Skip to main content

Hilang Kedut Bawah Mata Paling Berkesan

kedut bawahmata
kredit foto: sleepingresources

Sebagai wanita sudah tentu kita tak nak tengok kedut bawah mata ini. Memang betul, kemunculan kedut bawah mata disebabkan kerana faktor usia yang merupakan proses semulajadi, tetapi kita boleh lengahkan dia  dengan tahu caranya.

 

 

Berikut beberapa bahan semulajadi yang boleh digunakan untuk menghilangkan kedut bawah mata:

 

  1. kedut bawah mata
    kredit foto: xcitefun

    Tomato

Potong buah tomato berbentuk bulat.Kemudian tempelkan di kawasan mata. Sensasi sejuk serta khasiat buah tomato akan menyegarkan kembali kulit di sekitar kelopak mata.

 

 

 

 

 

  1. kedut bawah mata
    kredit foto: ladyformula

    Timun

Menggunakan sayur timun untuk merawat kawasan mata tidaklah sesukar mana. Kita hanya perlu potong nipis-nipis sayur timun, kemudian tempelkan pada kawasan mata, terutama di bahagian bawah mata.

 

Biarkan selama 15 minit atau sehingga kering. Kita boleh melakukannya pada setiap hari secara teratur.

 

 

  1. kedut bawah mata
    kredit foto: searchhomeremedy

    Minyak Rosemary

Kedut bawah mata juga boleh kita atasi dengan mudah menggunakan minyak essential rosemary. Sapukan minyak ini pada bahagian bawah mata dengan gerakan teratur dari bahagian bawah ke atas.

 

Lakukan gerakan secara teratur ini sambil mengurutnya dengan lembut dan biarkan selama beberapa minit. Jika dilakukan secara rutin, secara perlahan-lahan garis halus bawah mata atau kedutan di bawah mata ini akan semakin menghilang.

 

 

  1. kedut bawah mata
    kedit foto: planetzuri

    Minyak Zaitun

Sejak dahulu lagi khasiat minyak zaitun untuk kecantikan kulit, terutama  untuk menghilangkan kedut bawah mata dipercayai sangat berkesan.

 

Jadi, jangan ragu-ragu untuk mencubanya. Sapukan minyak zaitun di bahagian bawah mata sambil mengurutnya dengan lembut. Sebaiknya disapu ketika hendak tidur, setelah wajah dibersihkan. Biarkan semalaman dan lakukan scara rutin untuk mengurangkan kedutan tersebut.

 

 

  1. kedut bawah mata
    kredit foto: confusesandal

    Avokado

Buah avokado cukup nikmat untuk dibuat jus kerana mempunyai kandungan lemak baik yang tinggi. Ia dikatakan dapat membantu untuk menghilangkan kedutan pada muka.

 

Selain itu, khasiatnya juga dapat mengurangkan kedut bawah mata dengan pemakaian masker.

Caranya mudah sahaja, ambil sebiji avokado dan lumatkan isinya.

 

Gunakan sebagai masker muka, sapukan secara merata sambil mengurut lembut dengan gerakan memutar, terutama di kawasan muka yang kulitnya mula berkedut, termasuklah kedut bawah mata. Lakukan selama 15 minit, kemudian bilaslah muka sehingga bersih.

 

[btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]

 

Comments

Popular posts from this blog

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA(IMU) TERIMA PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA BERPRESTIJ DALAM PENDIDIKAN

Belakang (dari kiri): Prof Er Hui Meng (Dekan, Pengajaran & Pembelajaran), Prof Abdul Aziz Baba (Naib-Canselor),  Prof Vishna Devi Nadarajah (Pro Naib-Canselor, Pembangunan Institusi & Antarabangsa).  Depan (dari kiri): Dr Wong Pei Se (Dekan Bersekutu, Pengajaran & Pembelajaran), Dr Norul Hidayah (Pensyarah Kanan, ICE), Siti Suriani Binti Abdul Razak (Pensyarah, ICE)   Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), universiti perubatan dan sains kesihatan swasta pertama yang terkemuka di Malaysia, baru-baru ini menerima pengiktirafan antarabangsa atas usahanya dalam pembangunan fakulti daripada AMEE, iaitu Persatuan Antarabangsa untuk Pendidikan Perubatan. Sebuah organisasi yang diiktiraf di peringkat global, AMEE dianggotai oleh ahli profesional penjagaan kesihatan dari lebih 90 negara di lima benua dan mempromosikan kecemerlangan dalam pendidikan profesion kesihatan melalui perkongsian amalan terbaik, sokongan, rangkaian, penyelidikan dan pembangunan profesional.  Anugerah Kec...

RANGKAIAN PRODUK MUSTELA BANTU HILANGKAN STRETCH MARK SEMASA MENGANDUNG DAN BERSALIN

Sewaktu mengandung atau kehamilan dan selepas bersalin sudah pasti ramai ibu yang mengalami masalah tanda regangan atau stretch mark. Semakin besar kandungan, semakin banyaklah kesan regangan yang berlaku. Tanda stretch mark ini boleh dilihat pada bahagian perut, paha, dada dan juga bawah lengan. Biasanya ketika wanita mengandung tahap hormone dalam badannya akan meningkat seperti ekstrogen dan testeron, yang mana akan menyebabkan kandungan kolagen pada kulit menjadi rendah. Wajib ada! Produk Mustela mampu selesaikan masala stretch mark yang kerap dialami oleh para ibu mengandung Produk kehamilan dan bersalin Mustela direka khas untuk kulit ibu yang tertekan akibat kehamilan dan penyusuan, membantu mengekalkan keanjalan serta kulit yang kekal berseri. Akibat kesan regangan kepada kulit yang dehidrasi dan mengelupas, biasanya kulit akan bertukar warna keperangan, kelihatan satu garisan merekah serta nampak berkedut. Sungguh nampak tak lawa, kan? Tak mustahil kita akan jadi kurang senang...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...