Skip to main content

Posts

Showing posts with the label kerja

6 SOLUSI MUDAH MENANGANI STRESS DI TEMPAT KERJA

Penyebab stress di tempat kerja bagi setiap orang berbeza-beza. Begitu juga dengan tahap stress yang dialami. Apapun penyebabnya kita boleh menangani stress di tempat kerja dengan beberapa cara.   Menghilangkan stress di tempat kerja sebenarnya tidaklah serumit yang kita bayangkan. Kita boleh memilih salah satu cara di bawah yang sesuai dengan situasi dan keadaan kita. Lakukan secara rutin sehingga kita boleh bekerja dengan tenang dan seronok.   Berikut Beberapa Cara Mudah Menangani Stress Di Tempat Kerja: 1. Bertenang dan tarik nafas dalam-dalam Cara paling mudah yang boleh kita lakukan di saat stress datang menyerang adalah dengan cara bernafas dalam-dalam. Semasa kita sedang stress, badan kita biasanya akan bernafas lebih cepat daripada kebiasaannya.   Tutup mata dan fokuskan fikiran kita pada nafas yang dibuang melalui mulut kita. Teknik bertenang dan menarik nafas dalam-dalam ini dapat meredakan saraf-saraf otak yang tegang serta mengurangkan tahap stress tersebut. Selain itu,...

KERJA OH KERJA, 6 RISIKO MENANTI BILA KITA TERLALU WORKAHOLIC!

KERJA OH KERJA, DISEBABKAN TERLALU GIGIH DAN KETAGIH DENGAN KERJA RAMAI DI ANTARA KITA YANG LUPA DIRI. KESIBUKAN KERJA TELAH MEMBUATKAN KITA LUPA DENGAN KESIHATAN DAN KELUARGA SENDIRI!   Disebabkan terlalu taksub dengan kerja oh kerja itulah juga membuatkan kita tidak sedar bahawa kita masih mempunyai dunia lain selain daripada karier kita. Hakikatnya masih banyak perkara yang perlu kita berikan perhatian selain daripada karier kita itu.   Sebenarnya ramai di antara kita yang seolah-olah telah mendedikasikan seluruh hidupnya untuk karier. Setiap saat yang terlintas dalam otak hanyalah kerja oh kerja.Jika tidak bekerja dengan bersungguh-sungguh atau bermati-matian, kita akan rasa tidak puas.   Padahal jika kita bekerja sampai bermati-matian sehingga melupakan hal-hal lain yang juga penting dalam hidup kita, ia sebenarnya hanya akan merugikan diri kita sendiri.   Ada beberapa alasan yang membuatkan kita rugi dalam kehidupa akibat terlalu gigih dan ketagih bekerja. Keru...

7 KERJA YANG SESUAI UNTUK KITA-KITA YANG “INTROVERT” INI

Sudah mencuba pelbagai jenis pekerjaan tapi tak ada satu pun kerja yang sesuai dengan jiwa kita. Kenapa ya? Hurmm… boleh jadi juga disebabkan kita belum mengetahui sifat atau karakter diri kita yang sebenarnya. Mungkin juga kita ni seorang yang introvert ! Biasanya orang yang tergolong dalam kategori introvert   cenderung susah selesa dalam pekerjaannya. Bukannya mereka tidak suka dengan pekerjaan tersebut, tetapi keadaan persekitaran kerja yang memerlukan mereka bertemu dan berkomunikasi dengan ramai orang adakalanya membuatkan tuan empunya diri berasa tidak selesa. Itulah sebabnya seseorang yang introvert berasa serba kekurangan atau kurang yakin jika bekerja di bidang-bidang pekerjaan yang memerlukannya bersosial dengan ramai orang. Apa yang menariknya, seseorang yang introvert mampu bekerja secara berdikari  yang tidak perlu campur tangan ramai orang. Sungguhpun begitu bukan bermakna seseorang yang introvert tidak memerlukan bantuan orang lain atau tidak mahu berkomunikasi denga...

5 Cara Hilangkan Mengantuk, Dijamin Berkesan!

MENGANTUK di pagi hari terutama di tempat kerja adalah perkara biasa dan sering dialami oleh orang yang sedang bekerja. Lebih-lebih lagi kalau sudah berada di tahap ‘gaban’, boleh hilang fokus jadinya! Bagi anda yang ingin mengetahui cara hilangkan mengantuk, berikut tipnya.  

Perlukah Berhenti Kerja Demi Anak?

BERHENTI Kerja. Perasaan sedih  saat meninggalkan anak di taska mahu pun pengasuh, hanya Allah sahaja yang tahu. Bayangkan si kecil meraung memegang pintu pagar sambil cuba ditenangkan oleh pengasuh. Sedangkan anda terpaksa berlalu meninggalkannya lantaran panggilan ‘punch card’ – tiada masa memujuk.