain dengan resipi ini untuk menghasilkan resipi anda sendiri. 

Berikut adalah beberapa petua jika anda baru belajar menyediakan Bento box: 

•     Kanak-kanak gemarkan makanan yang nampak menarik. Gunakan pelbagai warna.

•     Tambahkan bahan kesukaan mereka seperti jagung, tomato, kacang pea dan lobak merah ke dalam makanan utama untuk lebih serat.

•     Tambahkan buah-buahan atau salad kecil kepada bekal makanan.

•     Potong makanan menjadi kecil supaya mudah untuk dimakan. Untuk sandwic, potong menjadi bentuk segi tiga atau segi empat atau gulungkan dan potong melintang. Untuk nasi, buatkan bentuk bebola atau gunakan pemotong untuk membuat bentuk yang comel. 

•     Hidangan Bento box akan dimakan pada suhu bilik 3 hingga 4 jam selepas disediakan. Sentiasa pastikan makanan dimasak kecuali buah-buahan dan salad

•     Basuh dan keringkan buah-buahan dan sayur-sayuran sebelum dimasukkan ke dalam bekal makanan

•     Masukkan sudu dan garpu serta tisu basah ke dalam Bento box kerana kanak-kanak mungkin terlupa membasuh tangan sebelum makan

Selamat Mencuba Resepi Daripada Ayam Brand:-

1. BURGER TUNA BERGEDIL 

Untuk: 3 Hidangan
Masa Menyediakan: 5 minit
Masa Memasak: 10 minit

BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN:-

  • 1 tin Ayam Brand Flakes in Sunflower Oil, disaring dan dilenyekkan
  • 1 cawan ketumbar segar, cincang
  • 1 cili merah, cincang (mengikut citarasa)
  • 1 biji bawang merah, cincang
  • 1 biji telur
  • 3 kentang, rebus dan dilenyekkan
  • 1 cawan daun selada
  • Sos tomato atau Mayo (mengikut citarasa)
  • Garam dan lada secukup rasa
  • Roti Burger
  • Keju (mengikut citarasa)

CARA MEMBUATNYA:

  1.  Dalam mangkuk, masukkan kentang, telur, tuna, ketumbar, cili dan bawang. Gaul hingga sebati.
  2.  Bentuk menjadi patty kecil dan goreng sehingga kedua-dua belah dimasak.
  3. Di dalam roti, letakkan beberapa daun dan patty tuna. Tambah keju dan sos tomato atau mayo jika perlu. Hidang.
bento box ayam brand

2. TUNA AND CORN PASTA

Untuk: 2 Hidangan
Masa Menyediakan: 5 minit
Masa Memasak: 10 minit

BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN:

  • 1 tin Ayam Brand Tuna Omega 3, saring minyak dan ketepikan
  • 100g pasta, yang telah masak
  • 1 sudu kecil jus lemon
  • 1 cawan tomato ceri, dihiris dua
  • 1/2 tin Ayam Brand Sweetcup Corn, disaring 
  • Garam dan lada secukup rasa

CARA MEMBUATNYA:

  1. Dalam mangkuk, masukkan pasta, jus limau, tomato, tuna dan jagung. Tambahkan sedikit minyak zaitun dari tin tuna. Gaulkan sehingga sebati. 
  2. Tambah lada dan garam jika perlu. Hidang. 
bento box ayam brand

3. SUSHI ROLL SABA MAYO 

Untuk: 1 Hidangan
Masa Menyediakan: 5 minit
Masa Memasak: 5 minit

BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN:

  • 1 helai roti
  • 2 tbsp Ayam Brand Saba Mayonnaise
  • 1 cawan lobak merah, dihiris nipis

CARA MEMBUATNYA:

  1. Potong kerak luar roti 
  2. Menggunakan “rolling pin”, nipiskan roti 
  3. Letakkan saba di atas roti 
  4. Tambah lobak 
  5. Gulungkan roti dengan ketat dan potong empat. Kemudian, hidang. 
bento box ayam brand

4. TUNA FRIED RICE 

Untuk: 1 Hidangan
Masa menyediakan: 5 minutes
Masa memasak 10 minutes

BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN:

1 cawan nasi yang telah dimasak 
½ cawan lobak, didadu kecil 
2 ulas bawang putih, dihiris (mengikut citarasa)
1 sudu kecil sos soya 
½ tin Ayam Brand Tuna Chunks in Water, buang air dan lenyek tuna
½ tin Ayam Brand Sweetcup Corn

CARA MEMBUATNYA:

  1. Di atas kuali, masak lobak dan bawang putih. 
  2. Masukkan nasi dan sos soya. 
  3. Tambah tuna dan jagung. Gaul sehingga masak. 
  4. Matikan api dan hidang.

5. PATTY TELUR TUNA

Untuk: 2 Servings
Masa Menyediakan; 5 minutes
Masa Memasak: 10 minutes

BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN:

  • ½ tin Ayam Brand Tuna Omega 3
  • 2 telur, dipukul perlahan
  • ½ packet tofu lembut, dilenyek sedikit
  • 2 sudu besar daun ketumbar, dihiris
  • 1 cili merah, dihirs (mengikut citarasa) red chilli, chopped (optional)
  • 1 bawang merah, dihiris 
  • Garam
  • Minyak masak

CARA MEMBUATNYA:

  1. Dalam mangkuk, campurkan tuna, telur, tofu, daun ketumbar, cili dan bawang. 
  2. Di atas pan yang leper, panaskan minyak. Tuang 2 sudu besar campuran telur dan masak kedua dua bahagian.
  3. Hidang dengan nasi goreng. 

6. TUNA PITA TANPA MAYO

Untuk: 2 Servings
Masa Menyediakan: 5 minutes
Masa Memasak: 5 minutes

BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN:

  • 2 Pita
  • 1 tin Ayam Brand Tuna Flakes Sunflower Oil, dengan minyak 
  • 1 tin Ayam Brand Sweetcup Corn (jagung)
  • 1 cawan daun lettuce atau mixed leaves
  • 1 cawan hirisan timun 
  • 1 tsp jus lemon
  • 1 cawan ceri tomato, dihiris 
  • Salt and pepper

CARA MEMBUATNYA:

  1. Dalam mangkuk, masukkan tuna Bersama minyak dari tin. Tambah jagung dan tomato ceri. Campurkan. 
  2. Masukkan jus lemon, garam dan lada. 
  3. Ambil pita, masukkan sayuran lettuce, timun dan campuran tuna.

Comments

Popular posts from this blog

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA(IMU) TERIMA PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA BERPRESTIJ DALAM PENDIDIKAN

Belakang (dari kiri): Prof Er Hui Meng (Dekan, Pengajaran & Pembelajaran), Prof Abdul Aziz Baba (Naib-Canselor),  Prof Vishna Devi Nadarajah (Pro Naib-Canselor, Pembangunan Institusi & Antarabangsa).  Depan (dari kiri): Dr Wong Pei Se (Dekan Bersekutu, Pengajaran & Pembelajaran), Dr Norul Hidayah (Pensyarah Kanan, ICE), Siti Suriani Binti Abdul Razak (Pensyarah, ICE)   Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), universiti perubatan dan sains kesihatan swasta pertama yang terkemuka di Malaysia, baru-baru ini menerima pengiktirafan antarabangsa atas usahanya dalam pembangunan fakulti daripada AMEE, iaitu Persatuan Antarabangsa untuk Pendidikan Perubatan. Sebuah organisasi yang diiktiraf di peringkat global, AMEE dianggotai oleh ahli profesional penjagaan kesihatan dari lebih 90 negara di lima benua dan mempromosikan kecemerlangan dalam pendidikan profesion kesihatan melalui perkongsian amalan terbaik, sokongan, rangkaian, penyelidikan dan pembangunan profesional.  Anugerah Kec...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...

RANGKAIAN PRODUK MUSTELA BANTU HILANGKAN STRETCH MARK SEMASA MENGANDUNG DAN BERSALIN

Sewaktu mengandung atau kehamilan dan selepas bersalin sudah pasti ramai ibu yang mengalami masalah tanda regangan atau stretch mark. Semakin besar kandungan, semakin banyaklah kesan regangan yang berlaku. Tanda stretch mark ini boleh dilihat pada bahagian perut, paha, dada dan juga bawah lengan. Biasanya ketika wanita mengandung tahap hormone dalam badannya akan meningkat seperti ekstrogen dan testeron, yang mana akan menyebabkan kandungan kolagen pada kulit menjadi rendah. Wajib ada! Produk Mustela mampu selesaikan masala stretch mark yang kerap dialami oleh para ibu mengandung Produk kehamilan dan bersalin Mustela direka khas untuk kulit ibu yang tertekan akibat kehamilan dan penyusuan, membantu mengekalkan keanjalan serta kulit yang kekal berseri. Akibat kesan regangan kepada kulit yang dehidrasi dan mengelupas, biasanya kulit akan bertukar warna keperangan, kelihatan satu garisan merekah serta nampak berkedut. Sungguh nampak tak lawa, kan? Tak mustahil kita akan jadi kurang senang...