Siapa yang suka urut badan atau massage tentu dah tahu kebaikan atau manfaatnya. Berurut bukan sahaja dapat menyihatkan serta menyegarkan badan, tetapi juga dapat melegakan fikiran dan perasaan. Jadi, buat kita-kita yang sentiasa sibuk, selalu stress dan cepat penat, bolehlah cuba urut badan . Rasakan sendiri kesedapan berurut badan! BERIKUT BEBERAPA MANFAAT YANG BOLEH DIPEROLEH MELALUI URUT BADAN: [btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”] BACA: NAK HOLIDAY? SEMAK KALENDAR CUTI SEKOLAH DAN CUTI UMUM 2017 BADAN JADI LEBIH SEGAR Tekanan dari urutan dan kombinasi minyak aromaterapi atau minyak yang menghangatkan badan mampu melegakan otot-otot kita yang lenguh. Tak kiralah sakit leher, tengkuk belakang, pinggang, kaki, tangan ataupun sendi-sendi. Jika badan kita sudah terasa lenguh atau lemah seakan tidak berdaya, urut badan adalah cara terbaik untuk be...