Skip to main content

Posts

Showing posts with the label masakan

RESEPI KURMA DAGING UNTUK JUADAH PUASA

SUKA MAKAN GULAI KURMA DAGING YANG DIGANDINGKAN DENGAN UBI KENTANG? KALAU “YA”, JOM SEMAK RESEPI KURMA DAGING YANG PALING MUDAH UNTUK DIMASAK INI.   Gulai kurma daging ini boleh dijadikan salah satu menu masakan untuk berbuka puasa ataupun menu untuk merayakan Hari Raya nanti.   Keunikan rasa melekat pada Resepi Kurma Daging yang dikongsikan ini. Masakan ini juga sesuai dihidangkan sebagai menu makan tengahari ataupun malam. RESEPI KURMA DAGING BAHAN-BAHAN: ½ kilo daging lembu tanpa lemak (dipotong kiub atau hiris lebih kurang seinci) 6 biji bawang merah (dikisar) 2 biji bawang putih (dikisar) 1sm halia (dikisar) 1 sm lengkus (dikisar) 500 ml santan 1 peket rempah kurma 1 helai daun kunyit 2 batang serai (diketuk-ketuk) 2 helai daun salam 2 keping asam kandis 2 biji bawang besar dikerat empat 4 biji cili merah dan hijau dibelah. Garam secukupnya Serbuk perasa secukupnya 1 sudu kecil kicap manis 2 biji kentang (potong ikut suka) Minyak untuk menumis   CARA MEMASAK: Cuci b...

RESEPI SAJIAN BIJAK RAYA KIMBALL GADO-GADO & TAUFU SUMBAT

RESEPI SAJIAN BIJAK RAYA KIMBAL INI MEMANG HEBAT! SIAPA YANG TIDAK MAHU JIMAT KAN? APATAH LAGI DI MUSIM RAYA. SEMUA ORANG NAK PAKAI DUIT. MACAM-MACAM NAK BELI. PENDEK KATA KALAU ADA PELUANG NAK JIMAT TENTU SEMUA ORANG SUKA.   Jadi, Kimball telah mengambil inisiatif membantu ibu-ibu dalam menyediakan resepi yang enak tetapi dengan kos yang murah. Berikut ialah 5 resepi Sajian Bijak Raya yang boleh disediakan dengan kos di bawah RM100. Jom kita cuba! RESEPI SAJIAN BIJAK RAYA 1     GADO-GADO RAYA KIMBALL            Masa Penyediaan: 30 minit Masa Memasak: 20 minit Saiz Penyediaan: 8 orang Disediakan oleh: Chef Rohani Jelani Kos: + RM18.00   Bahan-bahan: Untuk sos: 2 sudu besar minyak 2 sudu besar pes cili ½ cawan Sos Lada Hitam Kimball ½ cawan Sos Cili Kimball ½ cawan santan 2 cawan air 1 1/2 cawan (180g) kacang tanah panggang, tumbuk halus   Untuk salad: 6 batang kacang panjang, potong 5sm panjang, dicelur dan disej...

SAJIAN HEBAT SERUNDING TUNA DENGAN RESEPI RAYA AYAM BRAND™

DALAM SIRI PERTAMA RESEPI RAMADAN DAN RAYA  YANG DISIARKAN SEMALAM, ANDA DISARANKAN AGAR MENCABAR DERIA RASA AHLI KELUARGA DAN TETAMU ANDA DENGAN RESEPI RAYA ‘MI KUAH SANTAN’ BERSAMA KEPEDASAN AYAM BRAND™ ‘FIRE HOT CHILI’.   Pasti dapat merangsangkan lidah anda dengan sup yang pedas dan berkrim, membuatkan semua orang terus menambah.   Masukkan juga sentuhan eksotik hidangan Hari Raya anda dengan ‘Thai Basil Chili Sardines’ yang dipadankan bersama nasi, roti naan atau chapatti. Pada Hari Raya, serunding mesti ada. Tambahkan Ayam Brand™ ‘Flakes Spicy Tuna in Olive Oil’ untuk lebih rasa dan aroma. Memang padan dengan lontong, lemang atau ketupat.   BANYAK LAGI RESEPI RAYA UNTUK ANDA Resepi-resepi lain Ayam Brand™ yang sihat, mudah dan sedap untuk Ramadan dan Raya ini termasuklah Kari Ikan Tenggiri, ‘Spicy Tuna Coconut Quiches’, Mee Hoon Pelangi Tuna, Mee Wantan dengan Tenggiri Garing Berkrim, Kerabu Tuna, Cucur Tuna, Roti John, Sardin Sambal T...

RESEPI PAJERI NENAS HIDANGAN LAZAT SEISI KELUARGA WAKTU BERBUKA ATAU SAHUR

KALI INI DAPUR MAMANET BERKONGSI RESEPI PAJERI NENAS YANG MERUPAKAN MAKANAN UNIK MASYARAKAT MELAYU.   Ada pelbagai variasi masakan pajeri tetapi yang paling popular dan cukup digemari adalah Pajeri Nenas dan Pajeri Terung.   Sama ada Pajeri Terung ataupun Pajeri Nenas, kedua-duanya mempunyai aroma dan citarasa yang tersendiri. Apatah lagi setelah ditambah dengan rempah ratus, penyedap masakan dan sebagainya. Rasanya memang terangkat!   Anda harus mencuba Resepi Pajeri Nenas ini dan untuk membuatnya, sebiji buah nenas yang segar serta beberapa bahan serta rempah pilihan diperlukan.   Untuk membuatnya tidak terlalu sukar, tetapi kita perlu sabar serta teliti dalam penyediaan dan menumis bahan-bahannya bagi mendapatkan hasil masakan yang lazat dan memuaskan hati.   Tambahan pula rasa nenas yang masam masam manis yang berbaur dengan kepedasan cili serta rempah pasti memikat selera! BERIKUT RESEPI PAJERI NENAS Bahan-bahan yang diperlukan: * Sebiji nenas manis, dibersihkan dan dipotong deng...

KETAHUI 6 MANFAAT LUAR BIASA CUKA EPAL YANG TAK PERNAH KITA TAHU!

Ada pelbagai cuka di pasaran antaranya cuka putih, cuka epal, cuka kurma, cuka anggur dan banyak lagi. Kali ini Mamanet ingin bercerita tentang cuka epal. Cuka merupakan antara makanan tertua di dunia dan sebenarnya mempunyai  seribu satu khasiat yang tidak  dihiraukan oleh generasi muda. Ada dua jenis cuka epal, iaitu cuka dari proses fermentasi pati epal dan satu lagi, cuka yang diperbuat dari pati epal beralkohol (cider). Biasanya ia digunakan sebagai penambah rasa asam pada makanan atau boleh juga dijadikan sebagai pengawet semulajadi makanan. Ia mengandungi banyak nutrisi di dalamnya, antaranya natrium, kalium, fostor, klorida, tembaga, pectin, vitamin A, B (B1,B2 dan B6), C dan E. Meminumnya pada setiap hari dikatakan dapat membantu memperbaiki sistem penghadaman dan menyembuhkan pelbagai penyakit kronik seperti depresi, kepenatan, arthritis dan menurunkan kadar tekanan darah dan kolesterol dalam badan. BERIKUT BEBERAPA KEBAIKAN LUAR BIASA CUKA EPAL MENGURANGKAN RISIKO TERKENA KA...

Sejuta Khasiat Secubit Garam GARAMRAJA™

Secubit garam GARAMRAJA™ dapat membantu anda lebih sihat. Amalkan secubit garam GARAMRAJA™ dalam setiap hidangan anda untuk mendapat tahap kesihatan yang maksimum. GARAMRAJA™ adalah garam yang diambil dari pergunungan Himalaya yang bebas daripada sebarang pencemaran dan berwarna pink.