Skip to main content

Posts

Showing posts with the label baju

TIP PADANAN BAJU DAN TUDUNG UNTUK GAYA YANG LEBIH SEMPOI

Padanan baju dan tudung yang dikenakan mampu memberikan gambaran terhadap keseluruhan gaya penampilan kita.   Jadi, sebab itulah kita perlu lebih bijak untuk mensuaipadankan baju dan tudung supaya penampilan kita lebih cantik dan sedap di pandang mata.   Tip Padanan Baju Dan Tudung Untuk Gaya Yang Sederhana Atau Sempoi   Baju Kosong (Polos) Dan Tudung Kosong (Polos) Kombinasi atau padanan baju dan tudung kosong adalah gabungan yang paling selamat. Biasanya kombinasi sebegini mampu memberikan kesan yang sederhana. Cuma, apa yang perlu kita titiberatkan adalah keserasian warna baju dan juga warna tudung. Tudung Kosong Dan Baju Bermotif Biarpun blaus atau baju yang digayakan bermotif, namun jika dikenakan dengan tudung kosong ia tetap menampilkan gaya yang sederhana.   Pilihan motif atau corak baju yang berflora atau abstrak dengan warna lembut boleh dijadikan pilihan. Kombinasi gaya seperti ini mampu menyerlahkan gaya sederhana, namun pastikan warnanya serasi.   A...

TAMPIL LEBIH STYLISH DENGAN FESYEN HITAM PUTIH

FESYEN HITAM PUTIH CUKUP MEMIKAT KERANA SELALU MENINGGALKAN KESAN KLASIK DAN ELEGAN BUAT SI PEMAKAINYA.   Fesyen ini serasi digayakan oleh kaum wanita dan juga lelaki tanpa mengira usia. Meskipun sering dianggap sebagai pilihan gaya paling selamat, namun kita perlu tahu cara memadankan fesyen hitam putih ini dengan kesesuaian bentuk badan kita. Barulah nampak lebih ‘meletop’! PERKARA YANG PERLU DIKETAHUI SEBELUM MENGGAYAKAN FESYEN HITAM PUTIH. PASTIKAN KITA MENGGUNAKAN KUASA SEBENAR WARNA HITAM PUTIH!   EFEK YANG LEBIH LANGSING Jika punggung dan paha kita besar, jadi kita perlu samarkan dengan pilihan seluar atau skirt berwarna hitam serta dipadankan dengan baju berwarna putih.   Tumpuan mata orang yang memandang atau melihat kita akan terarah pada bahagian pinggang ke atas.   Jika mahu mengenakan seluar hitam berpotongan skinny, pastikan kita memilih yang bahagian bawahnya sedikit melebar.   Sekiranya lengan kita besar, kita perlu memilih blouse dengan lengan ¾...

TIP MEMILIH BAJU MENYUSU SUPAYA ANDA TIDAK STRESS KETIKA MENYUSUKAN ANAK DI TEMPAT AWAM

Pasti ramai kaum ibu yang pening memikirkan baju menyusu yang sesuai. Apatah lagi dengan keadaan kehidupan yang sudah banyak berubah, terutama bentuk badan! Bagi anda yang sedang menyusukan anak, tak perlu risau sebab sekarang ini terlalu banyak rekaan dan potongan baju menyusu yang turut dikenali sebagai nursing clothes atau breastfeeding clothes yang ditawarkan di pasaran. Semakin tinggi perkembangan fesyen masa kini, semakin kreatif juga para pereka mencipta koleksi pakaian yang sesuai dengan fungsinya. Malah kehadiran baju menyusu yang sesuai untuk para muslimah yang juga menghapuskan segala alasan untuk kaum ibu berhenti menyusu. Kini, tidak ada lagi alasan susah dan rasa malu hendak menyusukan bayi ketika berada di luar rumah. Para ibu perlu sentiasa bersiap sedia untuk menyusukan bayinya pada bila-bila masa sahaja dan dimanapun ketika si comel memerlukannya. Jadi,  untuk memudahkan proses menyusu, para ibu boleh memakai baju menyusu. BERIKUT BEBERAPA PERKARA ATAU PANDUAN YAN DI...

EKSPLORASI 6 GAYA SELUAR JEANS PUTIH BUAT ANDA LEBIH YAKIN

Ada tak yang suka pakai seluar jeans putih? Pemakaian jeans berwarna putih memang cukup tricky. Jika padanannya tidak kena, sudah pasti kita akan menjadi tidak yakin apabila memakai jeans berwarna putih. Di samping itu, seluar jeans putih juga kurang diminati kerana warna ini cepat kotor dan kalau dah kotor susah pula untuk dibersihkan. Namun, pemakian seluar jeans putih ini sebenarnya mampu membuatkan personaliti kita menjadi elegan, playful dan kelihatan sangat stylish. BERIKUT BEBERAPA TIPS YANG BOLEH MEMBANTU KITA UNTUK MEMILIH BAJU YANG SESUAI UNTUK DIGANDINGKAN DENGAN SELUAR JEANS PUTIH: KEMEJA Jika kita ingin menampilkan gaya elegan, moden dan sedikit anggun, padankan kemeja dengan seluar jeans putih. Pilihan dari kemeja pun cukup banyak. Bukan setakat rekaan atau potongan, warna dan corak ataupun motifnya juga ada bermacam-macam. Pilih sahaja yang sesuai dengan karakter dan warna kegemaran kita. Untuk melengkapkan lagi gaya fesyen yang cuba kita ketengahkan, pakailah rantai, g...

Tampil Lebih Stylo Dengan Cardigan Muslimah

foto-pilihbajumuslim Cardigan merupakan salah satu pakaian yang perlu dimiliki oleh setiap wanita. Bagi anda yang berhijab, pemakaian cardigan muslimah mampu menciptakan penampilan yang sangat fashionable!