Skip to main content

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA(IMU) TERIMA PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA BERPRESTIJ DALAM PENDIDIKAN

Belakang (dari kiri): Prof Er Hui Meng (Dekan, Pengajaran & Pembelajaran), Prof Abdul Aziz Baba (Naib-Canselor), 
Prof Vishna Devi Nadarajah (Pro Naib-Canselor, Pembangunan Institusi & Antarabangsa). 
Depan (dari kiri): Dr Wong Pei Se (Dekan Bersekutu, Pengajaran & Pembelajaran), Dr Norul Hidayah (Pensyarah Kanan, ICE),
Siti Suriani Binti Abdul Razak (Pensyarah, ICE)
 

Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), universiti perubatan dan sains kesihatan swasta pertama yang terkemuka di Malaysia, baru-baru ini menerima pengiktirafan antarabangsa atas usahanya dalam pembangunan fakulti daripada AMEE, iaitu Persatuan Antarabangsa untuk Pendidikan Perubatan.

Sebuah organisasi yang diiktiraf di peringkat global, AMEE dianggotai oleh ahli profesional penjagaan kesihatan dari lebih 90 negara di lima benua dan mempromosikan kecemerlangan dalam pendidikan profesion kesihatan melalui perkongsian amalan terbaik, sokongan, rangkaian, penyelidikan dan pembangunan profesional. 

Anugerah Kecemerlangan ASPIRE persatuan itu adalah anugerah tahunan berprestij yang diwujudkan untuk mengiktiraf kecemerlangan bertaraf dunia yang merentas beberapa kategori dalam pendidikan profesion kesihatan termasuklah Penglibatan Pelajar, Pembangunan Kurikulum, Penilaian dan Pembangunan Fakulti.

Pemilihan untuk anugerah yang kompetitif ini adalah berdasarkan proses penilaian setara bebas, di mana satu panel penyemak akademik ditugaskan membuat penilaian penyertaan berdasarkan bukti yang dijadikan tanda aras kepada amalan terbaik dalam pendidikan profesion kesihatan. IMU pernah tampil sebagai universiti Asia pertama yang memenangi Anugerah ASPIRE untuk Penglibatan Pelajar pada tahun 2013.

Tahun ini, Pusat Pendidikan IMU (IMU’s Centre for Education, ICE) menerima Sijil Kepujian ASPIRE AMEE dalam Pembangunan Fakulti, satu-satunya institusi Asia yang diiktiraf dalam kategori ini, berdasarkan prestasinya dalam lima kriteria, iaitu Matlamat dan Reka Bentuk Program, Skop Penawaran Program, Sumber dan Sokongan Program, Penilaian Program, dan Biasiswa.

Penilaian itu juga mengambil kira kepantasan universiti bertindakbalas terhadap gangguan yang tercetus akibat pandemik COVID-19, di mana pendekatan campuran dan repositori sumber dalam talian yang komprehensif telah memberikan sokongan yang sangat diperlukan untuk fakulti memenuhi tanggungjawab mereka.

Universiti itu juga dipuji atas inisiatifnya membina kapasiti dan membangunkan kepakaran dalam pendidikan profesion kesihatan melalui kerjasama antarabangsa.

Mempamerkan amalan terbaik dalam pendidikan profesion penjagaan kesihatan, anugerah berkenaan menyerlahkan lagi reputasi IMU yang sejak dulu terkenal dengan kecemerlangannya, pengiktirafan yang menjadi kebanggaan universiti sempena ulang tahunnya yang ke-30.

Ia juga mengukuhkan kedudukan IMU sebagai institusi bertaraf dunia, setanding dengan pemenang terdahulu dalam kategori Anugerah ini termasuklah Universiti Maastricht di Belanda dan Universiti Leeds di United Kingdom. 

“Di IMU, kami mempunyai budaya yang menggalakkan kemajuan berterusan di kalangan ahli fakulti. Program pembangunan fakulti kami adalah program yang telah lama wujud, meluas dan mempunyai sumber yang baik, terdiri daripada hampir 70 program setahun. Pelbagai program diadakan merangkumi bengkel, webinar, sesi plenari dan klinik pakar, selain forum dan Kelab Jurnal Pendidikan Profesion Kesihatan yang dikendalikan oleh pakar-pakar IMU dan luar, dengan sokongan Program Professor Pelawat (Visiting Professorship Programmes) kami.

Program ini membawa pemimpin dunia dalam pendidikan profesion perubatan ke IMU untuk berkongsi kepakaran mereka dan menerapkannya dalam konteks serantau. Inisiatif kami ini meningkatkan pelbagai aspek pengajaran dan pembelajaran di universiti, menyokong pembangunan individu dan pencapaian profesional di samping memastikan tahap akademik yang tinggi,” kata Professor Vishna Devi Nadarajah, Pro Naib-Canselor, Pembangunan Institusi dan Antarabangsa, IMU.

“Program-program ini, yang sentiasa dinilai untuk penambahbaikan pada masa hadapan, adalah hasil dedikasi pasukan kami dan kami sangat berbangga dengan pencapaian mereka. Di IMU, kami menghargai pembangunan insan dan berharap pengiktirafan ini akan terus menginspirasikan fakulti kami untuk berusaha mencapai kecemerlangan secara menyeluruh; di mana ia akan menyediakan persekitaran pembelajaran yang kondusif dengan sokongan yang baik untuk pelajar kami,” katanya. 

Untuk maklumat lanjut mengenai AMEE termasuklah senarai penuh pemenang Anguerah, sila kunjungi https://amee.org atau lebih mengetahui tentang IMU di www.imu.edu.my.

Comments

Popular posts from this blog

LAC Raikan “Learning at Work Week” dengan BSpeed

LAC, jenama terkemuka dalam bidang suplemen kesihatan,  teruja untuk tampil menyertai sambutan “Learning at Work Week”, sebuah inisiatif yang dimulakan di UK. Baginya ketangkasan mental dan kesediaan untuk pembangunan diri memainkan peranan yang penting, memandangkan permintaan bagi peningkatan kemahiran dan latihan semula pada masa ini yang kian meningkat. Untuk menjaga kesihatan otak, LAC mengesyorkan BSpeed, produk istimewa yang dirumuskan dengan gabungan unik bahan-bahan berkualiti tinggi. BSpeed dihasilkan untuk meningkatkan kejelasan fikiran, memori, dan tumpuan bagi membantu individu mengekalkan ketajaman fikiran agar pengguna dapat berfungsi dengan lebih baik. Selain itu, keupayaan suplemen ini untuk mengurangkan keletihan dan meningkatkan tahap tenaga dapat membantu memberikan kelebihan kepada pengguna untuk menjayakan apa jua aktiviti yang dilakukan, sama ada kerja seharian mahupun kegiatan olahraga. Artikel Lain: Neuro Protect Menyokong Kesihatan Kognitif Dihasilkan berdasar...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...

Top 7 Makanan Anti Penuaan Yang Anda Perlu!

Siapa yang nak cepat tua kan? Walaupun ia adalah sesuatu yang pasti akan dialami oleh setiap wanita di dunia ini. Untuk mencegahnya kita boleh melakukannya secara sederhana dengan beberapa jenis makanan anti penuaan yang sangat mudah untuk kita dapatkan .