Bersempena sambutan ulang tahun ke-10, Kumpulan Carousell , platform peneraju berbilang kategori bagi barangan terpakai di Asia Tenggara, Hong Kong dan Taiwan, menerbitkan laporan Indeks Perdagangan Semula Carousell (Edisi Ulang Tahun Ke-10) yang mendedahkan impak kemampanan yang telah dicapai oleh komuniti kolektifnya dengan membeli dan menjual barangan terpakai. Sepanjang sedekad yang lalu, daripada data yang diterima dari pengguna, Kumpulan Carousell telah melanjutkan kitaran hayat berjuta barangan. Barangan tersebut termasuk 76.8 juta dalam kategori Fesyen, 33.9 juta dalam kategori Elektronik; 26.6 juta dalam kategori Hobi & Mainan; 11.1 juta dalam kategori Rumah & Perabot; dan Di Malaysia, Kumpulan Carousell merupakan perintis utama dalam industri perdagangan semula. Ini terbukti melalui 46% responden kajian di negara ini menyatakan mereka membeli dan menjual barangan terpakai di platform tersebut. Untuk memberi gambaran yang lebih jelas tentang impak Kumpulan Carousell, ...