SEMBILAN DARIPADA 10 WANITA BERSETUJU BAHAWA IKLAN MENGENAI PENGALAMAN DATANG HAID MESTILAH LEBIH REALISTIK APABILA DITANYA OLEH LIBRESSE® MENGENAI IKLAN TUALA WANITA? Libresse® melancarkan kempen “Let’s Get Real” supaya wanita boleh berkongsi pendapat mengenai iklan dan pengalaman datang haid mereka. Adakah iklan tuala wanita yang pernah anda tonton di TV menggambarkan keadaan sebenar semasa anda datang bulan? Masihkah anda ingat iklan-iklan wanita sedang datang haid berketawa, menari gembira, membuat aktiviti-aktiviti lasak, bangun pagi dengan ceria, kesemuanya dalam pakaian putih? Pernahkan anda bertanya samada kelakuan tersebut realistik bagi seseorang yang datang haid? Biasanya kita tidak boleh mengenal pasti ketidakpekaan terhadap sesuatu melainkan ia diberitahu oleh seseorang. Jadi, bagaimanakah ketidakpekaan yang hadir dalam iklan/komersial TV mengimpak kita? APAKAH YANG DIGAMBARKAN SEBAGAI “REALITI” DALAM IKLAN TUALA WANITA DAN PENGALAMAN DATANG HAID MEREKA ITU BENAR? ...