Skip to main content

Posts

Showing posts with the label pekerja

6 SOLUSI MUDAH MENANGANI STRESS DI TEMPAT KERJA

Penyebab stress di tempat kerja bagi setiap orang berbeza-beza. Begitu juga dengan tahap stress yang dialami. Apapun penyebabnya kita boleh menangani stress di tempat kerja dengan beberapa cara.   Menghilangkan stress di tempat kerja sebenarnya tidaklah serumit yang kita bayangkan. Kita boleh memilih salah satu cara di bawah yang sesuai dengan situasi dan keadaan kita. Lakukan secara rutin sehingga kita boleh bekerja dengan tenang dan seronok.   Berikut Beberapa Cara Mudah Menangani Stress Di Tempat Kerja: 1. Bertenang dan tarik nafas dalam-dalam Cara paling mudah yang boleh kita lakukan di saat stress datang menyerang adalah dengan cara bernafas dalam-dalam. Semasa kita sedang stress, badan kita biasanya akan bernafas lebih cepat daripada kebiasaannya.   Tutup mata dan fokuskan fikiran kita pada nafas yang dibuang melalui mulut kita. Teknik bertenang dan menarik nafas dalam-dalam ini dapat meredakan saraf-saraf otak yang tegang serta mengurangkan tahap stress tersebut. Selain itu,...

ADAKAH RUANG KERJA YANG KOTOR BOLEH MENJEJASKAN PRESTASI PEKERJA ANDA?

SEBAHAGIAN BESAR DARIPADA MASA KITA DILUANGKAN DI TEMPAT KERJA. KEADAAN PERSEKITARAN KERJA YANG KOTOR BUKAN SAHAJA BOLEH MEMUDARATKAN KESIHATAN, MALAH MENJEJASKAN PRESTASI PEKERJA. Terdapat virus dan kuman di seluruh tempat kerja yang berpunca daripada pelbagai faktor seperti sisa makanan di meja, rakan sekerja yang sakit dan pencemaran silang daripada tempat tumpuan kuman. Keadaan ini boleh bermula dari bilik air ke kawasan pantri, stesen kerja, bilik stor dan ruang-ruang lain yang ada di tempat kerja. Selain itu, penggunaan sistem penyaman udara berpusat pun boleh meningkatkan risiko penyakit transmisi udara.  Ini boleh menyebabkan kita jatuh sakit lebih kerap apabila situasi ini akan menganggu produktiviti dan masa pekerja serta majikan. Persekitaran kerja yang bersih harus dijadikan amalan wajib. Ini kerana pekerja meluangkan sebahagian besar daripada masanya di tempat kerja, maka tempat kerja yang bersih dan sihat amat penting untuk memastikan kesejahteraan dan prestasi pekerja. K...

10 PRODUK MEKAP WAJIB DIMILIKI OLEH ANDA YANG “NEWBIE”

Seorang pelajar kolej diberi arahan oleh pensyarah agar mengenakan mekap sewaktu menghadiri kelas “Khidmat Pelanggan”. Jadi, dia perlu memiliki set produk mekap asas agar dia tidak dihalau keluar dari kelas. Begitu juga dengan seorang pekerja yang terpaksa menggenakan mekap kerana perlu sentiasa berhadapan dengan pelanggan. Itu adalah antara dua sebab kenapa anda sekurang-kurangnya tahu mengenai asas mekap, biarpun anda bukanlah orang yang suka bermekap. Bagi anda yang baru berjinak-jinak hendak mengenakan mekap dan bingung untuk memilih produk mekap yang sesuai, maka mamanet kongsikan artikelnya, semoga bermanfaat dan jangan lupa SHARE ya! Memadai dengan 10 produk mekap ini wajah anda akan kelihatan lebih berseri, cantik dan nampak segar. Anda pun perlu tahu cara mekap paling mudah dan nampak muda.  Bahkan jangan lupa juga untuk semak mengenai tip mekap natural untuk yang berhijab. [btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FFA500 thovercolor=#FFF ...