Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Karier & Wang

Bos Jahat, Ini Petandanya!

Bos jahat? Seorang kenalan memberitahu bahawa dia mendapat layanan yang buruk daripada bosnya. Dia berasa sangat kecewa dengan situasi di ofisnya sekarang. Adakah anda turut berhadapan dengan bos jahat yang menjatuhkan semangat anda untuk bekerja keras? Perhati dan ketahui tanda-tandanya! Bayangkan anda memasuki sebuah bilik dan di dalamnya ada Tan Sri Syed Mokhtar, Tan Sri Tony Fernandes dan Datuk Yvonne Chia. Apa reaksi anda? Ketiga-tiga mereka mempunyai persamaan iaitu tokoh korporat tersohor dalam industri masing-masing. Anda tentu teruja untuk bersemuka dengan mereka, bukan? Berada di bawah pimpinan bos yang berkarisma akan membuat anda berasa yakin dan bersemangat membara. Ironinya, bukan semua bos itu mampu menaikkan semangat staf. Bahkan tidak kurang  yang meruntuhkan motivasi dan enthusiasm  staf, lantaran sikap mereka yang tidak matang dan tidak professional. Di ofis kita mungkin ada ramai pengarah dan pengurus. Daripada yang kanan sampailah yang tercorot, semua pandai menga...

Dato' Fathiri Fadzlah Perkenalkan Pewangi Kereta "Kayangan"

Perkongsian Dato’ Fathiri Fadzlah, bekas pendidik yang telah menceburi pelbagai bidang perniagaan ini sangat menarik.Pelbagai pahit getir sudah dilalui, namun semangatnya untuk menjadi usahawan berjaya tidak pernah pudar! LATAR BELAKANG DATO’ FATHIRI FADZLAH Kesungguhan serta semangat tinggi Dato’ Fathiri Fadzlah untuk meneruskan perjuangan dunia perniagaan jelas terserlah. Rasa putus asa seakan tiada dalam kamus hidupnya walaupun terpaksa berhadapan dengan pelbagai halangan dan dugaan perniagaan yang mana boleh mematahkan semangat. Setiap kegagalan dalam perniagaan yang diusahakan tidak sekalipun melemahkan semangatnya. Bahkan, beliau juga pernah ditipu sehingga terpaksa menanggung kerugian berjuta-juta ringgit! Meskipun berasa sedikit kecewa, namun dia berputusa asa. Dia tetap bangkit dan berbekalkan keyakinan serta keberanian beliau meneruskan tekad untuk berusaha sehingga berjaya menikmati kejayaan yang lebih besar. Kini, beliau merupakan individu yang bermotivasi tinggi dan berded...

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA(IMU) TERIMA PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA BERPRESTIJ DALAM PENDIDIKAN

Belakang (dari kiri): Prof Er Hui Meng (Dekan, Pengajaran & Pembelajaran), Prof Abdul Aziz Baba (Naib-Canselor),  Prof Vishna Devi Nadarajah (Pro Naib-Canselor, Pembangunan Institusi & Antarabangsa).  Depan (dari kiri): Dr Wong Pei Se (Dekan Bersekutu, Pengajaran & Pembelajaran), Dr Norul Hidayah (Pensyarah Kanan, ICE), Siti Suriani Binti Abdul Razak (Pensyarah, ICE)   Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), universiti perubatan dan sains kesihatan swasta pertama yang terkemuka di Malaysia, baru-baru ini menerima pengiktirafan antarabangsa atas usahanya dalam pembangunan fakulti daripada AMEE, iaitu Persatuan Antarabangsa untuk Pendidikan Perubatan. Sebuah organisasi yang diiktiraf di peringkat global, AMEE dianggotai oleh ahli profesional penjagaan kesihatan dari lebih 90 negara di lima benua dan mempromosikan kecemerlangan dalam pendidikan profesion kesihatan melalui perkongsian amalan terbaik, sokongan, rangkaian, penyelidikan dan pembangunan profesional.  Anugerah Kec...

KENALI PERMATA SEBENAR HABIB

www.123mamanet.com Di sebalik kejayaan yang terlakar hari ini, terdapat pelbagai kisah suka-duka dan jatuh bangun sebuah syarikat tempatan yang sememangnya menjadi inspirasi kepada semua. Sejarah jenama HABIB bermula pada tahun 1958 apabila pengasasnya iaitu Datuk Haji Habib Mohamed Abdul Latif telah membuka sebuah kedai peruncitan di Jalan Masjid Kapitan Keling. Kawasan tersebut sememangnya terkenal dengan deretan kedai barangan kemas yang menjadi tumpuan orang ramai sehingga digelar ‘Jewellers’ Corner’. Datuk Haji Habib seorang yang berpandangan jauh dan berani untuk tampil berbeza. Keadaan selepas perang dunia kedua begitu mencabar dan beliau memulakan kerjayanya dengan bekerja di kantin pejabat pos Jalan Masjid Kapitan Keling. Bilik pameran pertama HABIB di Pitt Street, Penang Melalui pemerhatiannya, kawasan ini dipenuhi dengan peniaga barangan kemas dan setiap pelanggan yang meninggalkan kedai pastinya diiringi senyuman kegembiraan. Beliau sedar bahawa orang ramai membeli barangan...

7 TIPS BELI BAJU BARU SUPAYA TAK MEMBAZIR DUIT

Ada banyak cara untuk lebih berjimat ketika membeli belah terutama bab memborong pakain. Jadi, baca tips beli baju baru ini supaya kita tak membazir duit. Kita pasti pernah mengalami masalah bingung ketika mahu memilih pakaian atau terpaksa membeli sehelai baju yang tak sesuai dengan bentuk badan kita sehingga akhirnya baju tersebut terperap di dalam almari selamanya. Baca juga tips  fesyen orang gemuk nampak kurus . [btn text=”LIKE & SHARE MAMANET (HARIAN WANITA)” tcolor=#FFF bcolor=#FFA500 thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”] BERIKUT 7 TIPS BELI BAJU YANG BOLEH DIPRAKTIKKAN SUPAYA KITA JIMAT DAN TIDAK MEMBAZIR DUIT:  THINK OUT OF THE BOX Kita mungkin terus menuju ke bahagian pakaian wanita setiap kali berbelanja di pusat membeli belah. Sebaiknya kita tidak hadkan diri kita untuk ke satu bahagian sahaja. Kadang-kadang ada pakaian atau baju yang sesuai dengan kita di bahagian pakaian lelaki. Bah...

AYUH, BELAJAR MENGHARGAI WAKTU YANG MASIH DIMILIKI

Menghargai waktu! Belajarlah hargai waktu yang masih dimiliki kerana ia cukup berharga dalam kehidupan kita. Waktu akan terus berputar dan waktu yang telah berlalu pergi tidak boleh diulang kembali! Jadi, sebab itulah waktu adalah perkara yang paling berharga dan perlu kita jaga dan manfaatkan dengan sebaik-baiknya. Kita tidak pernah tahu sampai bila kita akan hidup di dunia ini. Kita juga tidak boleh memastikan bahawa kita akan dapat hidup sampai ke tua nanti. Bila-bila sahaja kematian boleh menjemput kita! Berikut beberapa cara yang boleh kita lakukan supaya kita lebih hargai waktu yang masih kita miliki: 1. Bangun Lebih Awal Bangun lebih awal atau pagi pada setiap hari sangat penting. Jika alarm sudah berdering-dering, jangan sesekali mematikannya dan kembali menarik selimut.Anda pasti akan terlambat nanti!  Jika terlewat bangun sudah pasti kita akan jadi tergesa-gesa bersiap untuk ke tempat kerja dan sebagainya.  Mood kita juga turut akan berubah, sehingga anda menjadi kur...

CARA BERKESAN UNTUK BERUBAH YANG MEMBERI IMPAK BESAR DALAM HIDUP ANDA

Semua orang mahukan hidup yang lebih baik tetapi tidak semua orang mahu berubah atau mahu meninggalkan ZON SELESA mahu pun ZON PANAS. Memang bukan mudah untuk berubah kerana bukan semua orang berani melakukannya. Namun, ia tidak mustahil jika ada kesungguhan. Untuk anda yang memang mahu berubah, saya kongsikan cara bagaimana anda boleh lakukan dengan positif. Kepada yang tidak mahu, terserahlah. Anda sahaja yang tahu apa yang anda mahukan dalam hidup ini. 4 TEKNIK UNTUK MUDAH BERUBAH: Rasakan Kesakitan Satu sebab kenapa anda tidak mahu berubah adalah kerana anda tidak terdesak atau tidak ada satu faktor yang mampu menjadi ‘turning point’ dalam hidup anda. Sebelum anda bertindak, cuba rasakan betapa sakitnya diri anda saat ini hingga anda rasa mahu menjerit. Contohnya, setiap bulan gaji anda habis untuk membayar hutang seperti rumah, kereta dan kad kredit. Bayangkan jika kad kredit anda ada 10 keping? Tahukah berapa banyak hutang yang ‘mampu’ anda hasilkan? Bayangkan betapa ‘kemewahan’ ...

SELAMAT ULANG TAHUN 123MAMANET.COM KEDUA

Mengapa hari ini sangat bermakna kepada Mamanet? Ya, pastinya Mamanet teruja menyambut ulang tahun kami kedua. Terima kasih atas segala sokongan yang diberikan dan teruslah bersama kami untuk mendapatkan informasi terkini.     Hari ini sejarah tercipta lagi. Portal informasi 123mamanet.com telah menyambut ulang tahun kedua. Portal yang menggunakan tagline “Solusi Hidup Sihat & Bahagia’ ini semakin meningkat naik dengan mencatat jumlah pengunjung hampir 3 juta orang.   Kenapa Anda Kena Baca 123mamanet.com? Portal 123mamanet.com semakin mendapat tempat di kalangan pembaca sebagai sumber rujukan mengenai pelbagai aspek kehidupan. Sesuai dengan namanya Mamanet iaitu singkatan kepada ‘Mama dan Internet’. 123mamanet.com menyediakan pelbagai segmen menarik yang sentiasa dikemas kini dari semasa ke semasa. Segmen yang disediakan kini ialah terdiri daripada CANTIK, DIET, FA M I L I, KEIBUBAPAAN, ADDIN,  FESYEN, SIHAT, BISNES, KERJAYA, INSPIRASI, SANA-SINI, ...

5 TIP WUJUDKAN PERASAAN SAYANG TERHADAP DIRI SENDIRI WALAUPUN ANDA RASA TAK LAWA DAN GEMUK!

Bagaimana kita boleh menyayangi diri sendiri kalau kita tak ada perasaan sayang terhadap diri sendiri? Menyayangi diri sendiri bukanlah suatu proses yang mudah. Sebaliknya ia memerlukan proses yang cukup panjang. Ada ramai wanita yang berbadan besar atau gemuk hilang keyakinan diri, sehingga membuatkannya stres. Sehinggakan ada yang sampai membenci diri sendiri! Tak perlulah jadi seperti itu. Ini bukan zamannya lagi. Kita perlu keluar dari belenggu tersebut dan mengharungi suka duka kehidupan di dunia ini dengan fikiran yang lebih positif. LAKUKAN LIMA CARA BERIKUT INI SUPAYA KITA ADA PERASAAN SAYANG YANG LEBIH TERHADAP DIRI SENDIRI KENA BERFIKIRAN POSITIF Jika kita berfikir bahawa diri kita kurang menarik, mula dari saat ini hentikannya! Berterusan berfikiran negatif seperti itu hanya akan membuatkan kita jadi bertambah benci kepada diri sendiri. Perkara ini tentunya akan membawa kita pada tekanan atau depresi. Ingat tau, wanita yang mengalami depresi akan membuatkan kecantikannya sem...

29 PANDUAN UNTUK HIDUP LEBIH BAIK – CATATAN DARIPADA BEKAS PESAKIT KANSER

SETIAP orang diberikan kesempatan yang terbaik buatnya untuk hidup. Sama ada singkat atau lama, itulah yang telah tercatat di Luh Mahfuz. Terpulang pada kita semua sama ada mahu hidup lebih baik atau sebaliknya. Kita turut diingatkan agar berpesan-pesan dengan kebenaran dan kesabaran. Alangkah indahnya jika sebelum pergi kita dapat tinggalkan sebuah legasi buat anak-cucu dan generasi baru seperti yang dilakukan oleh Randy Pausch ini. Randy Pausch, 47 tahun, seorang Pensyarah Sains Komputer dari Mellon University dan pesakit kanser pankreas. Sebelum meninggal pada 2008, dia telah menulis buku “The Last Lecture” pada 2007. Suatu legasi yang dia tinggalkan. Dalam surat Randy Pausch kepada isteri dan anak-anaknya, Dylan, Logan, dan Chloe, dia menulis satu panduan yang sangat baik, “Panduan Untuk Hidup Yang Lebih Baik” untuk isteri dan anak-anaknya. Perhatikan betul-betul bahawa tidak ada satu pun disebut tentang kehebatan metarial dalam 30 pesanannya. Jadi,  jika and...

RAHSIA SUKSES DALAM BISNES

Biar sekecil apapun kesempatan yang terbuka untuk kita, manfaatkannya dengan sebaik mungkin! Itulah rahsia sukses. Rasanya semua di antara kita ini ingin menjadi orang yang sukses. Melalui kehidupan yang sukses kita akan dapat membahagiakan diri kita sendiri, keluarga, ibubapa, pasangan ataupun teman-teman rapat kita. Ketahui Rahsia Sukses Yang Sebetulnya Sukses dalam bisnes atau perniagaan yang diceburi secara tak langsung akan membuat kehidupan peribadi kita juga akan turut sukses. Kehidupan yang sukses akan mempunyai kemampuan ekonomi dalam memenuhi pelbagai keperluan hidup. Apa nak dikata, kerana kebanyakan perkara atau urusan dalam kehidupan kita yang semakin mencabar ini memerlukan kedudukan kewangan yang stabil. Hakikatnya memang sukar untuk sukses. Pelbagai halangan dan juga banyak faktor sampingan yang akan mempengaruhi. Apatah lagi, jika kita masih baru untuk memulakannya. Namun, jangan bimbang. Jalan atau rahsia sukses tetap ada. Jika dilakukan dengan tepat,,cara tersebut ak...

ORANG YANG SERING MENANGIS MILIKI MENTAL YANG LEBIH KUAT

Kajian mendapati bahawa menangis bukan sahaja baik untuk kesihatan tetapi bagus untuk kestabilan mental juga. Jadi, siapa yang sering menangis dikatakan memiliki mental yang kuat.  Menangis adalah penawar yang efektif buat penyakit emosi dan dapat membuang segala kebimbangan, kekecewaan atau kedukaan. Sikap suka menahan perasaan dan air mata boleh menjejaskan psikologi pada jangka masa panjang. Demikian menurut artikel yang dipetik daripada Lifehack.com. Menangis ini ada macam-macam emosi. Menangis bukan sahaja waktu duka atau sedih tetapi ada juga yang menangis kerana terharu atau gembira. Bahkan ada orang marah dengan lidahnya tapi ada juga yang memilih untuk menangis bagi melepaskan geram. Dalam satu kajian, menangis dapat membuang racun dalam badan dan meningkatkan imuniti tubuh serta membunuh bakteria 99 jenis bakteria dalam tempoh 5-10 minit. BACA: TIDAK BAHAGIA DALAM HIDUP, KETAHUI 5 PUNCANYA [btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FFA500 thovercolor=...