KENAPA SUSAH TIDUR? SEMAKIN BERUSIA, SEMAKIN PAYAH NAK LENA. PERTANYAAN INILAH YANG KERAP TERJADI DAN SERING DIALAMI OLEH MEREKA YANG BERUSIA 30 KE ATAS. Sebahagian besarnya memang akan mengalami kehilangan kemampuan mereka untuk mendapatkan tidur yang cukup lena atau nyenyak. Bukan sahaja atas faktor beban kerja dan stress tetapi gejala penyakit turut mulai muncul. Jumlah keperluan tidur orang dewasa sehingga tua tetap sama, antara 6-7 jam sehari. Namun biasanya mereka yang berusia lebih 50-an hanya boleh tidur sekitar 3-4 jam sahaja. KEKURANGAN HORMON BOLEH JADI PUNCA KENAPA SUSAH TIDUR Pertambahan usia sememangnya boleh meningkatkan lagi masalah susah tidur di malam hari. Kita lebih mudah menghidap penyakit masalah kesihatan kronik yang boleh menganggu tidur. Keadaan ini bertambah teruk kerana pengurangan secara berperingkat pengeluaran hormon seperti melatonin dan hormon turut menjaga rentak tubuh sepanjang hari. Kita semua akan melalui fasa yang berbeza-beza ketika tidur pada ma...