Khasiat timun memang luar biasa. Mungkin ramai yang masih belum tahu kebaikan makan timun untuk kesihatan dan juga kecantikan kulit kita ini cukup banyak! Timun juga merupakan salah satu dari jenis sayur yang menjadi menu wajib dalam program diet beberapa selebriti popular antarabangsa. Jennifer Lopez, Gwyneth Paltrow dan Jennifer Aniston dikatakan menjadikan khasiat timun yang luar biasa ini untuk melangsingkan badan dan menjaga kecantikan kulit mereka. Di samping itu, timun juga merupakan sayur lengkap dengan kandungan nutrisi yang melimpah ruah. BERIKUT BEBERAPA KHASIAT TIMUN YANG PERLU DIKETAHUI: MENGURANGKAN MASALAH SELULIT Selulit biasanya muncul selepas kita bersalin atau melahirkan anak.Tidak terkecuali apabila kita kehilangan berat badan secara drastik. Selulit akan muncul di beberapa bahagian badan, seperti lemak, paha, lengan dan pinggang. Biarpun masalah selulit ini sukar untuk dipulihkan, tetapi tidak bermakna tiada jalan penyelesaiannya. Timun dikatakan sangat efektif un...