Skip to main content

Posts

Showing posts with the label pahala

DATUK CHE MAT SERU GOLONGAN KAYA CEPAT-CEPAT BAYAR ZAKAT!

Siapa yang tidak ingin menjadi orang kaya, bahkan orang kayapun masih mahu menjadi yang lebih kaya lagi tapi bila dah kaya raya tu, janganlah tak bayar zakat.   Dalam temubual eksklusif team Mamanet, bersama Pengerusi  Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP, Datuk Che Mat Ali, menyeru umat Islam menangkis tabiat yang mengatakan diri tidak kaya atau berada sedangkan segala-galanya lebih daripada mencukupi.   Sebagai seorang yang beragama Islam sudah pasti kita tahu bahawa zakat merupakan salah satu daripada lima Rukun Islam yang wajib kita laksanakan. Kewajipan tersebut kenakan bagi mereka yang telah memenuhi syarat-syarat tertentu seperti mencapai nisab dan haul. Menurut beliau, sepertimana dalam firman Allah dalam surah At-Taubah ayat 103: “Ambillah zakat dari sebahagian harta mereka, dengan zakat itu kamu membersihkan dan menyucikan jiwa dan berdoalah untuk mereka,…”   Kenyataan ini jelas menunjukkan Allah S.W.T akan membersihkan dan meny...

BAYARAN ZAKAT KINI HANYA DI HUJUNG JARI MELALUI KEMUDAHAN PERBANKAN

Umat Islam boleh menunaikan zakat berdasarkan jenis-jenis Zakat Harta iaitu Zakat Pendapatan, Zakat Perniagaan, Zakat Simpanan, Zakat Emas, Zakat KWSP, Zakat Saham dan Qadra Zakat. Kesemua zakat ini boleh dilunaskan di Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) atau melalui kemudahan perbankan. Untuk maklumat anda, terdapat 6 saluran pembayaran zakat yang mudah iaitu datang terus ke kaunter, bayaran secara online melalui protal PPZ, ejen perbankan, skim Thohir, auto debit maybank dan melalui MyEG. Secara umumnya Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) menyediakan 11 kaunter zakat PPZ – MAIWP dibuka setiap hari termasuk cuti umum bermula dari jam 8.15 pagi hingga 4.30 petang. Selain itu, terdapat kemudahan pembayaran melalui portal  zakat.com.my . Terdapat kalkulator zakat pendapatan bagi pengiraan zakat pendapatan dan pembayaran zakat secara online menerusi FPX.   Bahkan, bagi memudahkan orang ramai berzakat, PPZ-MAIWP telah menjalinkan kerjasama dengan hampi...

JOM CARI PAHALA DUNIA, KEJAR SAHAM AKHIRAT!

Pilihan hidup sentiasa di tangan kita. Bergantung kepada kebijaksaan dan kekuatan iman kita dalam memilih jalan hidup di dunia ini. Mahu mengejar kenikmatan duniawi sahaja atau mahu seiring mengejar saham  akhirat! Ada yang kata, jika kita memilih tujuan hidup untuk akhirat, insyaAllah kita akan memperoleh kebahagian di akhirat dan di dunia. Sebaliknya jika memilih duniawi, maka kita hanya akan memperoleh sebahagian kenikmatan dunia dan saham kita di akhirat nanti bagaikan tin kosong, yang tidak memberikan apa-apa makna. Proses mengeluarkan zakat adalah asas kesempurnaan dan ketakwaan kita sebagai seorang muslim dalam melaksanakan kewajipan menunaikan salah satu daripada rukun Islam kelima. Membayar zakat wajib dilakukan jika telah cukup syarat-syaratnya. Kaunter Di Buka Sepanjang Disember Justeru itu, Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) telah membuat pelbagai inisiatif bagi menggalakkan umat Islam membayar zakat mereka sebelum tahun 2018 berakhir.An...