Skip to main content

Posts

Showing posts with the label asnaf

PROJEK #DARIHATI123MAMANET PUPUK SEMANGAT PENYAYANG KEPADA ANAK YATIM

Pada 13 September lalu telah berlangsung satu program Corporate Social Responsibility (CSR), anjuran 123mamanet.com  – Dea Marissa Resources (DMR) bersama Kidzania Kuala Lumpur dan Mc Donald’s Malaysia untuk memupuk semangat penyayang di kalangan korporat dan masyarakat.   Sebelum ini 123mamanet.com telah melaksanakan program amal ini menerusi Program Eco Free Market, kerjasama MBSA sempena Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan yang telah diadakan pada 13 Mei, 2018  lalu bertempat di Dataran Kemerdekaan Shah Alam. Objektif projek #darihati123mamanet 2.0 ini  merupakan salah satu usaha 123mamanet untuk memberikan kegembiraan serta keriangan kepada anak-anak dari Rumah Bakti Nur Syaheera, Kuala Lumpur. RIANG RIA DI KIDZANIA   123mamanet Pupuk Semangat Penyayang di Kalangan Korporat Pastinya ia bukanlah sesuatu yang mudah untuk mereka lalui apabila kehilangan kasih sayang dan juga perhatian insan-insa...

SEGERA TUNAIKAN ZAKAT, JANGAN BERLENGAH LAGI

Segera tunaikan zakat setiap kali mendapat gaji atau keuntungan. Namun, ia bukan perkara mudah bila ramai yang mengeluh tidak cukup pendapatan. Tekanan hidup sekarang membuatkan kebanyakan orang selalu berasa tidak cukup. Bukan hanya yang bergaji bawah RM3000 sahaja yang sering kesempitan wang, bahkan yang bergaji RM10 ribu ke atas pun turut berasakan perkara yang sama. Kenapa hidup kita tidak pernah rasa cukup? Hakikatnya kerana kita selalu mendahulukan perkara yang kurang penting berbanding yang penting. Misalnya sementara menunggu gaji, kita sudah berangan-angan hendak membeli telefon baru, baju baru dan sebagainya. Sedangkan dalam hal menunaikan zakat, tidak kita letakkan sebagai keutamaan. Meskipun hanya 2.5 peratus sahaja gaji iaitu RM25 daripada setiap RM1000, kita selalunya gagal menunaikannya. Bagi mereka yang menyertaikan skim potongan gaji atau Skim Thohir, hal ini tidak menjadi masalah kerana potongan telah dilakukan oleh majikan sebelum gaji dimasukkan ke dalam akaun. Namu...