Skip to main content

Posts

Showing posts with the label sihat

BIBIR SIHAT DAN TIDAK LEBAM. INI CARANYA!

Bibir sihat merupakan aset penting wajah kita. Ia sudah pastinya bebas daripada masalah bibir kering, mengelupas ataupun pecah-pecah.  Bibir pecah-pecah boleh membuatkan kulit pada bibir kita retak, mengelupas dan juga berdarah. Bibir kering juga boleh disebabkan oleh pelbagai macam faktor. Baca artikel ini sampai habis. Bibir mempunyai lapisan kulit yang sangat nipis dan transparent. Berbeza dengan kulit muka, bibir tidak mempunyai kelenjar minyak. Jadi, sebab itulah bibir lebih mudah kering dan pecah-pecah. Kurangnya kelembapan adalah penyebab utama bibir kering dan pecah-pecah. PUNCA UTAMA KENAPA KITA TIDAK DAPAT BIBIR SIHAT  DEHIDRASI Dehidrasi boleh menganggu keseimbangan mineral semulajadi dalam badan, menyebabkan kerosakan. Bukan hanya pada sistem organ dalam badan, namun turut memberikan efek negatif pada kulit kita. Dehidrasi menimbulkan efek seperti pening, sakit kepala, sembelit, penurunan pengeluaran air kencing, mulut dan bibir kering. Di samping itu, dehidrasi yang parah...

TIMEWISE® MIRACLE SET 3D™ REVOLUSI KULIT CANTIK ANTI-AGING

TimeWise® Miracle Set 3D™ adalah revolusi kulit cantik anti-aging terkini daripada Mary Kay. Ia dikatakan mampu mempertahankan, memperlambatkan dan membuktikan kulit anda kelihatan muda lebih lama.   Sebagai wanita kita pasti mahu memiliki kulit yang sentiasa sihat dan cantik. Namun, tanpa disedari pertambahan usia membuatkan pengeluaran kolagen di dalam tubuh menjadi semakin berkurangan.   Dan tahukah anda yang hanya 20 peratus penuaan kulit yang kelihatan disebabkan proses penuaan semulajadi? Ini bermakna faktor lain datang dari kehidupan seharian. Sinaran UV, pencemaran, debu, pemakanan, merokok, kekurangan tidur dan tekanan – semua ini merupakan faktor yang mempercepatkan proses penuaan, yang boleh membawa kepada penuaan kulit pra-matang. Disebabkan kita tak dapat menghentikan masa, Mary Kay telah menemui cara untuk kita melambatkannya. Rahsia Kulit Cantik Dengan TimeWise® Miracle Set 3D™ * MEMPERTAHANKAN kulit dari radikal bebas yang mempercepatkan pen...

MESTI CUBA! CARA CEPAT TIDUR DENGAN 5 MAKANAN TERPILIH INI

Bukan semua di antara kita yang senang nak lelapkan mata. Jadi, jika anda tergolong dalam kategori yang susah tidur, anda patut cuba cara cepat tidur dengan 5 makanan yang disenaraikan ini.   Tidur yang tidak lena boleh membuatkan kita sengsara. Apatah lagi jika kita bekerjaya.Tidur yang lena pada malam hari membuatkan tubuh menjadi lebih segar di pagi hari.   Berikut Adalah Cara Cepat Tidur Yang Boleh Dicuba.  Lima Jenis Makanan Ini Adalah Soluasi Terbaik Untuk Anda Yang Sukar Tidur. OATMEAL Oatmeal merupakan sumber karbohidrat yang  mampu membantu membuatkan mata cepat mengantuk dan tidur dalam keadaan yang lebih tenang.   Pengambilan semangkuk oatmeal pada malam hari sangat bermanfaat. Sungguhpun begitu, oatmeal yang mengandungi gula tambahan tidak elok untuk tubuh. Jadi, tambahkan ‘topping’ buah-buahan seperti anggur, pisang ataupun ceri. PISANG Pisang mengandungi potassium dan kaya dengan magnesium serta kalium yang boleh membuatkan otot menjadi lebih relaks.  ...

6 MAKANAN SEDAP BUAT KULIT AWET MUDA

Rata-rata wanita di dunia ini mahu kelihatan awet muda. Namun, ramai yang tidak tahu ada beberapa jenis makanan sedap yang boleh dimanfaatkan bagi mendapatkan kulit yang cantik dan sihat.   Tidak dinafikan untuk nampak lebih awet muda, kebanyakan wanita cenderung menggunakan pelbagai produk kecantikan, khususnya yang mengandungi UV protection dan retinol.   Sungguhpun begitu, kita tetap perlu menitikberatkan soal pengambilan makanan diet yang berkhasiat. Terdapat banyak makanan sedap yang boleh membuatkan kulit kita menjadi lebih awet muda. Berikut Beberapa Jenis Makanan Sedap Terbaik Bagi Mendapatkan Kulit Yang Lebih Awet Muda:   Buah Delima Buah ini sangat kaya dengan vitamin seperti vitamin B5, kalium, riboflavin, polifenol dan antioksida yang dapat meningkatkan keindahan dan umur kulit.   Jus delima adalah ubat yang paling bagus untuk kulit yang rosak disebabkan sinaran cahaya matahari atau penuaan semulajadi. Buah ini juga dikatakan dapat memperbaiki kerosakan k...

5 KEBAIKAN BAKAR KALORI DENGAN CARA BERLARI DI TEPI PANTAI

Segala macam penyakit boleh kita atasi dengan berlari. Aktiviti yang cukup mudah dan juga murah seperti berlari atau berjoging di tepi pantai ini mempunyai banyak kebaikan untuk tubuh.   Selain dapat melancarkan perjalanan darah, meningkatkan kesihatan dan kesegaran badan, berlari juga dapat merespons pengeluaran hormon dan enzim yang merangsang jantung dan otot untuk bekerja dengan lebih baik lagi.   Berikut Beberapa Kebaikan Berlari Atau Berjoging Di Tepi Pantai: 1. Bakar lebih banyak kalori Berlari ataupun berjoging di tepi pantai ternyata akan membakar kalori dalam badan, 28 peratus lebih banyak.   Ini adalah kerana permukaan tanah berpasir yang kita pijak untuk berlari akan membuatkan kita mengeluarkan lebih banyak tenaga. Jadi, jika kita melakukukannya secara rutin, maka dalam waktu yang singkat kita akan dapat menurunkan berat badan. 2. Baik untuk kesihatan jantung Berlari atau berjoging secara teratur tak kira di tepi pantai ataupun tidak, lebih dari 50 minit dala...

RISAU SEBAB TERLALU KURUS? CUBALAH 5 CARA CEPAT GEMUK!

Ternyata masalah berat badan bukan hanya sebab gemuk, tetapi juga bagi kita yang memiliki badan yang kurus. Ketahui rahsia cepat gemuk dengan membaca artikel ini sampai habis!   Biasanya orang yang kurus lebih sukar memiliki bentuk badan ideal kerana kita akan nampak kurus kerempeng!   Sungguhpun ingin menambah berat badan, tetapi kita kena juga tahu cara yang tepat atau betul. Lagipun untuk mencapai misi bentuk badan yang ideal kita perlu meningkatkan massa otot dan bukannya menambah lemak!   Di samping itu, kita yang berbadan kurus juga perlu tahu apa penyebabnya yang membuatkan kita jadi begitu. Kenal pasti penyebabnya, mungkin disebabkan metabolisme tubuh, faktor genetik dan sebagainya. Berikut Beberapa Cara Cepat Gemuk Yang Boleh Dicuba 1. Makan Dengan Teratur Kekurangan pengambilan makanan atau gaya makan yang tidak teratur boleh menajdi penyebab utama mengapa badan kita menjadi kurus.   Antara cara cepat gemuk yang perlu dipraktik, makanlah secara teratur tiga...

INILAH 7 PUNCA RAMBUT ROSAK KERAP DIALAMI WANITA BERHIJAB

RISAU RAMBUT KUSUT ATAU ROSAK KERANA KERANA BERTUDUNG? BAGAIMANA MENJAGANYA DENGAN BETUL SUPAYA RAMBUT KITA TERJAGA DENGAN BAIK? SEBELUM ITU, CUBA KITA PERHATIKAN APAYANG SERING MENJADI PUNCA RAMBUT ROSAK.   Janganlah takut atau risau sangat dengan masalah rambut rosak ini. Ini adalah kerana dengan bertudung kita bukan sahaja mendapat banyak manfaat keberkatannya. Malahan, kesihatan rambut kita juga terjaga.   Pemakaian tudung atau hijab dapat melindungi rambut kita daripada terdedah daripda sinaran ultra violet dan pencemaran udara yang menyebabkan rambut kering, kusut serta rosak.   Namun, sebagai wanita yang memakai tudung pada setiap hari kita memerlukan penjagaan rambut yang lebih ekstra dan rutin kerana rambut kita tertutup sepanjang hari.   Penjagaan rambut ini tidak semestinya kita wajib ke salon, sebaliknya boleh juga dilakukan di rumah.   BERIKUT BEBERAPA PUNCA RAMBUT ROSAK, KUSUT ATAUPUN BERKELEMUMUR:   PAKAI TUDUNG MASA RAMBUT MASIH BASAH Ramai ...

7 CARA ATASI SUSAH TIDUR KETIKA MENGANDUNG DENGAN MUDAH

SUKAR MELELAPKAN MATA ATAU TIDUR PADA MALAM HARI SERING DIALAMI OLEH WANITA MENGANDUNG. MASALAH INI BIASANYA BERLAKU PADA TRIMESTER KETIGA ATAU KETIKA USIA KANDUNGAN MENCECAH 8 BULAN. JADI, KETAHUI 7 CARA ATASI SUSAH TIDUR MALAM INI DENGAN MEMBACA ARTIKEL INI SAMPAI HABIS!   Susah tidur boleh disebabkan oleh beberapa faktor, antaranya kerana suhu panas kerana tiada pengudaraan yang baik dalam bilik atau rumah, keadaan perut yang semakin membesar, pergerakan bayi dalam kandungan, rasa senak pada ulu hati dan sebagainya. Itulah yang  membuatkan ramai ibu mengandung yang sukar memiliki tidur dengan lena atau nyenyak pada malam hari.   Ada beberapa cara atasi susah tidur pada ibu mengandung yang boleh dilakukan dengan mengikuti beberapa tip mudah. Masalah susah tidur ini perlu diatasi kerana disebabkan kurang tidur juga kesihatan badan ibu mengandung akan terganggu. Akibat kurang tidur badan akan terasa lemah, lesu, tidak bermaya sehingga nampak seperti orang yang kurang sihat. ...

JUS TERBAIK UNTUK IBU MENGANDUNG DAN BAYI

APAKAH JUS TERBAIK UNTUK IBU MENGANDUNG? SEBENARNYA ADA BANYAK JUS BUAH YANG BAGUS UNTUK IBU MENGANDUNG. LAGIPUN JUS BUAH BANYAK MENGANDUNGI MINERAL, NUTRISI DAN VITAMIN.   Pengambilan jus buah ini sangat disarankan buat ibu mengandung. Buah-buahan yang berkhasiat dibuat jus mempunyai banyak manfaat untuk ibu mengandung dan janinnya.   Kandungan vitamin  dalam jus terbaik daripada buah-buahan terpilih berguna untuk mencegah kecacatan pada janin dan masalah kesihatan pada si ibu.   Ada banyak jenis buah dan sayur yang boleh dijadikan sebagai menu minuman sihat sepanjang kehamilan tersebut. Selain kaya dengan vitamin, terdapat asid folik, zat besi dan nutrisi lain yang penting untuk tumbesaran janin dalam kandungan.   BERIKUT BEBERAPA JENIS JUS TERBAIK UNTUK IBU MENGANDUNG: JUS TOMATO Tomato kaya dengan vitamin A, C dan E. Selain itu, kandungan asid folik, asid sitrat dan likopen mamu membantu ibu mengandung menjaga kesihatannya.   JUS LOBAK MERAH Lobak merah adal...