SABAN HARI ADA SAJA BERITA MENGENAI PENCURI PECAH RUMAH. BUKAN SAHAJA RUMAH ORANG BIASA, BAHKAN RUMAH MENTERI DAN RUMAH KETUA POLIS PUN KENA PECAH MASUK! Pernahkah anda terfikir, adakah sistem keselamatan yang anda pasang di rumah anda betul-betul berkesan dan boleh mengelakkan kediaman anda daripada dipecah masuk? Dalam satu penyiasatan, pihak KGW News telah menghantar kaji selidik kepada 86 orang banduan yang sedang menjalani hukuman penjara akibat kesalahan pecah rumah di Oregon Department of Corrections. Banduan-banduan tersebut telah diarahkan untuk menjawab 17 soalan berkenaan bagaimana mereka pecah rumah, bila jenayah itu berlaku dan apa yang mereka mahukan ketika melakukan jenayah tersebut. BERIKUT MERUPAKAN JAWAPAN YANG DIBERIKAN OLEH BANDUAN MENGENAI CARA PECAH RUMAH: SOALAN 1: Bagaimana biasanya anda memecah masuk ke sebuah rumah atau apartmen? JAWAPAN BANDUAN: Saya biasanya akan pecahkan pintu, daripada pecahkan tingkap kaca. Bunyi yang kuat itu lebih selamat daripada bu...